Jun 4, 2008
Tafsiran perkataan
Tengah takde idea skrg. Juga bosan membaca Pharma yg banyak itu. Ha~ Takde idea nak update ape. Ok2. Kongsi sikit. Pasal perkataan dan gambaran yg saya berikan ketika berchatting menerusi YM:
huhu~ beliau sedang ketandusan idea dan sedang memikirkan ayat seterusnya
hohoi~beliau telah dipengaruhi kartun Sin Chan
hoho~ menggunakan suara 'base'
hihi~ gelak seorg perempuan yg tersipu2 malu sambil menutup mulutnya dgn tapak tangan
haha~ gelak lelaki (akim sila amik perhatian)
ngahaha~ ketawa yg terbahak-bahak
hehe~ nada sinis dan tak pasti kena gelak ke tak time tu
!~ tanda seru amat saya takuti. menggambarkan mangsa sedang marah yg amat sangat. Biasanya selepas keluar tanda seru, saya akan tamatkan dgn ayat ini: "Sorilah yek kalu buat salah ke ape2. Salam"
Heh~ beliau tak suke dengan ayat yg saya gunakan sebelumnya sambil mengerutkan muka. Mungkin juga beliau marah [telah diminta utk dimansuhkan penggunaannya ketika chatting]
poipoi~ [sila tgk huruf yg berturutan ini di atas keyboard anda]. Perkataan yg sering digunakan dgn adek-beradek ketika chat.
Dan yg paling penting ketika berchatting, sila jgn memberikan sebarang intonasi kepada ayat yg ditaip oleh rakan anda. Maksudnya, baca ayat-ayat itu dengan satu nada dan ibarat manusia yg takde perasaaan. Jika silap intonasi ketika membaca, pelbagai malapetaka boleh dtg tanpa diundang. Cth: depressi, marah, emo dll. Boleh jadi jugak lepas membaca ayat itu dengan intonasi yg salah, anda akan syok sorang-sorang. Tambahan lagi, anda sedang berchatting dgn seorang perempuan. Sekian.
Layan video kat bawah ni di kala bosan
May 28, 2008
Taknak kawan!
Citer sikit pasal dorg ni. Fadilah, classmate mase SKT dulu. Anak cekgu BI. Cekgu Badariah. Skrg ni dah jadik cikgu pakar BI kalau tak silap. Special pasal cekgu ni ialah cubitan dia. Sekali die cubit budak2 memang kompem nanges. Skrg ni si Fadilah ni pon tgh kursus kat Maktab Perguruan. Bolehlah menurunkan cara cubitan cekgu Bad tersebut jika dibuli oleh anak-anak murid yg nakal mcm...............................................................saya :p
Afiq. Classmate MMAS. Belajar di Terangakashi, Jepun. Tgh belajar engineering. Bercita-cita menjadi pengayuh beca berjaya untuk mengelilingi pantai timur bulan 8 ini. Muka ala-ala orang Jepun sikit. Tapi berjambang pulak (slek betul la. org jepon mane ade jambang afiq oi). Balik ni ade projek besar dgn beliau.
Elo..elo...
Haih! Dah takleh upload lak gambar-gambar..leceh betol.. dah la komputer sendiri tenet sakit...tenet kat komputer org lain pon sakit gak ke? Taknak kawan!
Dahla..[terus takde mood nak update]
May 20, 2008
Tag & Konpius?
Ahmad Alawi
18 Mei 1997
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 11
Moga dipanjangkan umur..
Dimurahkan rezeki..
Hidup diberkati..
Dimudahkan untuk menuntut ilmu..
Moga exam dapat no 1 selalu..
Jangan congeh-congeh ho~
Relaks dan ceria selalu..
Yang paling penting moga jadik ANAK SOLEH.. Amin.
Nantikan kepulanganku.. boleh kite bergumpal-gumpal dgn Raop.. Hehe~
Tag
Semalam malam saya melawat jap blog-blog yg selalu saya lawati. Kena tag pulak dgn Evenstar. Saya pon tatau bende2 tag ni. Tapi yg pasti mang takde kena mengena ngan soalan Para semalam. So, layan jela tag ni dikala takde idea nak pos entri2 baru. Tapi kan, soalan dalam tag tu cam banyak Tanya pasal diri sendiri. Saya tak nak org kenal saya boleh? Tapi sekali lg..Layan jela~
Fakta Ttg Saya
1-Tak suka makan masakan sendiri. Sebab? Saya pon tatau. Mungkin turunkan dari perangai emak saya
2-Mempunyai masalah apabila berhadapan dengan nombor. Cth: kira-kira, hutang Evoiz n YM. Dan sampai sekarang saya masih menggunakan jari untuk mengira harga barang dibawah RM@LE 10.
