Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Jun 11, 2009

Janji itu telah datang..

kembali seorang teman menemui Tuhannya. Janji Tuhan untuknya telah datang. Pasti. Lalu yg tinggal kini hanya sekujur tubuh yg kaku. Sepi. tiada lagi gelak tawa. tiada lagi senyuman indah terukir dibibirnya. tiada lagi suara yg bakal kedengaran dari dirinya.

Kita. Kita akan turut pergi. Jangan ditanya apakah sebab yg akan menjemput kita. Kerana Tuhan telah menyediakan sebabnya untuk kita. Tapi tanyalah bila masa itu akan datang. Kerana itu tetap akan menjadi teka-teki dalam hidup kita. Moga ketika berteka-teki itu, kita sibuk mengumpulkan bekalan ke sana. Kalau hari ini kita boleh gembira bersamanya, mungkin esok dia sudah tiada. Kalau hari ini kita sayang padanya, jangan lupa mungkin esok sayang kita diambil dari DIA yg lebih sayang kepadaNya. Kita akan melalui perkara yg sama. Samada kita menangisi pemergian orang disekeliling kita, atau orang disekliling kita bersedih dengan pemergian kita. Masa itu akan terus menjadi teka-teki.

Cukuplah sebagai iktibar dan pengajaran. Ada masa sebuk mengejar dunia, sehingga tercicir bekal akhirat. Kali ini, sekali lagi hati ini tersentak. Untuk kesekian kali. Pengajaran yg amat terkesan di hati. Dari Tuhan untuk hambaNya. Sekali lagi diberikan peluang untuk muhasabah diri. memperbaiki kelemahan diri. Bertaubat atas kesalahan-kesalahan lalu. Masih lagi diberi peluang. Untuk kesekian kalinya...

Bekalan masih belum cukup. Masa kembali masih lagi menjadi teka-teki. Mati itu pasti.

***

Al-Fatihah utk Akhi Ammar Zulkifli.Moga dicucuri RahmatNya. Bidadara itu telah dijemput Tuhannya... Moga Syurga menjadi milikmu Kepada kwn-kawan lain [Saif, Otai, Aman, Eckem] moga kalian segera sembuh. dan moga kejadian ini menjadi penghapus dosa kalian.

"Tuhan, Kau ambillah kami ketika kami melakukan ketaatan kepadaMu, bukan ketika kami sedang melakukan kemaksiatan kepadaMu"

Nota: Semalam sempat belek2 semula msj2 yg Ammar hntar ke nsetku sblm ini. Teringat juga chatting dgn beliau sebelum ini. Teringat juga hari kami bergambar sekali sewakti Family Day PERUBATAN sbb ak jdik AJK foto bwh beliau. Sekali lg. Al-FAtihah

-dari hati utk hati-

Jun 6, 2009

Salam Imtihan

Alhamdulillah. Exam bakal berkunjung tiba. Esok [7/6] start 1st paper subjek Community Medicine. Insha Allah habis exam 30/7. Lambat lg tu.

Mengambil kesempatan untuk memohon maaf pd semua pengunjung blog ini dan kawan-kawan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan. Doakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami menempuhi exam ini, diberkati ilmu yg dipelajari dan dipermudahkan dalam semua urusan dan ketika menjawab soalan.Pohon doa dari kalian..

Lagu yg ktorg nyanyi masa kat sekolah dulu masa darjah 1 dan 2 time perhimpunan pagi. tetibe teringat balik... Lagu best ni.

Apr 10, 2009

Bertemu utk berpisah

Aku terus menjadi pemerhati untuk kesekian kalinya.
Dia menangkis segala tohmahan yang dilemparkan kepada dirinya.
Mereka terus berusaha untuk menabur fitnah dan menakutkan jiwa-jiwa penyeru kebaikan itu.
Aku terus membaca status yg menzahirkan luahan hati-hati mereka.

"Susahnya memahami perjuangan ini"
"Yakin dan percaya"
"Ya Allah! Tundukkan hati-hati kami"
"Allah kan ada"


Aku turut memberikan motivasi dan peringatan untuk diri ini.
Dan motivasi untuk mereka juga andai mereka sedar..


