Secara rasminya hari ni dah habis exam.. Harapnya exam ini ditamatkan juga tanpa perlu melaui pusingan kedua musim panas nnt (pahamkan maksudnye?). Baru beberapa jam habis exam. Tapi dah start bosan yang amat sgt. Maka tak tahu nak buat ape lantas ku update blog ini yang telah lama tidak diupdate. Tadi pi amik gambaq batch kat gamaah dan studio ape tah. Tengah2 panas tu amik gambaq skema dgn baju kemeja. Peluh habis semua. Tambah malu pulak Arab tengok budak2 Malaysia dok bergambar. Tapi kan.. malu tu sebenarnya perasaan sajor.. Start je snap satu gambar dah mule melarat2 nak amik gambar kat tempat lain pulak... Alasan: Setahun sekali je nak bergambar ni pon...[alasan kukuh ni]. Selagi kosong memori kad n bateri tak kong, selagi tulah disnapnye gambar...
Rancang dengan apa yg ada..
Mula cuti, maka bermulalah segala perancangan yg telah ku atur. Sepatutnya 26-28 ni ada futsal kat CAI, tapi tak dapek den nak joinnye sbb dah ada perancangan lain yg lebih utama. Tambah pulak kasut yg dah koyak semakin besar tu. Dah macam mulut org pon ade. Takut gak kang tetibe sepak bola, melayang2 bende putih kat dalam gol. Sekali aku punya tapak kasut dah tercabut.. Tak ke malu camtu? Ape2 pon gud luck utk mereka2 yg akan bermain nnt.. Menang adalah matlamat semua. Tapi jangan lupa, dalam mencapai matlamat itu, anda memerlukan orang lain yg dapat membantu. Orang2 itu adalah kawan seteam dengan anda. So, bermain dengan semangat teamwork@berpasukan. Bukankah kambing yg seekor itu lebih mudah utk ditangkap serigala berbanding kambing yg berkumpulan? (bukan aku maksudkan kat sini suruh korg jadik kambing ye...paham kan maksudnye?)
Assubhubada dan masa depannya
Pasal blog ni pulak. InshaAllah pasni ade plan yg lebih baik utk maintainkan blog ini. Takut nnt jadik blog yg ala-ala hidup segan mati tak mahu. blog ini insahaallah aku akan asingkan antara tulisan peribadi, pengalaman dengan bperkara-perkara yang bermanfaat. seperti yg aku katakan sebelum ni, label semasa dan suke2 saje akan dimuatkan di tempat lain yg belom lagi ditentukan mediumnya. Makluman juga, kalau tak boleh bukak link ni guna assubhu-bada.blogspot, try tukar ke assubhu.blogspot @ link lain yg akan dimaklumkan kemudian. Doakan semua perancangan ini akan berjaya. istiqomah...
2 bulan berlalu...
Mybe ni perkara last yg aku nak muatkan, sedar tak sedar kita dah exam hampir dua bulan. Ingat balik bagaimana kita bermula. awal bulan 5. Sebelum tu, masing-masing sebok dengan tuisyen, study grup (ade ke?) dan lain-lain. Carik nota. tanya doktor. Buat latihan. Tengah makan bincang. Dalam tidur mimpi study. Lupe sikit sanggup bangun utk baca balik nota. Sekali kang takde letrik lak kat umah. sanggup kuar pi carik lilin. Masing-masing tekun dan bersungguh sekali untuk mendapatkan keputusan yg cemerlang. Moga-moga segala yang kita usahakan itu Allah beri ganjaran. Masa dalam fatrah exam pulak, macam-macam kejadian jadi. Ade yang lari rumah, ade yg bertapa, ada yang rasa nak buat benda pelik2, ada yg time2 ni la nak main game la, tgk muvie la, ada yg tension dll. Ini adalah sebahagian dari cabaran yg kita lalui masa exam. Tup tap tup tap, tetibe harini kite dah abes exam.... Rase2nye cube korg pon dah hampit 'hilang ingatan' dengan peristiwa yg berlaku sepanjang musim exam ni. Satu point yg anak ditekankan, kalian rasa tak tempoh dua bulan itu berlalu dengan pantas sekali? Masih ingatkah bahawa bertambahnya hari, semakin dekatlah ajal kita.... Persoalan: Cukup bersungguhkah kita utk menghadapi kematian sebagaimana kita bersungguh2 menghadapi peperiksaan yg lalu? Peringatan utk diri ini juga..
Fokus seorang pelari 4x100
Asal 4x100m? Jangan tanye ye. ini cth je. Dalam acara 4x100 ni, ada 4 pelari yang akan berada di posisi tertentu yg jaraknya adalah 100 meter antara pelari. Yang penting dalam acara ni adalah pelari pertama dan pelari terakhir. kalu pelari pertama buat slek, abislah satu team tu akan kalah. Buatnye time nak lari 1st tu, terkejut dgr tembakan pengadil, jatuh lak mamat tu, kompem kekalahan dalam tangtan. Tugas pelari kedua dan ketiga adalah utk maintainkan larian supaya tak ketinggalan dgn peserta lain. Bebanan besar pada pelari terakhir kerana dialah segala-galanya. Dialah yg akan menentukan juara. Dia jugalah yang kena maintainkan larian. Dan sedar tak sedar sebenarnya, keempat-empat mereka berkongsi matlamat yg sama tetapi mereka mengejar matlamat berdasarkan posisi yg berlainan. Merekalah jugalah yg perlu memastikan pegangan baton tidak terlepas ketika berlari. Juga perlu mereka pastikan lorong yg betul agar tak tersilap masuk lorong pelari lain. Dan yg penting, setiap kali berlari, mereka sentiasa ingat matlamat mereka yg satu itu... MENANG...
Ape poinnye kat sini? Macam biasa. Pikir sendiri.... Antaranya, Macammane kite nak relatekan cerita atas dgn peristiwa yg berlaku dlm hidup kita...Masa exam adakah kita ibarat 4 pelari tersebut? Ke kite pulun sorg2 utk berjaya dan biarkan kawan lain terkapai2? Dalam hidup kite lak, kite nak masuk syurga, tapi adakah kite pegang tangan kawan2 lain dan pimpin mereka bersama-sama kita utk masuk syurga? Cukup baguskah kita? Ini yg aku mahukan dari kalian sebenarnya.....
Dan akulah antara pelari terakhir yg tidak mahu mengecewakan semua org dlm pasukan ini..
Plan pasni:
Buat rak buku
Susun atur blog ni balik
Susun n plan entri utk assubhu-bada
Kemas buku-buku dan nota
Carik barang utk dibawak balik Msia
Nota: 4x100m sebenarnya feveret aku mase sekola rendah. Tapi tu time kecik2 la kan. Sekarang dah 'berumur'. 50 m pon dah tercungap2..