3- Perangai manusia yg saya benci: Lupa diri bila dpt jwtn, suka menyindir, gila pujian, cakap banyak tapi tak reti buat, takde pendirian diri, jumud, berpegang dengan prinsip yang salah, suka menyalahkan org lain, talam 4 muka
4-Saya DIAM DAN SENYAP apabila marah, tidak setuju, terasa hati atau tak suka pada sesuatu perkara. Teori “diam tandanya setuju” sangat-sangat contraindicated dengan saya.
5- Saya suka memerhati gelagat dan tingkah laku manusia di sekeliling.Cara saya berkenalan dengan org: dengar gaya cakap, tanya pendapat, tengok respons dia bila marah, tidur sekali, makan sekali, musafir sekali
6- Suka duduk rumah kalau takde keja yg memerlukan saya utk keluar dr rumah
7- Yang paling utama dan penting bagi saya adalah KELUARGA SAYA. Family First!
7 Paling berharga
-Iman
-Senyum
-Besi braces (baru tau harga dia 1500 utk satu row. Rugi saya tak jual dulu..)
-Air mata saya
-Family
-Kamu
-Jam tangan sekarang [walaupun jam tu adek saya yg bagi dan talinya telah saya ganti dgn tali Arab yg koro, itulah jam yg paling berharga bg saya]
7 Takut [dunia]
-Mati katak (mati yg sia-sia)
-Hari ini berlalu pergi, ttp saya masih spt dulu..
-Disumpah jadi kepala paip
-Ular
-emosi melebihi rasional
-Rasa diri sendiri baik
-Hilang org yg disayangi
7- lagu sekarang
-Terima kasih guru (Mirwana)
-Balada Selawat (Raihan)
-Al-Hijrah (Raihan)
-Khalifah Pertama
-Senyum (Raihan)
-Hikmah Kembara (Mirwana)
-Ku hadir padamu (Mirwana)
* skrg tgh mode Raihan-Mirwana@ Raihana (bukan nama pompuan ye)
7 1st time:
-1st time eksiden langgar amoi Cina mase nak pi buat med-check up JPA. Saya langgar dia tapi saya tak salah. Kesian tenggiling 4249 saya. Brek patah. Atok saya pon penah kena langgar dengan ayah amoi itu. [teori pelanggaran cucu-atok 7 keturunan]
-1st time saya berjauhan dengan keluarga adalah ketika belajar di Kedah fom 1
-1st time panjat gunung dgn kaki adalah Gunung Ledang [darjah 6]
-1st time pakai braces waktu fom 4,5 [bukak sblm msuk INTEC]
-1st time nek kapal terbang masa dtg Mesir
-1st time tgk atok nangis, mase nak fly dtg sini
-1st time tempeleng angsa emak sampai beliau pening waktu bg makan time summer tahun lepas sbb die gigit kaki saya [jgn bgtau mak aku weh~]
7 ayat selalu sebut
Suke ati ko la- no komen- diam ah- asal bahagia- relaks2- cube serius sikit- jangan congeh ho~
7 0rang bertuah yg saya nak tag
-Org yg baca blog ni (jwb dlm hati la kalu malas nak buat)
-Farihin (kwn sekola rendah)
*Kamu
*Ha! Kamu juge
*Org sebelah kamu pulak
*Kawan kamu
*Ha! Kamu bangun..tlg jawab tag saya
(* baca cam cekgu sekolah tgh suh murid-murid jwb soalan. Cukup 7 org kan?)
Konfusi Math Mode:
Dia adalah saya
Dia=saya
Oleh itu, saya adalah saya.. [simple math? Ke silap?]
Kamu bukan dia
Dia adalah saya
Oleh itu, kamu bukan saya. [betol ke camni?]
Exam Mode
Parasitology Mode
19/5- Written
20/5- MCQ
22/5- Oral
Sekian. Doakan saya dan kawan-kawan di sini.