" Adapun hamba-hamba Tuhan yg Maha Pengasih itu adalah orang yg berjalan di bumi dgn rendah hati dan apabila org-org bodoh menyapa mereka (dgn kata-kata menghina) mereka mengucapkan Salam" [25:63]

Perjuangan ini bukan untuk org yg berjiwa lemah.
Perjuangan ini bukan untuk org yang gentar dan gugah imannya apabila diuji.

" Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dgn mengatakan, Kami telah beriman dan mereka tidak diuji?" [29:2]

Dan utk mereka yg terus berakhlak dgn sifat Jahiliyah.
Penyebar fitnah. Penghalang kebaikan. Dengki dan hasad.
Ayat-ayat ini utk peringatan kita semua.
[68: 10-12]

Motivasi dan peringatan dari Tuhan. Cukupkan?
Bahtera kebenaran akan terus berlayar...

******
Bertemu utk berpisah. Jauh di mata. Dekat di hati.

Ahnaf Rushdi- USIM [Thn 3]
Selamat Maju Jaya
Selamat meneruskan perjuangan.
Jumpa lagi kat Msia nnt.
..

Cerita
Masa awal-awal sampai nampak cam serius.Skema.
Tapi lepas sembang-sembang, rupa-rupanya...
The first day: Ko nak makan ape Rushdi harini?
Soalan-soalan hari terakhir bertukar menjadi: Bende ape lagi yg ko tak makan kat sini?
Beliau dah makan hampir 90% makanan Arab dalam masa 10 hari.
Aku sangat kagum.

Sekian.

Mar 25, 2009

Jaguh Kampung ll

Meneruskan langkahan bergaya

Sudah ada yg ketinggalan..

Tetapi tetap menuju penghujung yg sama

To give up..... NEVER!!

We'll end this race...TOGETHER.

Kredit to AzrulAzly yg dapat tangkap 'maksud tersirat' post aku yg lepas dan yg ini.(baca komen lepas)

Aku bukan saja-saja menulis sesuatu yg sia-sia..

"Everybody lies.."- Dr House

Nota: Alhamdulillah.Round Ophtalmology dah habis. Tahniah kepada semua kwn2 ak.

Mar 19, 2009

Jaguh Kampung


Bermula di satu garisan yg sama.
Berakhir pada penghujung yg sama.

Langkah kini bermula.
Mari buktikan.

Kita...
Bukan sekadar jaguh kampung..

Perang Psikologi bermula..

Jan 29, 2009

WinterBreak09

Sekarang dalam round Ophtalmology (mata). Hari Sabtu-Rabu. Muhadarah pulak setiap Ahad, Selasa, Khamis. Round ni ada sehari shj cuti (Jumaat).

Asalnya Winter Break yg akan bermula esok, aku plan nak bercuti ke Luxor-Aswan. Tapi last minit aku sendiri yg batalkan. Tunggu Summer Break ni la kot- ada Projek Mega dgn KakLong.


Jadi, WinterBreak ni aku berlegar-legar kat Mesir ni shj. Setelkan kerja-kerja UDM, jumpa kawan-kawan dan jalan-jalanla mana-mana tempat yg patut tu.KAlau ada AJK UDM yg baca pos ni, aku harap korg semua dapat attachkan kerja-kerja Fasa 1 ke emel aku sebelum 6hb. Sepanjang cuti yg bermula esok- 8/2, aku akan off handset. So, sesiapa yg nak contact aku just tinggalkan SMS@emel. Nanti ada masa aku baca.


Aku amik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Bercuti kepada semua. Terutamanya kepada 2 org ahli beyt dan kwn sebatch yg nak ke Turkey. Moga Allah permudahkan urusan kamu semua. Juga kepada Abe yg datang berjumpa his beloved wife, Yue, selamat bercuti di Mesir ni. Aku quote kata2 die semalam" Best Mesir ni! Macam duduk dalam sampah". (Haha, Dalam sampah ni la ktorg duduk hampir 4 tahun.)


Kepada yg tak gi ke mana-mana tu, rancang cuti anda sebaik mungkin. Elok lah kalau time cuti-cuti ni nak cover silibus study yg dah tercicir, jumpa kwn-kwn Muhafazah lain dll. Bnyk perkara boleh buat cuti ni. Moga cuti kita bermanfaat. Sekian.
Beirut:Lubnan; WinterBreak08. Tangan patung tu terputus dan badannya berlubang terkena peluru sewaktu perang Hizbollah-Israel.

