Apr 30, 2008
Penangan Lampu Hijau!
Rasa Nak Kahwin
Predisposing Factor:
1- Ada kawan2 sekeliling yang dah bertunang@berkahwin
2- Ahli beyt dah mula kemas barang sbb nak pindah duduk rumah baru. Katanya nak kawen
3- Parents bg lampu hijau
4- Org lain ada awek tp yg die ni takde awek.
5- Asek dengar org sembang bab kawen
6- Asek mimpi akad nikah
Tanda-tanda:
Asek termenung sorg2
Dalam buku@nota penuh dgn ayat2 jiwang dan gambar love
Tersenyum dan tersengeh bile tgk cermin tanpa sebab
Setiap 5 minit, perkataan kahwin@isteri@suami akan terpacul dr mulut
Complications:
Locally spread to kawan serumah
Widely spread to others/komuniti
Treatement:
The Only penyakit yang tidak memerlukan kepada drugs therapy. Just NON-DRUGS THERAPY ONLY.
1- Sediakan cermin yg besar- tgk diri dari muka sampai kaki dan tanya pada diri. Layak ke aku nak kawen dgn keadaan diri aku camni? Tgk atas ke bawah. Ulang 3 kali. Pastu tnya kawan bilik sebelah pulak soalan yg sama.
2- Ingat pesan ni: “Kahwin ni 6 bulan je nak seronok2 pon, selebihnya adalah tanggungjawab”
3- Jangan asek pikirkan perkara yg seronok pasal kahwen. Cube berkembang sikit. Pikir yg lebih dr itu. Yang susah tentang kawen. Cth:
- Setiap kali barang rumah abes aku la yg kena beli.
- Setiap minggu aku yg kena pi pasar
- Duet rumah,letrik, air,gas aku kena bayar
- Tiap2 ari aku kena masak utk laki aku (isteri)
- Kang dapat anak kena spend duit utk anak2 pulak
- Kalu takde duet nak makan ape? Pasir@ timun goreng tiap2 hari? Mampukah?
- Jgn la asek gune ayat2 sebegini terutamanya lelaki: “kalu aku kawen nnt ade org jage makan minum, tlg kemas bilik, tempat tidur dll. Sian la bini tu kwn2.Pikir2 la utk tlg ringankan kerja die gak ye ” Maksud saya kat sini, kita kenalah belajar kemas2 bilik pas tidur, belajar masak sedap2. Sapu sampah ke ape ke. Baru bahagia kan bila kawen nnt?Takde la dok harap kat bini je buat sumer bende tu..
4- Ajak kawan2 ubah topic perbualan dari bab kawen, wanita, suami dll ke perkara yg lebih bermanfaat. Cth: Isu Palestin. Cara nak kuat hafalan dll
5- Bina peribadi yg kuat. Kalau nak isteri solehah, kita kena soleh dulu. Kalu nak yg penyayang, kita kena sayang org lain dulu. Kalau nak yg penyabar, kita kena kurangkan marah dulu. Kalau nak yg sentiasa ceria, kita kena banyakkan senyum dulu. Kalau nak yg cantik, kita kena hensem dulu?? Cantik dan hensem itu adalah bonus ye kwn2. Bukan matlamat utama. Allah tak tgk pada rupa paras kamu, tapi Allah nilai pada hati kamu. (cth vs if women)
6- Sembang dan tanya pada org yg lebih berpengalaman. Cth: Mak ayah. Abg kakak. Atok nenek. Pakcik makcik. Moyang. Opah dll.
7- Kalau dah tak mampu rasanya TIDUR adalah jalan penyelesaian terbaik kot. Biasanya lepas tidur ni org dah tak pikir2 apa2 masalah dah. Kalau bangun pun still terfikir lagi. Dlm mimpi pon same, alamatnya mmg dah sampai seru dah la tu.
Pesanan dari diri ini:
1- Cinta itu buta. Membutakan manusia yg hakikat mampu melihat. Apabila dibutakan mata oleh cinta, semua perkara buruk turut dilihat baik. Maka, tusukan jarum si Syaitan durjana akan mula menikam perlahan2.
2- Jgn la menggatal nak guna istilah Islamic couple. Itu semua bohong sgt la. Cth yg selalu kite dgr pasal Islamic kapel ni camni la kot.
“Awak dah bace mathurat?; Harini baper juzuk ngulang quran?;Solat jemaah kat masjid tak arini?; Kerja yg saya bagi awak dah siapkan? Kalu letih biarkanlah dulu. Saya takut masa ibadat awak terabai pulak nnt..; Kang pukul 4 pagi kejutkan saya bangun ye..kite qiam same2..awak miscall saye..”
Nampak mcm Islamic kan? Inilah cara tusukan syaitan utk golongan yg ada asas agama.