Nota: Camni ke care jawab tag?Haha~ Layan sajor..Asal bahagia..
May 2, 2008
Mamat
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:
"United Kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysia..."
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".
Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".
Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.
"Birmingham..."kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.
Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"
MORAL:
Ada dua perkara untuk direnungkan:
(1) Pada masa kini mendapat rawatan di hospital dalam negara adalah lebih baik, apatah lagi jika sudah ramai doktor pakar dan doktor Muslim. Sekurang-kurangnya ketika nazak masih ada orang yang dapat mengingatkan kita untuk mengucap syahadah.
(2) Banyakkan mengingati Allah ketika hidup. Mudah-mudahan semasa hendak pulang ke rahmatullah kita ingat Dia, bukan ingatkan zodiak..
p/s: di copy n paste 100%
Apr 21, 2008
Kembali
Lepas tu, sambung la balik Patho aku yang tak habis lagi. Mainly jars yang banyak itu berserta dengan description dan diagnosisnya. Kira semalam terasa sikit kemedican aku setelah 3 tahun belajar medic.(rasa cam menyesal sikit2 pun ade). Dalam pukul 3 pagi, aku rase ngantuk dan tidur kat katil c Akim. Seperti biasa sebelum tidur, aku pesan suruh die kejut. Alih-alih tak sempat nak lelap mata lagi, ada org dah tidur dulu. Podacit! Lepas solat Subuh (aku lewat sikit pi solat arini), sambung balik baca-baca. Pecutan terakhir. Abis usha jar, aku sambung tgk slide Patho. 62slides. Time ni semua rasa datang. Rasa sakit perot, nak buang air, tak sedap badan dll. Maklumlah. Exam dah dekat. Banyak pulak nak kena cover.
Harini kami pi sekola berjemaah. 6org. Semua pakai baju hitam. Tak taulah sebab apa. Sampai kat Qism, tak ramai lagi makhluk yang ada. Harini terserempak lagi dengan umat Melayu. Tapi tak seramai dulu. Exam stat lewat harini. Sebelum masuk exam, pakcik (otai 3) suruh hantar buku dan pulangkan slides. Aku pun pulangkan slides yang aku pinjam dulu. Dengan konfidennya aku masuk bilik tu n ada sorang lg pakcik (otai 4) pun cek2 slides aku yang memang tersusun rapi tanpa sebarang cacat cela itu. Lalu pakcik tersebut pon bertanya: Mane cd Patho? Arghh! Sekali aku terlupa bawak CD la. Ingat aku sorg je tak bawa. Kawan aku yg sorg lagi pon tak bawak. Maka kami sangat2 kuciwa. Pakcik tu kata: “ Aku bagi ko 35 dulu baki. Lagi 15LE aku bagi pas ko hantar CD” Aku pun jawab: “ Yola pakcik! Maalish. Den memang terlupo nak bawak arini. Den punyo kopalo banyak sangat piker. Naik sonak kopalo ni ghaso ea” (takdela.ni dialog rekaan)
Dalam pukul 9 lebih, dorg kecoh-kecoh suruh hantar buku. Sekali bukannya kena hantar buku aje, kena masuk exam sekali lak tu. Huh! Terkejut! Exam hariini. Harini semua sekali ada 10 soalan. Satu soalan mybe dalam 5 markah. 5 jars dan 5 slides. Total 50 markah.
Aku lajnah 9A dengan beberapa orang kaum kerabat. Mula-mula tengok soalan macam tak paham jugak. Cara nak jawab die pelik sangat. So, aku pun angkat tangan sebab tak paham ape yg dr dok terangkan kat depan. Sekali datang sorg dr. Die terangkan balik kpd bdk2 msia dalam BI. Akhirnya paham juga. Terima kasih dr! Kat bawah sedikit jawapan aku untuk hari ini.
Jawapan
1-Cerebellar Astrocytoma
2-Cimex?