Dec 28, 2008

1430H

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah
Moga tahun yang mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga segala kesalahan dan dosa tahun-tahun lepas diampunkan oleh Allah.
Doakan saudara-saudara kita di Palestin terutamanya di Gaza..

Nota: Ada batasan hidup ak yg sudah dilanggar ..

Dec 16, 2008

Celcom

Pagi ni ada lawatan ke kampung Arab di Met Mazzah. Kerja lapangan untuk Community Medicine. Tak tahu apa yang akan menanti harini. Harap dapat pengalaman baru.

Semalam dapat mesej dr kaklong. Beria-ia benar nak buat esei pasal percutian di Sarawak. Mesti best dan puas la tu. Semalam juga dapat attach gambar dari Nana. Gambar raya haji di Malaysia. Tahun ni famili sebelah mak buat korban. 2 ekor lembu. InshaAllah akan masukkan dalam photoblog.

Berita menarik hari ini:
-Demam Cikugunya kembali di sesetengah tempat di Msia
-Bush kena baling dengan kasut sewaktu melawat Iraq

Minggu ni banyak kerja perlu disetelkan. Harap Allah permudahkan.

Nota: Adakah Muhd Sheikh akan menjadi guru Romad ku?? Semalam die dah call. Nanti jumpe kat masjid n sembang balik.
[Sape yg ada sim Celcom dan nak msj free ke mana-mana talian dan call talian Celcom Malaysia dengan kadar biasa PM me k.]

Dec 4, 2008

Zulhijjah

Raya haji tahun ni 2 orang bebudak batch aku takde. Sorang balik Msia terkejut tergempak. Sorang lagi beraya kat Sudan. Aku doakan dorg selamat pergi dan balik semula ke Mesir.
Minggu ni kami baru start round baru. Round Community Medicine. Bagi aku round ni agak best sebab tak tertumpu pada kuliah semata-mata, tetapi akan ada aktiviti-aktiviti luar@ ziarah. Katanya lepas raya haji akan ada lawatan ke Bank Darah, Sekolah Az-Zahra, rumah orang-orang tua, lawatan ke Meit Mahzah (kg Adel) dan lain-lain yang akan diberitahu kemudian. Harapnya dapat menimba banyak pengalaman melalui ziarah dan aktiviti tersebut.
Malam ni ada meeting untuk buat panduan pelajar. Entah macam mana tahun ni aku kembali mengaktifkan diri dengan kerja-kerja persatuan balik. Tapi taklah seaktif dulu kot. Dah tue-tue ni, buat kerja cara org tue2 la kan. Slow n steady. Juga bos Ekonomi hantar YM malam Selasa lepas suruh buat design utk sweater dan t-shirt. Walaupun aku dah tolak awal-awal sebab aku memang tak reti buat design, beliau tetap suruh tolong juga. Tadi jumpa lg beliau kat kuliah dan sekali lagi beliau mintak tolong. Nak tolak tak sampai hati. Nak buat design memang aku tak reti. Aku tolong jela yang mana boleh utk Adek Ubai ni.. :)
Ok. Sikit update untuk harini. Esok pas Jumaat ade makan-makan!

Nota: Jangan lupe, kite dalam bulan Zulhijjah. Amik kesempatan dan peluang untuk meningkatkan amalan

Nov 29, 2008

HUTANG

Hutang tag Syafiq
Edit gambar MAT PERUBATAN
Update dalam proses..
Internet selalu takde. Maklum

Nov 19, 2008

ENT Presentation

Alhamdulillah. Selesai sudah presentation untuk kelas ENT harini. Seronok. Gembira. Kat bawah ada gambar-gambar yang sempat disnap masa dalam kelas tadi.

2 gambar pertama: Yue tgh present tajuk Achalasia+ lukisan 'Barrot Beak' beliau sungguh comel
2 gambar bawah: Unit Dokumentasi Team Biru (kiri) + hidung Salman sedang dipatuk oleh 'Barrot Beak' Yue
(kanan)

K.A.M.I.


Last: Hidup tak bermakna andai kita hanya berfikir dalam ruang diri sendiri sahaja..

Tahniah kepada semua kawan-kawan! Good Luck dan berusaha untuk exam round minggu depan pula~

Nota: Malam tadi mendengar luahan hati Salman. hehe~ Moga Allah berikan lebih banyak ruang dan peluang untuk akuberkenalan dan mengenali hati budi manusia di sekelilingku...