3- Serahkan hati dan cinta pada Allah. Allah takkan zalim nak biarkan kita mencintai dan dicintai oleh org yg tak sepatutnya. Silapnya segelintir antara kita bile dah mula menyerahkan perasaan cinta tu sebelum tiba masanya. Maksudnya sebelum ikatan sah melalui pernikahan. Tu yang memasing mula angau.Menggelabah. tak keruan. Pastu dah mule la panggil abg-sayang, abi-umi, mama-papa. Ape lg? Ntah la. Sebut sndiri. Alangkah bagusnya kan kalu kita guna istilah2 disebutkan dalam keadaan kita dah ada hubungan suami-isteri dgn si dia? Nak ke kite tgk anak2 kite nnt buat perkara jahiliah yg sama kita buat ini? (sekiranya ada)
4- Kurang2kanlah sembang bab2 perempuan@ lelaki bile bertemu@berkumpul ramai2. Takde faedahnye. Gejala ni agak kritikal. Kalau kat depan perempuan@laki jalan tunduk sampai terlanggar tiang. Terpaling tgk muke pun dah rase macam dah berdosa.Tapi kalu kat blkg sembang gelak, kutuk, gosip lainan jantina sakan. Padankan org itu org ini. Siap bukak frenster grab gambar dll.(cth vs if women) Ade tak kwn kite yg camni? Sudah2 la tu kot. Pesanan utk diri ini juga.. Jgn jadi hipotalamus!
5- Berkahwin itu adalah segala-galanya tentang TANGGUNGJAWAB. Kalu rasa mcm diri masih tak bertanggungjawab lg eloklah mula membina sifat itu mulai detik ini sebelum terlambat.
6- Allah ciptakan nafsu bukan utk kita turuti. Allah ciptakan nafsu tu sebenarnya utk kita kawal. Jgn silap. Tu sebab jihad yg paling adalah memrangi hawa nafsu kan?
7- Pesanan saya utk kaum Adam : Saat kehancuran hati seorang lelaki adalah apabila cinta seorang wanita telah masuk ke dalam hatinya sebelum dia mendapat cinta Allah. Anda dan saya bagaimana?
8- Istikharah bila rasa dah tiba masanya. Tak rugi org yg beristikharah kan? Moga ilham dari Allah itu menjadi keutamaan dlm membuat pilihan. Sekian.
Takut kata-kata memakan diri sendiri. Mungkin sekarang mampu menjaga diri sendiri. Takut nanti-nanti selepas ini perkara sebaliknya berlaku. Sape yg tahu kan? Cinta itu buta…Moga Allah permudahkan jalan kita dan menjaga diri dan cinta kita dgn sebaiknya. Serahkan hati pada Allah.. Allah akan serahkan hati kita pada org yg akan menjaganya dgn amanah. InshaAllah.
Nota: Saya mengubah lampu hijau kepada lampu kuning dahulu. Kuning maknanya sedia. Dan saya harus bersedia utk si dia. Jgn disia-sia hidup utk sesuatu yg belum pasti. Bila berada di lampu kuning, boleh jadi saya menjadi lampu merah (saya mati) atau bertukar ke hijau kembali (bila tiba waktunya). Perjalanan saya masih jauh…
Apr 27, 2008
Mengumpat..
Apr 25, 2008
Pagi Jumaat..
Menanamkan Keimanan Terhadap Allah.
Semua makhluk yang ada dilangit dan bumi, menunjukkan adanya kekuasaan Allah SWT, serta membuktikan luasnya Ilmu dan kebijaksanaan Nya. Allah juga memberikan rezeki kepada seluruh hambanya. Oleh sebab itu wajarlah setiap Muslimah menanamkan kenyakinan dalam diri tentang ke Esaan Allah SWT agar tidak menjadi hamba yang merugikan diakhirat nanti. Firman Allah SWT ertinya:
"Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka merekamenjawab: "ALLAH" Maka katakanlah "Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya." (Yunus:31)
Dengan keimanan yang ada didalam jiwa, maka seseorang akan mendapat menghadapi berbagai cabaran hidup yang penuh dengan fitnah dan godaan. hati seorang mukmin yang yaki dengan teguh dan kuat akan memperolehi ketenangan dan kedamaian hidup. tidak mudah terpedaya dengan keindahan dunia yang sifatnya sementara ini. Rasullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
"Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu: jagalah Allah maka allah akan selalu memandangmu. Apabila engkau meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila engkau meminta tolong maka mintalah tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, kalau semua umat bersatu padu untuk memberi manfaat kepadamu, tidak akan dapat mereka lakukan sedikitpun, kecuali yang sudah ditentukan Allah kepadamu, dan kalau mereka bersatu untuk merugikanmu, tidak akan dapat mereka lakukan, kecuali yang sudah ditentukan Allah kepadamu." (HR: Tarmizi)
Jika sudah mengenal Allah SWT dengan bukti-buktinya maupun dengan ayat2 yang diturunkanNya, maka sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama yang indah atau Asma'ul Husna serta sifat-sifatnya yang mulia. Firman Allah SWT ertinya:
"Allah mempunyai Asma'ul Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma'ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran dalam menyebut nama-namanya. Mereka nan akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Al-A'raaf:180)
Mengenai keimanan ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Ketika Rasulullah SAW menjawab pertanyaan tentang iman maka baginda bersabda: Beriman iaitu menyakini adanya Allah, malaikat2, kitab2, Rasul2, hari kemudian serta takdir yang baik dan yang buruk." (HR: Muslim)
Manfaat percaya akan takdir Allah SWT:
a. Orang yang beriman, ia akan hidup tenteram, tidak merasa takut, kerana sudah mengetahui bahawa apa yang ditakdirkan atas dirinya.
b. Orang yang beriamn tidak akan berasa sedih atas segala keinginannya yang tidak terkabul, sebab tidak ditakdirkan Allah untuk mencapaikannya.
c. Orang yang beriman tidak akan merasa terlalu gembira atas segala yang diterimanya yang baik berbentuk harta, anak, maupun kekuasaan, kerana itu merupakan takdir Allah untuk dirinya, ia hanya bersyukur dengan kurnia Allah tersebut.
d. Orang yang beriman akan mengerjakan apa yang dibolehkan atau diperintahkan kepadanya, dan meninggalkan segala yang dilarangnya dengan hati dan perasaan yang tenang.
e. Orang yang beriman mengetahui, segala kejadian dan peristiwa itu terjadi menurut ketentuan Allah. Maka ia mencari jalan yang akan membawanya ke arah kebaikan dan menghindarkan diri daripada bahaya dan kerugian.