3-Time soalan ni aku cam ngantuk. Terus tertidur. Penat stay-up mlm td
Jaga-jaga exam tengok2 pengawas dah kutip kertas. Aku pun bagi jela kertas aku. (jgn la percaya cerita kat atas tu ye.seperti yg aku nyatakan sblm2 ini). Ok la. Ada 2-3 description yg aku reka sebab lupa.. Kira macam dah jadik pakar Patho gitu. Boleh reka2 diagnosis. Haha~ Ni sedikit pesanan aku untuk kawan-kawan yang belum belajar Patho. Patho ni memerlukan pemahaman dan daya ingatan yang baik. So, preparation untuk segala slides n jars memerlukan preparation yg amat rapi. Sebab apa? Time korang start je tengok Soalan tu, otak memang kena pick-up. Takdenye lagi time tu baru nak terhegeh2 carik organ tu ape. Kaler ape. Tengok-tengok je terus tau ape description die. Diagnosis die. Kalau korang nak berjaya prepare la awal2. Jangan jadik mcm ak. Siap tidur dlm exam (bohong).
Satu perkara yang aku sedar pas banyak sangat mengusha gune mikroskop ialah mata aku dah semakin kabur. Jarak penglihatan aku dah mula berkurang. Kalau dulu dalam jarak 50 meter aku nampak Akim sebesar jari kelingking, tapi sekarang aku nampak die sebesar 2 ibu jari tangan dalam jarak yang sama. Aku tatau la kalu die membesar dengan sihat sekali. Tapi aku kompem yang mata aku sebenarnya ada masalah (seronok tak Akim?). Jadik pulang ke tanah air nanti, aku kena pi cek mata lah nampak gayanya.
To-Do-List
Visa
Kemas bilik
Basuh dan lipat baju
Prepare utk exam
Membaca bacaan yg aku dah tinggalkan sepanjang exam. (jiwa kosong)
Kembali ke landasan
Selepas ini inshaAllah aku akan kembali blogging secara normal. Sebenarnya tujuan aku blogging ni bukan untuk masukkan entri2 yang agak merepek mcm yg lepas. Tujuan aku untuk bagi org yang baca dan TERUTAMANYA DIRI AKU boleh dimuhasabah balik. Tu sebab aku jarang tulis benda-benda yang bagi orang gelak sampai tak ingat dunia. Boleh je nak buat. Tapi cukuplah kan. Blog lain pun dah banyak baca boleh gelak2. Mungkin entri2 lepas sekadar persinggahan untuk berhenti sekejap bagi melapangkan pemikiran. Lepaskan apa yang terbungkam dalam kepala di saat exam. Aku harap aku tak terus berhenti kat perhentian ini untuk selama-lamanya. Perjalanan aku masih jauh lagi Banyak lagi perkara yang perlu aku baca, tulis, dan poskan dalam ni. Harap apa yang aku tulis ada manfaatnya untuk semua. Tidak banyak pun, sedikit jadilah. Akhirnya, cubalah menjawab soalan berikut. Sudah bersediakah untuk PEPERIKSAAN AKHIRAT? Selamat menjawab! [Tashiru-Kembali terus berkumandang]
Anak murid kepenatan
Nota: 3 pos-pos lepas walaupun merepek saya ada selitkan satu nilai dan pengajaran yang sangat besar maknanya. Carilah jika anda seorang yang pandai menilai manusia melalui penulisannya.
Apr 19, 2008
Microb Done!
Exam pagi tadi, pergi sekolah dalam pukul 815pg. Dah turun tangga semua nak sampai jalan besar, ternampak due orang student Melayu tahun satu nih. Tetibe aku terpandang pada satu benda yang diorg gantung kat beg. Cit! Aku naik balik tangge balik. Masuk rumah. Bukak pintu bilik dan amik benda macam dorg gantung kat beg tu. Lab coat aku tertinggal da.. Pastu seperti biasa pergi ke sekolah dengan langkahan yang paling laju sekali sebab takut terlambat. Sampai sekolah, kat Qism Physio sungguh ramai umat melayu. Selepas bersalaman ala-ala seorang YB bertemu rakyat dan memberikan sedikit ucapan kepada semua umat-umat itu, aku terus masuk ke qism Microb (tempat aku ngan Akim sesat 2 hari lepas).
Elok-elok masuk je ade la beberapa orang umat Melayu juga di dalam qism itu. Sungguh bersemangat mereka datang pepagi alam itu! Haha. Aku cam terlewat sikit dan pakcik otai 2 suruh pi main jauh-jauh (dok tepi dulu sebab dah penuh). So, aku pun pegi padang, main bola sekejap. Pastu datang balik (takde keje).Bile group pertama dah masuk, terus aku beratur untuk tandatangan dan bayar LE2. Dalam 20 minit pastu terus masuk dalam lab untuk ujian. Ok. Seperti biasa, di bawah adalah jawapan aku untuk hariini. Semua sekali ada 10 soalan dalam group A.