Nov 13, 2008

OUT

Not physically fit
Not mentally rest
Need time for myself
Keluar mencari ketenangan..

Nota: Td tak g kelas. Tido. Malam td tido kul 4. Minggu ni aku susah tido malam.

Nov 7, 2008

Terakhir

Baru pulang dari mesyuarat tahunan PMC. Penat yang maha dahsyat. Semalam ke Cairo. Pagi tadi bertolak dari Cairo ke Mansurah untuk menghadiri mesyuarat. Waktu break solat jumaat, aku balik ke rumah sebab ada tetamu dari Alex datang. Sudah tu bergegas semula untuk meeting. Mula-mula duduk macam patung kat depan ramai-ramai orang tu. Kalau ada orang mintak nasihat, barulah bagi. Tetibe ada pulak part protokol-protokol ni. Aku bukannya reti sangat bab-bab ni. Dan aku paling tak suka protokol. Protokol banyak menyusahkan urusan-urusan yang simple dan mudah sebenarnya. Mujur ada orang membantu. kalau tak aku pun tatau apa yang jadi dengan meeting tu. Ok. Penat nak tulis. Tadi balik jadi mushrif pukul 1010. dapat aiskrim dan air tin free. hilang lapar dan dahaga. Esok ada test Com Med. Doakan aku dan kawan-kawan berjaya~

Nota: takziah kepada yg baru dilantik. pastikan persatuan kita terus relevan.

Nov 2, 2008

November

Dah masuk bulan 11. Bilangan pos semakin berkurangan. Bukan sebab takde idea nak menulis. Tapi idea datang bila mula nak tidur. Dapat-dapat idea terus tidur. Bangun dari tidur terus lupa nak tulis apa. Mungkin lepas ni aku banyakkan gambar sahaja. Penulisan dan kekereatifan aku sudah semakin menumpul. Tak macam dulu lagi.

Minggu lepas Hard disk aku punya file corrupted. Sedih yang amat sebab dalam tu ada gambar sebanyak 14G. Gambar aku kat Malaysia dengan kawan-kawan, keluarga, aktiviti-aktiviti, raya dan lain-lain. Dah hantar HD tersebut kepada seorang kawan ni. Suruh dia tolong repair. Harap-harap dapat restore semua gambar yang ada dalam tu. Kalau tak boleh juga, takde rezeki lah nampak gayanya. Ujian. Kena snap lagi banyak gambar lepas ni dan terus burn dalam CD.

Dalam kelas minggu lepas, aku perasan; setiap hari ada jenazah yang disorong keluar dari Mustashfa Auram (Kanser). Diiringi seorang doktor dengan pakaian bedah dan saudara-mara. Aku jeling dari celahan tingkap sambil sedekahkan Al-Fatihah. Itu je yang mampu. Hidup kita tak lama kan?

Nota: Perkara paling besar dalam hidup aku dah berlalu pergi. Tak mungkin aku akan terfikir kembali. Cukuplah sekali.

Oct 22, 2008

ENT Round

Salam. Dah lama tak update. Sekarang agak busy dengan urusan-urusan hidup. Tak sempat nak menjenguk ke laman blog ni. Nak balas komen-komen pun agak susah. Alhamdulillah, dah sampai Mansurah 2 minggu lepas. Keadaan tak banyak berubah. cuma hli beyt sahaja yang bertukar. Lah dan Hakim dah pindah rumah. Masuk dua orang ahli baru, Sapit & Pah.Makin gamat la keadaan rumah ni. Meriahnya tiap-tiap malam, Allah saja yang tahu.
Sekarang dah mula masuk hospital. 1st experience.Mula dengan round ENT (Ear, Nose& Throat). Hari pertama ke kuliah dah sesat. Ikut seorang kawan Arab ni. Beliau macam confident je. Sekali sesat jugak. Siap silap masuk kelas lagi tu. Selamat tak kena marah dgn lecturer. Alhamdulillah kuliah pun dah semakin rancak sekarang. Sekarang batch kami tinggal 14orang. 3 lelaki dan 11 perempuan. Kenalah saling tolong menolong lepas ni. Harap baki yang ada ni terus lancar sampai tahun 6.
Yang tertinggal tahun bukan bermaksud anda telah gagal, tetapi sebaliknya Tuhan mahu menjadikan anda yang doktor terbaik di masa hadapan. Aku maksudkan juga; KITA SEMUA. Teruskan usaha dengan gigih kerana jalan yang kita pilih tidak mudah. Dalam masa yang sama kutip segala bekalan yang ada di Mesir. Baki lagi 3 tahun setengah. Dah tak lama tu. Moga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua. Allahua'lam.