Semoga kita mendapat syafaatnya dan beroleh kejayaan. Bersama-samalah kita memanjatkan doa agar kita diberi kekuatan dalam melaksanakan hukum Allah agar kita tergolong daripada orang2 yang beriman
Amin
Nota: Tazkirah ini saya copy dan pastekan. Kasih sayang itu bukanlah apa yang terzahir dari riak muka, tetapi ia adalah apa yang diterjemahkan dan lahir dari hati. Fikirkan…
Apr 24, 2008
Panas!
Tazkirah selepas solat Subuh pagi tadi. Cerita perkongsian bersama. Taubat hamba. Bagaimana Allah begitu gembira dengan taubat hambanya. (rujuk entri saya di awal-awal). Mungkin ada yang pernah mendengarnya. Semoga menjadi ulangan dan melekat dalam hati.
Kisah seorang pengembara bersama binatang tunggangannya di tengah padang pasir. Tunggangan itu membawa segala kelengkapan miliknya termasuklah makanan dan minuman yang diperlukan untuk menghadapi kepanasan padang pasir itu. Tiba di suatu tempat, beliau berhenti untuk berehat lalu tertidur. Sedar sahaja dari tidur, beliau dapati binatang tunggangan itu telah hilang. Beliau berasa amat-amat sedih dan membayangkan kematiannya di tengah-tengah kepanasan padang pasir yg kering-kontang itu. Beliau berdoa supaya Allah mengembalikan semula tunggangan itu. Dengan izin Allah, dari jauh beliau melihat tunggangannya kembali berserta dengan bekalannya. Beliau terlalu gembira dan seronok sekali sehingga berkata: "Wahai Tuhan! Kau hambaku, dan aku tuhanMu." Lihatlah betapa hamba ini terlalu gembira sehingga tersilap mengucapkan kata-katanya. Ketahuilah bahawa Allah Taala lebih-lebih lagi gembira dengan taubat hambaNya berbanding kegembiraan hamba yg kehilangan tunggangan lalu menjumpainya kembali. Kenapa bertangguh lagi untuk bertaubat?
Tazkirah Subuh di Masjid Ghazali diakhiri dengan doa.. Moga taubat kita diterima Allah.
Apa salah beliau?
Nota: Saya normal! Apa yg abnormalnya?
Apr 21, 2008
Kembali
Lepas tu, sambung la balik Patho aku yang tak habis lagi. Mainly jars yang banyak itu berserta dengan description dan diagnosisnya. Kira semalam terasa sikit kemedican aku setelah 3 tahun belajar medic.(rasa cam menyesal sikit2 pun ade). Dalam pukul 3 pagi, aku rase ngantuk dan tidur kat katil c Akim. Seperti biasa sebelum tidur, aku pesan suruh die kejut. Alih-alih tak sempat nak lelap mata lagi, ada org dah tidur dulu. Podacit! Lepas solat Subuh (aku lewat sikit pi solat arini), sambung balik baca-baca. Pecutan terakhir. Abis usha jar, aku sambung tgk slide Patho. 62slides. Time ni semua rasa datang. Rasa sakit perot, nak buang air, tak sedap badan dll. Maklumlah. Exam dah dekat. Banyak pulak nak kena cover.
Harini kami pi sekola berjemaah. 6org. Semua pakai baju hitam. Tak taulah sebab apa. Sampai kat Qism, tak ramai lagi makhluk yang ada. Harini terserempak lagi dengan umat Melayu. Tapi tak seramai dulu. Exam stat lewat harini. Sebelum masuk exam, pakcik (otai 3) suruh hantar buku dan pulangkan slides. Aku pun pulangkan slides yang aku pinjam dulu. Dengan konfidennya aku masuk bilik tu n ada sorang lg pakcik (otai 4) pun cek2 slides aku yang memang tersusun rapi tanpa sebarang cacat cela itu. Lalu pakcik tersebut pon bertanya: Mane cd Patho? Arghh! Sekali aku terlupa bawak CD la. Ingat aku sorg je tak bawa. Kawan aku yg sorg lagi pon tak bawak. Maka kami sangat2 kuciwa. Pakcik tu kata: “ Aku bagi ko 35 dulu baki. Lagi 15LE aku bagi pas ko hantar CD” Aku pun jawab: “ Yola pakcik! Maalish. Den memang terlupo nak bawak arini. Den punyo kopalo banyak sangat piker. Naik sonak kopalo ni ghaso ea” (takdela.ni dialog rekaan)
Dalam pukul 9 lebih, dorg kecoh-kecoh suruh hantar buku. Sekali bukannya kena hantar buku aje, kena masuk exam sekali lak tu. Huh! Terkejut! Exam hariini. Harini semua sekali ada 10 soalan. Satu soalan mybe dalam 5 markah. 5 jars dan 5 slides. Total 50 markah.