Jawapan.
1- Biji sawi (nampak kecik2 kaler ungu bawah mikroskop)
2- Anak ular sawa batik (panjang melingkar2, bawah microskop juge)
3- Pengorek telinge (terus aku rase nak korek telinge time tu)
4- Hodgkin Lymphoma
5- Soalan 5 aku jawab sekerat je sebab dakwat tetibe nak abis
6- Tiket kapal terbang blk Msia
Soalan 7-10 aku macam pening2 sikit nak jawab sebab doctor yg jage exam tu boleh pulak die merokok kat dalam lab tu. Depan aku siap! Tension. Itulah sedikit sebanyak jawapan aku untuk hariini. Seperti biasa, janganlah percaye ye kawan2. Soalan harini agak susah. Harap2nya banyak la betul jawapanku harini. Ok. Luse ade Patho pule. Tadi abis exam, dorg kutip buku Amali. Harap-harap boleh amik balik pasni. Penat aku kaler-kaler bagai. Ok la. Ni msj ayah aku pun balas lagi ni. Akhir sekali. Saya sayang Microb! Sehingga berjumpa lagi!
Nota: Sudah lama tidak telefon keluarga. Rindu kembali bertandang.. Entri di musim2 exam ini akan terus santai seperti sebelum2 ini. maklum!
Apr 15, 2008
Letupan Kecil!
Dalam pukul 8 siap2 nak pi sekolah. Tunggu si Akim. Kami pi sekali. Sampai sekolah tengok semua orang Arab dah terponggok depan Qism. yang kami pulak pi masuk kot Qism Microb. Siap pi lab Microb lagi. Padahal orang lain tunggu kat sebelah hujung satu lagi. Selamat la ade kwn call. Kalau tak kompem ktorg dah terkontang kanting melilau kat qism tu. Alhamdulillah. Tak perlu tunggu lama untuk ambil kertas exam walaupun ketika tu sangat2 berdebar. Kemudian dipanggil nama dan kena bayar 2 Pound Egypt. Disuruh duduk kat kerusi sebelum masuk lab. Sekali ade pakcik Arab yang macam otai sikit panggil suruh duduk kat tempat lain. Pastu makcik yang suruh duduk kat kerusi sekarang ni pi gaduh2 ngan pakcik otai. Last2 sekali, kami yang jadik mangse. Haih..
Dalam lab, kami (mostly student Msia) dapat group A. Slide 1st aku no 1. Binatang ape tah. Tak ingat. Burung kakak tue kalau tak silap.(boleh ke letak burung kakak tua ats slide?) Overallnye ini la jawapan aku tadi.
Soalan
1- Burung kakak tua
2- Burung pipit
3- Semut
4- Anai-anai kayu
5- Kutu kucing
Dah jangan percaya jwpn kat atas. Aku jenis yang tak bincang jawapan pas exam. Ni sedang berusaha untuk Microb dan Patho pula.
Sambung cerita malam
Tadi kami buat makan-makan sikit kat rumah. Lepas Maghrib. Plan asal nak bagi kawan-kawan satu batch makanan tu. Tapi last2 minit tukar plan. Ajak kawan2 sem 3 MMP. Ada la dalam 12 org. Makan nasik Cimex (aku hentam resepi dia) dengan lauk ayam masak merah E. Vermicularis (aku bg name ni ok Kim?).
Sekarang pulak tengah melukis Microb amali. Esok kena hantar buku waktu petang. Tq ya bg pinjam!
Tadi pulak terbeli air mangga Best yg tak best! Bau die. Sungguh dahsyat! Rase die tatau la camne. Sesiapa yg dah terminum tu nasib la. Nasib baik boleh pulangkan balik. Pesanan pakcik kedai: "Air ni kalau bukak je penutup die ade bunyik letupan kecil (pop) tandenye air ni elok lagi..dan vs..".
Nota: Nape pakcik Arab asek potong sekben saya? Bilenye nak ade jambang macam tu? Haih. Entri mengandungi bahasa rojak. Harap maklum!
Mar 28, 2008
Pakcik bnyk telan salji ni!