Oct 2, 2008

.....:.....

Untuk pos ini sila rujuk pos lepas yg bertajuk : HADIAH HARI LAHIR

Apa sebenarnya yg aku maksudkan dengan hadiah hari jadi tu? Ok. 28 Sept (Ahad) haritu, adalah hari keputeraan aku yang ke-21 secara rasminya. Alhamdulillah Syukur Allah bagi juga peluang hidup sampai ke umur ini. Aku harap umur aku dipanjangkan dan hidup aku lebih diberkati. Terima kasih kepada kwan-kawan yang wish kat Friendster, SMS atau yg terlintas dalam hati. Doakan yang terbaik untuk diriku ini.

Perancangan keluarga aku, hari Ahad yang sama nak balik ke kg di Kedah sebab tahun ni turn raya kat sana. Lepas siap2 segala barang, kami bertolak ke Kedah pukul 530 petang lebih kurang. Kebetulan pula, nenek sedara dari Kedah tumpang tidur kat rumah aku. Jadinya, rumah aku tu pun ada la orang yang menunggunya. [Kire rumah aku ada penunggu la.Tak la risau sangat nak tinggalkan rumah aku tu.]

Kampungku Indah Nun Jauh di Sana

Dalam perjalanan waktu tiba kat Taiping, nenek sedara aku ni pun call no ayahku. Aku curi-curi dengar la sikit-sikit. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya rumah aku kena masuk dek pencuri. Nenek & atok sedara aku yang baru balik dari semayang Tarawikh terkejut bila tengok barang-barang dalam rumah habis bersepah. Sampul surat berterabur. Almari baju habis kena kumbah. Buku-buku berserakan. Laci almari terbuka. Siling rumah pecah. Atap genting kena buka. Lepas je dapat call tu, kami pun dah tak sedap hati. Ayahku bawak kereta pun macam dah nak taknak je sebab sebuk call sana sini nak minta details pasal rumah aku tu. Bila dah jadi macam tu, aku pun take-over jadi supir dan terus drive dari Taiping sampai ke Pendang. Nak patah balik, perjalanan kami dah hampir 3/4. Jadi, terus balik ke Kedah.

Sampai kampung pukul 1 pagi. Esoknya, pagi-pagi pukul 9, kami bertolak semula balik ke Melaka. Kesian tengok Tok aku. Dahla 1st time aku balik Kedah sejak cuti haritu, dah tu sempat jumpa dia lebih kurang 8 jam je. Nak sembang pon tak sempat.

Alhamdulillah, masa malam kejadian takde sesiapa kat rumah. Lepas nenek sedara aku tu call polis, polis datang dan buat kerja mereka. Dapat cap jari kat tangga yang digunakan untuk panjat siling rumah aku. Barang elektrik dan elektronik tak hilang. Cuma ada sikit duet yang dikebas. Mybe pencuri merupakan penagih dadah@ remaja yang terdesak untuk dapatkan duit tunai. Allahua'lam.

Kesimpulannya, hadiah dari pencuri untuk aku: Dapat balik Kedah hanya 8 jam. Sampai rumah kena kemas barang-barang yang die geledah pulak. Haih~

Moga kejadian di bulan Ramadhan tersebut semakin menambahkan keimanan kami dan menyuburkan rasa sabar dalam hati-hati kami.
P/s:Ucapan untuk pencuri: Kami tak simpan duit kat rumah la. Sudah-sudah la tu. Bawak-bawak bertaubat.