Aku lajnah 9A dengan beberapa orang kaum kerabat. Mula-mula tengok soalan macam tak paham jugak. Cara nak jawab die pelik sangat. So, aku pun angkat tangan sebab tak paham ape yg dr dok terangkan kat depan. Sekali datang sorg dr. Die terangkan balik kpd bdk2 msia dalam BI. Akhirnya paham juga. Terima kasih dr! Kat bawah sedikit jawapan aku untuk hari ini.
Jawapan
1-Cerebellar Astrocytoma
2-Cimex?
3-Time soalan ni aku cam ngantuk. Terus tertidur. Penat stay-up mlm td
Jaga-jaga exam tengok2 pengawas dah kutip kertas. Aku pun bagi jela kertas aku. (jgn la percaya cerita kat atas tu ye.seperti yg aku nyatakan sblm2 ini). Ok la. Ada 2-3 description yg aku reka sebab lupa.. Kira macam dah jadik pakar Patho gitu. Boleh reka2 diagnosis. Haha~ Ni sedikit pesanan aku untuk kawan-kawan yang belum belajar Patho. Patho ni memerlukan pemahaman dan daya ingatan yang baik. So, preparation untuk segala slides n jars memerlukan preparation yg amat rapi. Sebab apa? Time korang start je tengok Soalan tu, otak memang kena pick-up. Takdenye lagi time tu baru nak terhegeh2 carik organ tu ape. Kaler ape. Tengok-tengok je terus tau ape description die. Diagnosis die. Kalau korang nak berjaya prepare la awal2. Jangan jadik mcm ak. Siap tidur dlm exam (bohong).
Satu perkara yang aku sedar pas banyak sangat mengusha gune mikroskop ialah mata aku dah semakin kabur. Jarak penglihatan aku dah mula berkurang. Kalau dulu dalam jarak 50 meter aku nampak Akim sebesar jari kelingking, tapi sekarang aku nampak die sebesar 2 ibu jari tangan dalam jarak yang sama. Aku tatau la kalu die membesar dengan sihat sekali. Tapi aku kompem yang mata aku sebenarnya ada masalah (seronok tak Akim?). Jadik pulang ke tanah air nanti, aku kena pi cek mata lah nampak gayanya.
To-Do-List
Visa
Kemas bilik
Basuh dan lipat baju
Prepare utk exam
Membaca bacaan yg aku dah tinggalkan sepanjang exam. (jiwa kosong)
Kembali ke landasan
Selepas ini inshaAllah aku akan kembali blogging secara normal. Sebenarnya tujuan aku blogging ni bukan untuk masukkan entri2 yang agak merepek mcm yg lepas. Tujuan aku untuk bagi org yang baca dan TERUTAMANYA DIRI AKU boleh dimuhasabah balik. Tu sebab aku jarang tulis benda-benda yang bagi orang gelak sampai tak ingat dunia. Boleh je nak buat. Tapi cukuplah kan. Blog lain pun dah banyak baca boleh gelak2. Mungkin entri2 lepas sekadar persinggahan untuk berhenti sekejap bagi melapangkan pemikiran. Lepaskan apa yang terbungkam dalam kepala di saat exam. Aku harap aku tak terus berhenti kat perhentian ini untuk selama-lamanya. Perjalanan aku masih jauh lagi Banyak lagi perkara yang perlu aku baca, tulis, dan poskan dalam ni. Harap apa yang aku tulis ada manfaatnya untuk semua. Tidak banyak pun, sedikit jadilah. Akhirnya, cubalah menjawab soalan berikut. Sudah bersediakah untuk PEPERIKSAAN AKHIRAT? Selamat menjawab! [Tashiru-Kembali terus berkumandang]
Anak murid kepenatan
Nota: 3 pos-pos lepas walaupun merepek saya ada selitkan satu nilai dan pengajaran yang sangat besar maknanya. Carilah jika anda seorang yang pandai menilai manusia melalui penulisannya.
Apr 19, 2008
Microb Done!
Exam pagi tadi, pergi sekolah dalam pukul 815pg. Dah turun tangga semua nak sampai jalan besar, ternampak due orang student Melayu tahun satu nih. Tetibe aku terpandang pada satu benda yang diorg gantung kat beg. Cit! Aku naik balik tangge balik. Masuk rumah. Bukak pintu bilik dan amik benda macam dorg gantung kat beg tu. Lab coat aku tertinggal da.. Pastu seperti biasa pergi ke sekolah dengan langkahan yang paling laju sekali sebab takut terlambat. Sampai sekolah, kat Qism Physio sungguh ramai umat melayu. Selepas bersalaman ala-ala seorang YB bertemu rakyat dan memberikan sedikit ucapan kepada semua umat-umat itu, aku terus masuk ke qism Microb (tempat aku ngan Akim sesat 2 hari lepas).
Elok-elok masuk je ade la beberapa orang umat Melayu juga di dalam qism itu. Sungguh bersemangat mereka datang pepagi alam itu! Haha. Aku cam terlewat sikit dan pakcik otai 2 suruh pi main jauh-jauh (dok tepi dulu sebab dah penuh). So, aku pun pegi padang, main bola sekejap. Pastu datang balik (takde keje).Bile group pertama dah masuk, terus aku beratur untuk tandatangan dan bayar LE2. Dalam 20 minit pastu terus masuk dalam lab untuk ujian. Ok. Seperti biasa, di bawah adalah jawapan aku untuk hariini. Semua sekali ada 10 soalan dalam group A.
Jawapan.