Ok. Kat bawah ade gambar ktorg makan2 dan cerita-cerita sampai ke tgh malam. Dah lame tak jumpe. Jadik macam2 cerita la kuar semalam. Tak hengat dunia.. Seronok2..Abis2 bersuka ria jam pon dah pukul 1 lebih.
Mangsa kekejaman..[Peraturan dapur: Tetamu mestilah membasuh pinggan mangkuk tuan rumah selepas makan..]
Tadi pulak, bile balik dari sekolah petang,saya masuk bilik. Terkejut betol tgk keadaan bilik yang dah macam kandang tenggiling (padahal sblm ni aku kuar-masuk bilik ni tak rasa terkejut pulak) Buku2 dan nota bersepah. Tambah lagi dengan tilam yang belum dibungkus dgn cadar walaupun dah dekat sebulan. Heater dan Si Sara yang aku tak simpan lagi walaupun dah masuk musim panas. Tapi sekarang aku dah kemaskan. Walaupun ade gak yang sepah2 lagi, tapi kurang sikit la kesepahan tersebut dari kesepahan sebelum ini (paham?).
Yg kuning itu bukan bantal busuk ye. Itu selimut yg aku terambil dgn sengaja dari Etihad Airways (selepas)
Meja serabut juge sbb tak kemas lg. Hehe~(selepas)
Aku memilih dia untuk bersamaku
Sekarang ni aku dah buat pilihan. Aku nak tambah ahli bilik aku ni. Jadi, aku akan tinggal berdua dengan dia. Aku dah buat pilihan. Aku harap pilihan aku ni pilihan yang terbaik. Walaupun aku tak sempat istikharah, aku harap pilihan aku tak silap. Memang aku sangat2 memerlukan dia di saat ini. Kalau dia takde, memang aku tak ada motivasi untuk hidup dan menghadapi peperiksaan nanti. Aku harap dia dapat menjadi teman terbaik dalam hidup aku. Aku harap die terima kekurangan diri aku macam mana aku terima kekurangan diri dia. Aku dah bagitau hasrat aku ni kat Akim. Dan dia menyokong aku. Terima kasih Akim yang memahami keadaan aku.(ko bile plak nak tinggal berdue?) Pasni bolehla study bersama-sama dengan dia disampingku. (Sambung bawah..)
Cerita semalam
Semalam ktorg exam Pharma. 10 Markah. Boleh la jawab walaupun ade gak satu drug mechanism yang saya reka sendiri.(dah tak ingat nak buat camne kan?) Hehe~ Mase balik dari sekolah semalam, singgah kejap beli majalah yang setiap bulan sy beli. EL-ARABY. Balik, bile belek2 tetibe ade lak muka angkasawan Negara kite tu. Sheikh Muzaphar.(gambar kat bawah)
"Pakcik boleh terapung di angkasaraya" kata beliau
Inilah kekasih pilihan aku
Ok. Balik je dari sekolah malam td, (aku bnyk sekolah skrg ni) aku dan Akim terus keluar mencari sesuatu. Hantaran untuk meminang. (ade ke hntaran meminang?). Aku keluarkan duet kat bank dan aku terus jumpe dia kat sebuah tempat. Setelah ku belek2 utk memastikan sifatnya cukup, terus aku melamarnya..
Last , ni hasil kerja sorg pakcik yg tengah boring waktu kelas Patho malam td.
Pakcik: Pinjam tangan ko jap.
P: Ko nak buat ape? (sambil kusyuk salin nota)
Pakcik: Ade la.
4 cincin. Tulisan itu: 4 pertunangan. Pakcik itu memang tgh pening skrg ni..(banyak sgt telan salji ni)
Nota: Jadual Exam pon dah keluar Rabu lepas. Start 5/5- 26/6. Berusaha ke arah kecemerlangan. Innallaha Maana.
Mar 22, 2008
Karya Si Pakcik Pening...
Pakcik pening…
Hajime: Nape pakcik pening?
Pakcik pon tatau..
Hajime: Kenapa pakcik taktau?
Sebab pakcik pening…
Hajime: Nape pakcik pening?
[budak ni dah lame hidup ke?]
Inilah hasil kerja si Pakcik Pening dalam kelas Microb semalam. Nama pakcik itu terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan.
Nota: Exam Amali Pharma minggu depan. Berusaha bersungguh2 kawan2. Good Luck semua!