Bumbung tempat beliau masuk

Nasib baik kuih raya tak kena kebas sekali. [Abang oi~ mana ada org

simpan duet dalam almari dapor..alahai]

Dah macam tongkang pecah

Bawah: Almari bajuku yg telah dikumbah

Galeri Raya 1

Ceq n Bunas

Adek


Sedara-mara

RiangRaya

Merenung wawasan yg jauh

The Shooter

Sep 8, 2008

Bah

Banyak-banyak murid, murid sekolah manakah yg tak bawak beg pergi sekolah?
Siapakah murid itu?
Adeklah, murid SKT

Saje aku tanye soalan yg konon-kononnya teka teki ni sewaktu adek aku balik dari sekolah. Hari Jumaat lepas, sedang aku syok melayan mimpi di pagi hari, mak kejutkan aku. Suruh hantar beg adek yg tertinggal. Aku yg mengalami kemamaian sebab tidur lewat malamnya sbb siapkan kerja, terus berwuduk dan solat Subuh. Selesai solat, terus aku capai kunci kereta dan drive ke sekolah. Sebelum tu, ayah aku dah pesan kat mak aku supaya aku bawak motor je sebab ada ‘air besar’ kat sempang berdekatan masjid. Tapi disebabkan masa tu aku separa sedar, aku telah membuat perkara sebaliknya. Kereta pulak yg aku bawak. Tiba kat sempang tu, sekali ada air bah. Laju pulak tu. Malam tadi hujan turun selebat-lebatnya. Aku yang tiba-tiba berasa cuak tak tau nak buat apa, terus berhentikan kereta sambil usha-usha keadaan sekeliling. Ada 2-3 org anggota RELA sebuk menangkap gambar 2 buah rumah yg tenggelam dalam air tu. Boleh pulak diorg menangkap gambar walhal kereta dah terkandas beratus meter jauhnya. Kan bagus kalau dorg tolong jaga trafik sebab semua orang terkandas dek air bah yg besar tu. Aku yg sememangnya tak pernah mengalami situasi ini, terus meredah banjir tersebut demi untuk menguji kecekapan aku memandu di dalam banjir. Alhamdulillah, berjaya aku redah banjir tersebut.. [gambar ade tapi malas nak upload]

Sampai sekolah, aku pun pass beg adek aku. Ku tengok mukanya yg sudah cuak dan pucat lesi itu menyebabkan aku berasa amat kasihan. Mula-mula aku terasa nak marah juga. Tapi, tak jadi. Baliknya, aku terpaksa melalui jalan yang agak jauh. Kalau jalan biasa jarak sekolah-rumah hanyalah 5 km, balik ni aku melalui jarak 30 km lebih.[ Kg terentang-Chinchin-Chohong-Chabau-Rim-Jasin-rumah] Dah tak pasal-pasal pagi tu aku kena pusing satu Jasin.
Ok lah. Aku tak tahu camna nak buat penutup cerita ni.
Selamat berpuasa semua. Aku berhenti jap dari menulis dalam blog ni sebab sekarang aku sedang cuba mengasah penulisan bahasa Melayu aku dalam bentuk penulisan yang lebih sistematik. Sekian.

Nota: Sekarang ni dah 8 hari berpuasa. Ada baki lagi 22 hari lagi. Itu pun kalau hidup lagi. Kalau esok kita mati maksudnya ada lg 24 jam lg nak beribadat. Tapi kalau hari ni kita mati camna?jadi, tunggu apa lagi. Hidup untuk mati. Sediakan bekalan untuk mati dari sekarang.

Jun 12, 2008

Semalam Acapella

Salam.
Petang ni tatau nak buat ape. Tadi dah taip pos baru tapi tak sempat nak update lg sebab komputer ade masalah. takleh detect thumb drive. Petang ni rayau2 dalam youtube tgk vid clip kumpulan2 nasyid, ceramah dll.So, saje bg kawan2 dalam list YM video ni. Boring. Lagu buah-buahan. Hantar kpd Akim, Apis, Afiq.

Ni lagu yg Afiq balas. Tak paham sebab bahasa Jepun. Katenye lagu pasal kucing hitam.


mirwana semalam [Acapella]

Jun 8, 2008

Ubi Jadian

[Entri ini sepatutnya diposkan 3 hari lepas. Maaf juga kerana menukarkan link blog ini selama 3 hari tanpa sebarang makluman terlebih dahulu]