1- Biji sawi (nampak kecik2 kaler ungu bawah mikroskop)
2- Anak ular sawa batik (panjang melingkar2, bawah microskop juge)
3- Pengorek telinge (terus aku rase nak korek telinge time tu)
4- Hodgkin Lymphoma
5- Soalan 5 aku jawab sekerat je sebab dakwat tetibe nak abis
6- Tiket kapal terbang blk Msia
Soalan 7-10 aku macam pening2 sikit nak jawab sebab doctor yg jage exam tu boleh pulak die merokok kat dalam lab tu. Depan aku siap! Tension. Itulah sedikit sebanyak jawapan aku untuk hariini. Seperti biasa, janganlah percaye ye kawan2. Soalan harini agak susah. Harap2nya banyak la betul jawapanku harini. Ok. Luse ade Patho pule. Tadi abis exam, dorg kutip buku Amali. Harap-harap boleh amik balik pasni. Penat aku kaler-kaler bagai. Ok la. Ni msj ayah aku pun balas lagi ni. Akhir sekali. Saya sayang Microb! Sehingga berjumpa lagi!
Nota: Sudah lama tidak telefon keluarga. Rindu kembali bertandang.. Entri di musim2 exam ini akan terus santai seperti sebelum2 ini. maklum!
Apr 18, 2008
Silap Bidikan, Hati Terpanah
ANJING-ANJING NERAKA
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. Bacalah Al-Qur'an tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka."
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
Entah berapa kalilah kata-kata saya ini telah memanah hati orang lain samada disengajakan atau tidak? Kekadang perbuatan kita sahaja sudah cukup membuatkan orang lain terasa dan kecil hati tanpa pengetahuan kita. Sungguh tidak sanggup saya menjejakkan kaki ke dalam neraka Allah apatah lagi dirobek-robek sedemikian rupa. Andai diri ini telah melakukan kesilapan atau menyakitkan hati-hati kalian, maaf jua yang ku pohonkan. Diam itu lebih baik dan indahkan?
My Corner
Nota: Alhamdulillah. Saya dalam usaha utk mengumpulkan kembali sahabat2 ex-SKT 94-99. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan..Doakan ya! Currently addicted to Untukmu Syuhada.
Apr 15, 2008
Letupan Kecil!
Dalam pukul 8 siap2 nak pi sekolah. Tunggu si Akim. Kami pi sekali. Sampai sekolah tengok semua orang Arab dah terponggok depan Qism. yang kami pulak pi masuk kot Qism Microb. Siap pi lab Microb lagi. Padahal orang lain tunggu kat sebelah hujung satu lagi. Selamat la ade kwn call. Kalau tak kompem ktorg dah terkontang kanting melilau kat qism tu. Alhamdulillah. Tak perlu tunggu lama untuk ambil kertas exam walaupun ketika tu sangat2 berdebar. Kemudian dipanggil nama dan kena bayar 2 Pound Egypt. Disuruh duduk kat kerusi sebelum masuk lab. Sekali ade pakcik Arab yang macam otai sikit panggil suruh duduk kat tempat lain. Pastu makcik yang suruh duduk kat kerusi sekarang ni pi gaduh2 ngan pakcik otai. Last2 sekali, kami yang jadik mangse. Haih..
Dalam lab, kami (mostly student Msia) dapat group A. Slide 1st aku no 1. Binatang ape tah. Tak ingat. Burung kakak tue kalau tak silap.(boleh ke letak burung kakak tua ats slide?) Overallnye ini la jawapan aku tadi.
Soalan
1- Burung kakak tua
2- Burung pipit
3- Semut
4- Anai-anai kayu
5- Kutu kucing
Dah jangan percaya jwpn kat atas. Aku jenis yang tak bincang jawapan pas exam. Ni sedang berusaha untuk Microb dan Patho pula.
Sambung cerita malam
Tadi kami buat makan-makan sikit kat rumah. Lepas Maghrib. Plan asal nak bagi kawan-kawan satu batch makanan tu. Tapi last2 minit tukar plan. Ajak kawan2 sem 3 MMP. Ada la dalam 12 org. Makan nasik Cimex (aku hentam resepi dia) dengan lauk ayam masak merah E. Vermicularis (aku bg name ni ok Kim?).
Sekarang pulak tengah melukis Microb amali. Esok kena hantar buku waktu petang. Tq ya bg pinjam!
Tadi pulak terbeli air mangga Best yg tak best! Bau die. Sungguh dahsyat! Rase die tatau la camne. Sesiapa yg dah terminum tu nasib la. Nasib baik boleh pulangkan balik. Pesanan pakcik kedai: "Air ni kalau bukak je penutup die ade bunyik letupan kecil (pop) tandenye air ni elok lagi..dan vs..".
Nota: Nape pakcik Arab asek potong sekben saya? Bilenye nak ade jambang macam tu? Haih. Entri mengandungi bahasa rojak. Harap maklum!
Apr 14, 2008
Makluman..
Penulisan dalam blog ini akan dihentikan sementara waktu kerana saya sedang menghadapi exam akhir tahun. Kerja-kerja update akan dibuat apabila hati ini tergerak untuk berbuat demikian. Doakan saya dan kawan-kawan. Dan kepada kawan-kawan terutamanya kepada batch saya dan umumnya kepada semua yang akan exam, moga Allah mudahkan urusan kita semua. Dibantu dan diingatkan apa yang kita lupa ketika menjawab exam nnt. Dilapangkan dada dan dikuatkan ingatan. Dan paling penting, moga Allah kurniakan kepada kita semua, ilmu-ilmu bermanfaat dan diberkati hendaknya.
