Lepas tu, sambung la balik Patho aku yang tak habis lagi. Mainly jars yang banyak itu berserta dengan description dan diagnosisnya. Kira semalam terasa sikit kemedican aku setelah 3 tahun belajar medic.(rasa cam menyesal sikit2 pun ade). Dalam pukul 3 pagi, aku rase ngantuk dan tidur kat katil c Akim. Seperti biasa sebelum tidur, aku pesan suruh die kejut. Alih-alih tak sempat nak lelap mata lagi, ada org dah tidur dulu. Podacit! Lepas solat Subuh (aku lewat sikit pi solat arini), sambung balik baca-baca. Pecutan terakhir. Abis usha jar, aku sambung tgk slide Patho. 62slides. Time ni semua rasa datang. Rasa sakit perot, nak buang air, tak sedap badan dll. Maklumlah. Exam dah dekat. Banyak pulak nak kena cover.
Harini kami pi sekola berjemaah. 6org. Semua pakai baju hitam. Tak taulah sebab apa. Sampai kat Qism, tak ramai lagi makhluk yang ada. Harini terserempak lagi dengan umat Melayu. Tapi tak seramai dulu. Exam stat lewat harini. Sebelum masuk exam, pakcik (otai 3) suruh hantar buku dan pulangkan slides. Aku pun pulangkan slides yang aku pinjam dulu. Dengan konfidennya aku masuk bilik tu n ada sorang lg pakcik (otai 4) pun cek2 slides aku yang memang tersusun rapi tanpa sebarang cacat cela itu. Lalu pakcik tersebut pon bertanya: Mane cd Patho? Arghh! Sekali aku terlupa bawak CD la. Ingat aku sorg je tak bawa. Kawan aku yg sorg lagi pon tak bawak. Maka kami sangat2 kuciwa. Pakcik tu kata: “ Aku bagi ko 35 dulu baki. Lagi 15LE aku bagi pas ko hantar CD” Aku pun jawab: “ Yola pakcik! Maalish. Den memang terlupo nak bawak arini. Den punyo kopalo banyak sangat piker. Naik sonak kopalo ni ghaso ea” (takdela.ni dialog rekaan)
Dalam pukul 9 lebih, dorg kecoh-kecoh suruh hantar buku. Sekali bukannya kena hantar buku aje, kena masuk exam sekali lak tu. Huh! Terkejut! Exam hariini. Harini semua sekali ada 10 soalan. Satu soalan mybe dalam 5 markah. 5 jars dan 5 slides. Total 50 markah.
Aku lajnah 9A dengan beberapa orang kaum kerabat. Mula-mula tengok soalan macam tak paham jugak. Cara nak jawab die pelik sangat. So, aku pun angkat tangan sebab tak paham ape yg dr dok terangkan kat depan. Sekali datang sorg dr. Die terangkan balik kpd bdk2 msia dalam BI. Akhirnya paham juga. Terima kasih dr! Kat bawah sedikit jawapan aku untuk hari ini.
Jawapan
1-Cerebellar Astrocytoma
2-Cimex?
3-Time soalan ni aku cam ngantuk. Terus tertidur. Penat stay-up mlm td
Jaga-jaga exam tengok2 pengawas dah kutip kertas. Aku pun bagi jela kertas aku. (jgn la percaya cerita kat atas tu ye.seperti yg aku nyatakan sblm2 ini). Ok la. Ada 2-3 description yg aku reka sebab lupa.. Kira macam dah jadik pakar Patho gitu. Boleh reka2 diagnosis. Haha~ Ni sedikit pesanan aku untuk kawan-kawan yang belum belajar Patho. Patho ni memerlukan pemahaman dan daya ingatan yang baik. So, preparation untuk segala slides n jars memerlukan preparation yg amat rapi. Sebab apa? Time korang start je tengok Soalan tu, otak memang kena pick-up. Takdenye lagi time tu baru nak terhegeh2 carik organ tu ape. Kaler ape. Tengok-tengok je terus tau ape description die. Diagnosis die. Kalau korang nak berjaya prepare la awal2. Jangan jadik mcm ak. Siap tidur dlm exam (bohong).
Satu perkara yang aku sedar pas banyak sangat mengusha gune mikroskop ialah mata aku dah semakin kabur. Jarak penglihatan aku dah mula berkurang. Kalau dulu dalam jarak 50 meter aku nampak Akim sebesar jari kelingking, tapi sekarang aku nampak die sebesar 2 ibu jari tangan dalam jarak yang sama. Aku tatau la kalu die membesar dengan sihat sekali. Tapi aku kompem yang mata aku sebenarnya ada masalah (seronok tak Akim?). Jadik pulang ke tanah air nanti, aku kena pi cek mata lah nampak gayanya.
To-Do-List
Visa
Kemas bilik
Basuh dan lipat baju
Prepare utk exam
Membaca bacaan yg aku dah tinggalkan sepanjang exam. (jiwa kosong)
Kembali ke landasan
Selepas ini inshaAllah aku akan kembali blogging secara normal. Sebenarnya tujuan aku blogging ni bukan untuk masukkan entri2 yang agak merepek mcm yg lepas. Tujuan aku untuk bagi org yang baca dan TERUTAMANYA DIRI AKU boleh dimuhasabah balik. Tu sebab aku jarang tulis benda-benda yang bagi orang gelak sampai tak ingat dunia. Boleh je nak buat. Tapi cukuplah kan. Blog lain pun dah banyak baca boleh gelak2. Mungkin entri2 lepas sekadar persinggahan untuk berhenti sekejap bagi melapangkan pemikiran. Lepaskan apa yang terbungkam dalam kepala di saat exam. Aku harap aku tak terus berhenti kat perhentian ini untuk selama-lamanya. Perjalanan aku masih jauh lagi Banyak lagi perkara yang perlu aku baca, tulis, dan poskan dalam ni. Harap apa yang aku tulis ada manfaatnya untuk semua. Tidak banyak pun, sedikit jadilah. Akhirnya, cubalah menjawab soalan berikut. Sudah bersediakah untuk PEPERIKSAAN AKHIRAT? Selamat menjawab! [Tashiru-Kembali terus berkumandang]
Anak murid kepenatan
Nota: 3 pos-pos lepas walaupun merepek saya ada selitkan satu nilai dan pengajaran yang sangat besar maknanya. Carilah jika anda seorang yang pandai menilai manusia melalui penulisannya.

2 mesej:
pie~
aku marah la kat ko camnih.
jgn jd paku dulang, paku serpih...mesyi?
paku dulang paku serpih?
mengata org jgan lebih2.
tarik balik ayat2 lepas.
tkot tersinggung perasaan. maaf atas kesilapan.kesulitan amat dikesali.
Post a Comment