Salam. Kembali lg sekali walaupun still takde idea jugak. Cume adela sikit2 benda yg sedang dipikirkan semenjak membaca berita tentang kenaikan harga minyak semalam. Umum tahu tentang kenaikan baru harga minyak diesel dan petrol yg diumumkan kerajaan semalam. Saya tak nak sebut harga diesel sbb kat rumah takde kenderaan yg menggunakan diesel. Tapi kat rumah saya ade 6 kenderaan yg hanya makan minumnya dengan petrol dan akan mati tanpa petrol. Lalu ini akan menjadi masalah disebabkan kenaikan minyak yg terlampau itu. Sekarang ni harga baru utk seliter adalah RM2.70. Sebelum ni berapa tah tak ingat. Sila baca berita sendiri la yek. Sebagai pelajar yg tak berduet, saya memang tak mampu la nak bayar harga minyak ni kalau tinggal kat Malaysia skrg.. TAPI, jangan lupe, kerajaan kita telah memberikan subsidi kepada penunggang motorsikal bawah 250cc sebanyak RM150 setahun melalui kiriman wang pos setelah membayar roadtax. Kereta dan lori pulak dapat la dalam dlm RM650 setahun.Nampak MACAM BAGUS kan? Bagus2~. BAGUS utk saya yg hanya balik ke Malaysia bercuti selama 3bulan/tahun. Mungkin subsidi tu cukup la kot. Tapi cukup baguskah utk orang lain? Kat bawah contoh kira-kira yg saya buat dengan Akim. (takleh buat sorg coz saya menghadapi masalah dgn pengiraan &nombor)

Jumlah penggunaan minyak dalam setahun (RM)

[*kadar lama]

Sekali isi (full) : RM 6 x2 kali seminggu = RM12

Sehari: RM 1.70

Setahun: RM 1.70 x 365 =RM 625

[*Selepas kenaikan harga]

Kenaikan dengan kadar 40% dari harga sebelum.

Maka, setahun: RM625+40% = RM875

Selepas ditolak dengan subsidi kerajaan: RM 875-RM150= RM725

Harga lama- harga baru: RM625-RM725= -RM100 (-ve tandanya rugi)

Maka, selepas kenaikan harga baru dan ditolak dengan wang subsidi, saya akan kerugian RM 100 setahun. Macam-macam boleh beli tu~ Waa. TAPI, kiraan di atas adalah berdasarkan kiraan minyak motor saya (EX5-Dream). Macam mana pulak dengan org lain yg guna motor 125 cc yg lg kuat makan minyak? Tambahan lagi, saya hanya bercuti di Malaysia lebih kurang 3 bulan. Mungkin subsidi itu mencukupi. Tetapi cuba bayangkan mereka yg setiap hari berkerja dan kenderaan utama adalah motorsikal sahaja dan tempat kerja yg jauhnya berpuluh-puluh KM, camne pulak kan?Memang rugi la diorg ni~. Itu baru pengiraan minyak motor. Kalau kereta pulak? Ha~ korang kire la sendiri… Tambah2 lagi kalau org yg selalu travel long distance. Memang menangis la diorg nak bayar duit minyak pasni. Pasni jangan lupa setiap kali pi stesen minyak bawak sapu tangan@tisu. Senang nak sapu air mata time bayar kat kaunter tu nanti. Kalau malas pakai jela spek hitam ye.. (cube bayangkan juga masalah yg dialami oleh keluarga yg hanya ONE-MAN INCOME)

[KALAU dulu sewaktu menyertai skuad rempit mase fom 5, RM12 boleh isik 3 kali minyak full tank. Tapi sekarang, jgn harap la. KALAU dulu boleh isi RM1 kat stesen ESSO Jln Sultanah, sekarang singgit boleh dapat beberapa titik minyak je kan?Silap hb kena pelempang dgn mamat Indon yg jaga kat stesen minyak tu]

Ok. Habis bab minyak. Bab beras pulak. Beras pun naik skrg ni. Bila pikir harga minyak naik, saya just tertanya satu perkara. ADAKAH HARGA BERAS 100% HANCUR TURUT NAIK. Sebab apa? Saya teringat adek-adek angkat kat rumah (baca:angsa). Diorg ni sumer makan nasik beras hancur. Siap kena masakkan lagi. Pastu kasik sejuk. Kena peroi2kan siap nasi tu. Takut diorg tercekik. Kalau harga beras hancur ni pon naik gak, maka mereka semua akan mati kelaparan la jawabnya. Tapi, kalau harganya tak naik, mungkin kita (baca:manusia) boleh menjadikan beras hancur ini sebagai makanan alternative kalau dah tak mampu nak beli beras biasa. Haha~Macam angsa!