Salam perjuangan..Salam imtihan..
Nota: Time2 nak exam ni la rase nak buat mcm2 bende2 pelik. Nak pi berenang, nak pi camping la, nak mandi air terjun la. Nak tukar course la. Haih! Moga Allah kuatkan diri ini...
Apr 9, 2008
Malu,segan,jahalu
Sedar atau tidak, sebenarnya dalam masyarakat Muslim, satu penyakit telah mula menular dan merebak dengan dahsyat sekali. Wabak yang telah menyebabkan umat Islam tidak lagi dihormati dan disegani. Wabak yang menyebabkan pemuda dan pemudi lemas dalam lautan cinta buatan sendiri. Hilang perasaan MALU. Itulah wabak yang saya maksudkan. Apakah masih ada perasaan malu dalam diri kita di saat umat ini sudah mula tiba di penghujungnya sebelum menghadapi hari kemusnahan yang dahsyat?. Mari berhenti dan bermuhasabah sejenak. Apakah rangkuman yang dapat dibuat untuk menepati konsep malu dalam Islam? Malu untuk melakukan kejahatan. Malu untuk bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Malu untuk melihat perkara maksiat. Malu untuk bercakap perkara sia-sia. Malu untuk mendapatkan cinta manusia selagimana cinta Allah belum lagi dimiliki. Pendek kata, malu apabila melakukan perkara tidak baik. Masih adakah perasaan ini dalam diri kalian? Mari kita lihat manusia-manusia di sekeliling kita. Adakah mereka juga mempunyai perasaan malu ini? Mungkin ya dan mungkin tidak. Dan tidak salah jika saya katakan jika jawapan tidak itu melebihi jawapan ya.
Dalam keadaan umat yang semakin tenat dan tenggelam dalam arus pembangunan ini, penerapan akhlak dan nilai-nilai positif dalam diri telah mula diabaikan. Akhirnya, nilai-nilai ini telah mula hilang. Sehingga ada segelintir manusia yang sanggup mengatakan bahawa orang-orang yang masih mengamalkan nilai-nilai murni dan sifait-sifat baik ini sebagai jumud dan ketinggalan zaman. Siapa yang jumud sebenarnya? Siapa yang ketinggalan sebenarnya? Siapa pula yang kuno juga? Adakah orang yang berakhlak baik tidak mampu untuk hidup dalam era pembangunan yang sedang pesat sekarang ini? Sudah tentu tidak. Tetapi adakah golongan yang menolak nilai-nilai murni dan baik ini mampu untuk berjalan seiring dengan pembangunan yang mereka agung-agungkan itu? Sudah tentu tidak! Lihat sahaja di Barat. Semakin maju mereka semakin jauh mereka ketinggalan. Kadar jenayah yang semakin meningkat. Pakaiannya juga mendedahkan aurat. Tidak kurang juga yang sanggup berbogel di tengah-tengah bandaraya dan pusat-pusat peranginan mendedahkan badan mereka yang kononnya cantik dan seksi. Bertamadun sangatkah perangai ini? Sudah cukup modenkah? Tidak jumudkah? Bukan kah orang-orang yang berbogel ini golongan yang hidup pada zaman-zaman dahulu? Golongan yang duduk di dalam hutan dan gua.Golongan nomad dan kuno. Kononnya ini adalah hak individu. Kebebasan bersuara. Sehingga sanggup dan boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa ada halangan. Ingat! Bebas kamu di dunia tidak bermakna kamu terlepas di akhirat nanti. Dibawah ini saya selitkan beberapa perkongsian yang saya cari dari sumber-sumber internet. Tentang betapa besarnya nilai malu. Malu yang dituntut oleh Islam dan kisah-kisah berkaitan.(bacalah sehingga habis sekiranya anda masih berakhlak dengan akhlak Islam).
Malu
Malu ertinya dari segi bahasa adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif. Maka sifat malu itu sendiri adalah sifat yang mulia dan terpuji jika difahami secara benar maksud dan tatacaranya. Dari malu akan seseorang dari keadaan hina dina dan meletakkan seseorang di dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif sahaja. Perasaan ini dapat mengatasi seseorang melakukan hal-hal kemaksiatan, kerana seseorang itu akan berperasaan; “ Bahawasanya saya adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan saya lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”.
Asal usul kalimat hayaatun (kehidupan) berasal dari kata hayaa’un (malu). Kamus lisan arab merujuk (istahyu rajulun) – kuatnya denyut kehidupan dalam jiwa seorang lelaki. Maka difahami dari frasa ini ialah dia malu untuk bersangkut-paut dalam hal-hal kehinaan kerana hati nuraninya tidak mahu melakukan hal-hal yang berakibat negative.
Maka difahami perasaan malu (al-haya’) berkait rapat dengan kehidupan itu sendiri dan membawa makna dan rahsia kehidupan itu. Maka seseorang yang tidak mempunyai sifat malu maka dia bukanlah hidup sebenarnya, tapi sudah mati atau hampir mati keadaannya.
Perbezaan malu (al-haya’) dan tersipu (al-jahalu)
Malu yang kita fahami bukanlah malu tersipu-sipu tidak pada tempatnya kerana malu yang kita bincangkan ini adalah sesuatu perasaan yang lebih besar maknanya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga gagap dan takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah keperibadiannya. Akan tetapi al-haya (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadiannya lantaran kuatnya dia dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Sungguh terdapat kekeliruan dalam dua istilah ini yang sering dicampur-baurkan.
Sekilas Dalil-dalil
Rasulullah saw bersabda; “ Cabang iman itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu itu sebahagian daripada iman.” (Bukhari:9 & Muslim:151)
Hadith yang lain menyebut; “Cabang iman itu 63 bahagian. Yang tertinggi adalah mengucapkan Lailaha illa Allah. Bahagian terendah adalah membuang rintangan dijalanan. Adapun malu itu sebahagian daripada iman.”(Abu Dawud:4676)
Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. berjalan
melalui seorang lelaki dari golongan kaum Anshar dan ia sedang menasihati saudaranya
tentang hal sifat malu - yakni malu mengerjakan kejahatan. Kemudian Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan."
(Muttafaq 'alaih)
Lihatlah penting sifat malu hingga ia sebenarnya berkait rapat dengan keimanan. Maka lihatlah dimana sifat malu kita dan muhasabahlah. Kebanyakan kita tidak tahu malu sebenarnya.
Permulaan akhlak ialah malu
Rasulullah saw bersabda;
“Malu itu mengandungi kebaikan” (Muslim:156, Abu Dawud:4796)
“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.” (Bukhari:5766, Muslim:155)
“Malu itu sebahagian daripada iman dan iman tempatnya disyurga sedangkan buruk akhlak itu sebahagian dari kekerasan hati dan tempatnya dineraka. (Tirmizi:2009)
“Malu dan iman keduanya tidak boleh dipisahkan. Jika satunya terangkat maka yang lain jua turut terangkat.”(Musnad al-Hakim, 1:22)
Jika dicabut rasa malu itu maka tunggulah saat kehancuran
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih saying daripadanya. Dan jika kasih saying dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)
Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah, di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifat malu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman dan kemaksiatan sedangkan kita yang melihat sendiri yang berasa malu atas perbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan.
Bacalah sekali lagi hadith diatas, dan tanyalah diri kita. Adakah kita mempunyai sifat malu……………………..?
Suatu makna yang indah
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya setiap agama ada akhlak tersendiri dan akhlak Islam adalah malu” (Ibnu Majah:4181)
Hadith tersebut tidak bererti satu-satunya akhlak dalam Islam adalah malu akan tetapi akhlak yang paling sempurna dalam Islam adalah sifat malu. Betapa agungnya malu dalam akhlak Islam!
Hadith yang mempunyai 2 makna
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya apa yang diketahui oleh manusia dari sabda kenabian terdahulu ialah; Jika engkau tidak malu maka lakukanlah sesuka hati kamu.” (Bukhari:348, Ibnu Majah:4183)
Bahawa akhlak malu itu dimiliki para Nabi. Oleh itu kita dapat fahami,
1) Ancaman, jika tidak malu maka buatlah sesuka hati dan nantikanlah balasan Allah swt.
2) Kerja keras tanpa keluh kesah. Jika pekerjaan yang anda lakukan itu tidak tercela maka lakukanlah dengan sungguh-sungguh dan tulus ikhlas.
Rasulullah saw malu umpama gadis pingitan
Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu lebih sangat sifat
malunya daripada seorang perawan dalam tempat persembunyiannya - yakni perawan yang
baru kawin dan berada dalam biliknya dengan suami yang belum pernah dikenalnya. la amat
sangat malu kepada suaminya itu. Jikalau beliau s.a.w. melihat sesuatu yang tidak disenangi,
maka kita dapat melihat itu tampak di wajahnya." (Muttafaq 'alaih)
Rasa malu Nabi melebihi gadis pingitan. Jika baginda melihat sesuatu yang tidak baginda sukai, maka akan merahlah muka baginda yang mulia itu dan menjauhkan diri dari melihatnya. Apa yang kita lakukan jika kita lihat sesuatu yang tidak elok? Apakah wajah kita akan memerah dan menundukkan pandangan kita? Mulai hari ini kita cerminkanlah diri kita!
Malu Seorang Gadis
Fatimah binti Utbah bin Rabi’ah berjumpa Rasulullah saw kerana ingin masuk Islam. Saat itu Aisyah ra ada bersama baginda. Nabi saw bersabda;
“Ya Fatimah, berbaiatlah kepadaku. Janganlah engkau menyekutukan Allah sw sedikitpun. Jangan mencuri, apalagi berbuat zina.” (Ahmad: 1/21)
Ketika Fatimah mendengar kata “zina” ia menutupi wajahnya dengan tangannya disebabkan malu. Rasulullah saw berasa hairan dengan sikap Fatimah tersebut lalu Aisyah ra berkata; “Ya Fatimah, berbaiatlah engkau kerana seluruh wanita telah berbaiat tentang hal itu.” Maka Fatimah pun berbaiat.
Mendengar perkataan itu sahaja membuatkannya malu, apatah hal-hal yang lebih dari itu. Dewasa ini pemuda pemudi kita sudah hilang sifat malunya. Gadis juga berperawakan lelaki, bercakap kasar, berkata-kata lucah, menghisap rokok dan sebagainya. Jika gadis-gadis sudah begini bayangkanlah pula pemudanya. Sukar dibayangkan betapa teruknya. Dimanakah wanita seperti Fatimah ini?