Satu lagi, cadangan dari menteri ape tah. Suruh makan makanan berasaskan ubi. Ubi kentang, ubi kemili, ubi kayu, ubi keledek dll. BAGUS cadangan ni. TAPI,berapa lama sangat la kite boleh tahan makan ubi ni? Tambah-tambah manusia zaman sekarang yg asyik makan makanan moden2. Kompem tak makan makanan orang-orang kg ni.Entah-entah tak pernah dengar pon name2 ubi kat atas. (sila jgn jadik rakyat Msia) Kang kalau makan ubi jek, mau 2-3 bulan badan dah bulat macam ubi. Pasni dapatla Rakyat Malaysia gelaran “Ubi Jadian”. Haha~. Apa-apa pon balik ni jom kita semua tanam ubi belakang rumah. (projek Summer Holiday) Kot2 nanti tetibe beras habis stok, boleh la mencungkil ubi2 tu utk dijadikan makanan ketika darurat (mcm zaman 60-an). Kang petang2 boleh la makan Ubi Kayu rebus cicah sambal@gula. Makan anak-pinak. Jimat pon jimat. Keluarga pon bahgia…Bahgia la sgt mkn ubi tiap2 hari..(baca blog ni waktu petang sambil makan kerepek ubi ok gak kan?)

Sedang terlintas di fikiran dan mencari..

Asal la Negara kita asek compare harga minyak dengan Negara bukan pengeluar minyak mcm Singapore dan Thailand? pastubangge lak kate harga kita lg murah lg dorg. Cube compare ngan Saudi ke.Mesir ke. Ye tak? Baru la betul comparison yg dibuat

Agak-agaknya ade tak rakyat Malaysia yg terpaksa makan Friskies tiap2 hari sebab takde duit nak beli makanan?

Orang minyak pun mesti berkurangan selepas ni disebabkan harga minyak sudah melambung + org minyak tak dpt subsidi

Macam mana la kehidupan org-org kg yg berpendapatan rendah lepas harga barang makanan dan minyak naik ni? Sian diorg ni.

Menunggu respons dari org2 pro-gomen dan pro-opposition ttg kenaikan harga minyak. Mencari respon yg rasional, realistik dan tidak dipengaruhi emosi dari politicians dan penganalisa ekonomi. (sesiapa ada link best tlg bg ye)

Boleh ke buat camni? Teruskan beri subsidi kpd minyak. Kalau harga minyak terkawal, harga makanan turut akan terkawal. Kos penghantaran dan segala yg berkaitan tak naik. Jadi, harga makanan takkan naik jugak. Bila harga barang tak naik, barulah rakyat bahagia. (Take note: beri subsidi hanya kepada bekalan makanan yg berkurangan shj)

Mungkin dah tiba masa Rakyat Malaysia berjalan kaki@ menaiki basikal ke tempat kerja. (tp tak realistic utk org yg opis die jauh kn? Tambah lg katenye kadar jenayah yg semakin meningkat. Kang kat tgh2 jalan kena rompak, ragut dll.)

Harapan.

1- Harga tariff elektrik dan air tak naik (ada news baru pasal ni. Tak sempat baca)

2- Harga tol turun

3- Harga Road tax turun

4- Harga makanan kembali normal

5- Harga getah dan kelapa sawit naik so that pendapatan family saya melalui hasil2 ini mampu mengcover kenaikan kos hidup.

Seorang apek dengan moto kapcai (Honda bulat) dengan raga besar berisi durian kat belakangnya masuk sebuah stesen minyak Petroberas utk isi minyak:

Apek: Wa mau isik minyak satu linggit. Minyak wa sula tinggal belapa titik saja lagi mau abes…
Pekerja: Erkk… Apek! Lu sudah gila ka?
Apek: Apa pasat?

Buat sendiri dialog selepasnya…

“Ya Allah, kurniakan keamanan kepada Negara kami. Kurniakan kesejahteraan kepada rakyat yg hidup di dalamnya. Jauhi kami dari musibah dan malapetaka. Amin”

[Ini adalah tulisan dan pendapat PERIBADI]

Nota: Bukak blog TunMahathir dan baca komen-komen pembaca dalamnya ttg kenaikan harga minyak.