Sampai Malaikat pun Malu Kepadanya
Nabi saw bersabda: Apakah saya tidak malu terhadap Utsman? Sedangkan malaikat pun malu padanya! (Muslim:6159, Ahmad:VI/62)
Adakah diantara kita yang mempunyai seperempat atau sepersepuluh dari rasa malu Utsman? Diriwayatkan Utsman menikahi seorang gadis dan apabila dia meninggal dunia, isterinya itu ditanya mengapa dia tidak mahu menikah lagi sedangkan dia masih muda. Dia menjawab,” Sungguh aku tidak akan menjumpai orang yang selembut Utsman sebagai suamiku.”
Wanita itu berjalan malu-malu
Firman Allah swt dalam al-Quran ketika menggambarkan wanita anak Nabi Syuaib berjumpa Musa as;
Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: “Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami.” (al-Qashash:25)
Renungilah ayat ini dan bacalah sekelian kalinya hingga kita berfikir mengapa begitu lengkap dan sempurna pernyataan Allah dalam menguraikan bagaimana anak Nabi Allah Syuaib tatacaranya berjalan? Seolah-olah kita merasakan bahawa perkataanya jua gaya jalannya menunjukkan rasa malunya. Seluruh badannya menunjuk rasa malu yang agung, menjaga kehormatan diri dan maruah wanita dan jua manusia seluruhnya. Sesungguhnya rasa malu bagi wanita itu adalah perisai tak tertembusi oleh manusia lain, andai saja dia pandai menjaga perisai malunya. Tuntutan rasa malu kepada wanita adalah fitrah kerana wanita itu sendiri lembut dan sopan melebihi lelaki.
Adalah dikesalkan pada zaman ini kita sudah ketandusan generasi sebegini. Namun disebalik redup ketandusan ini, Allah tidak menghilangkan golongan yang masih mempunyai harga diri. Masih terdapat yang memelihara aurat mereka dengan sempurna, menjaga pergaulan bebas, bersifat malu selayaknya wanita. Umpama mutiara sempurna tersusun rapi didalam bekas yang terjaga. Biarpun berdepan arus globalisasi dan modernisasi yang kuat mengfitnah, insya Allah yang memberi ketenangan pada hambaNya yang soleh dan solehah. Arus feminisme dan emansipasi wanita jua turut memberikan tekanan, yang melaungkan kebebasan yang superficial kerana hakikatnya mereka mengeluarkan diri dari keistimewaan dan darjat tinggi yang telah diberikan Islam. Hasilnya wanita yang bersikap tidak senonoh, menghina diri untuk menarik perhatian orang lain khususnya lelaki, dan hilang sifat kewanitaan. Musuh Islam sangat gembira dengan hakikat ini kerana tidak cukup dengan wanita Eropah untuk dirosakkan, wanita di Timur khususnya wanita Islam menjadi matlamatnya.
Renungi hadis ini
Dalam hal ini ada sebuah Hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari yang diterima dan'
Abu Mas'ud yaitu Uqbah al-Anshari, mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya di antara hal-hal yang ditemui (didapatkan) dari ucapan kenubuwatan yang
pertama ialah: Apabila kamu tidak malu, maka lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki."
Adapun Hadis di atas itu mengandung pengertian sebagai ancaman atau untuk
menakut-nakuti pada seseorang yang hendak berbuat semau-maunya. Jadi maksudnya ialah:
"Kalau kamu tidak malu kepada Allah dalam melakukan kemunkaran dan kemaksiatan itu,
terserahlah, kamu boleh melakukan apa-apa yang kamu inginkan dan sesuka hatimulah.
Tetapi ingatlah bahwa setiap sesuatu itu ada balasannya, baik di dunia ataupun di akhirat."
Ada pula sebagian alim-ulama yang berpendapat bahwa maksud Hadis di atas itu
adalah untuk menunjukkan kebolehan sesuatu kelakuan. Jelasnya: "Kalau kamu hendak
melakukan sesuatu, sekiranya kamu tidak malu kepada Allah dan para manusia, sebab
memang bukan larangan agama, baik sajalah kamu lakukan. Tetapi sekalipun agama
membolehkan, kalau kamu malu, tidak kamu lakukan pun baik juga jikalau hal itu termasuk
sesuatuyawaz (yakni bukan hal yang wajib atau sunnah). Jadi baik dilakukan atau
ditinggalkan sama saja bolehnya."
Tegakkanlah rasa al-haya dalam diri kita. Itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan tidak terbanding dengan apa yang ada pada dunia dan seisinya.
Allahua'lam.
Sumber: bahantarbiyyah.info, Riyadus Solihin, Akhlak Mukmin (Amr Khaled)
Apr 3, 2008
Boikot Belanda
1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. -(digugurkan) *
30. - (digugurkan)
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain
*Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis
Sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php
Apr 1, 2008
Santai
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...
Perlumbaan dimulai.
Secara jujur: Tak satu pun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:"Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak.
"atau:"Tidak ada kesempatan untuk berhasil...
Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu........
Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...
dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!"
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah........
Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara.
Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katakyang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!
Kata bijak dari cerita ini adalah:Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis......
kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!Kerana itu: Tetaplah selalu....POSITIVE!
Dan yang terpenting:Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak mungkin menggapai cita-citamu! Selalulah berfikir: I can do this! InsyaAllah.
p/s: Artikel ini pernah saya masukkan dalam pos di blog friendster dalam versi Inggeris. Ini di'copy' dari buletin di friendster.
Nota: Sedang berusaha menyiapkan satu artikel. Doa moga dipermudah dan diberi kelapangan masa.




