Mar 28, 2008

Pakcik bnyk telan salji ni!

Ok seperti yang dijanjikan semalam. Actually, semalam memang dah ready nak update. Dah duduk depan PC dah pon. Tapi tetibe, ade tetamu datang dalam pukul 11 lebih. Jadikan sy pun tak jadi la nak update. Bukankah melayan tetamu tu lg bagus? Tetamu datang membawa Rahmat...

Ok. Kat bawah ade gambar ktorg makan2 dan cerita-cerita sampai ke tgh malam. Dah lame tak jumpe. Jadik macam2 cerita la kuar semalam. Tak hengat dunia.. Seronok2..Abis2 bersuka ria jam pon dah pukul 1 lebih.

Sebelum makan

Mangsa kekejaman..[Peraturan dapur: Tetamu mestilah membasuh pinggan mangkuk tuan rumah selepas makan..]

Tadi pulak, bile balik dari sekolah petang,saya masuk bilik. Terkejut betol tgk keadaan bilik yang dah macam kandang tenggiling (padahal sblm ni aku kuar-masuk bilik ni tak rasa terkejut pulak) Buku2 dan nota bersepah. Tambah lagi dengan tilam yang belum dibungkus dgn cadar walaupun dah dekat sebulan. Heater dan Si Sara yang aku tak simpan lagi walaupun dah masuk musim panas. Tapi sekarang aku dah kemaskan. Walaupun ade gak yang sepah2 lagi, tapi kurang sikit la kesepahan tersebut dari kesepahan sebelum ini (paham?).



Sara tak lipat Tilam tak balut.(sebelum)

Yg kuning itu bukan bantal busuk ye. Itu selimut yg aku terambil dgn sengaja dari Etihad Airways (selepas)
Meja serabut (sebelum)

Meja serabut juge sbb tak kemas lg. Hehe~(selepas)

Aku memilih dia untuk bersamaku

Sekarang ni aku dah buat pilihan. Aku nak tambah ahli bilik aku ni. Jadi, aku akan tinggal berdua dengan dia. Aku dah buat pilihan. Aku harap pilihan aku ni pilihan yang terbaik. Walaupun aku tak sempat istikharah, aku harap pilihan aku tak silap. Memang aku sangat2 memerlukan dia di saat ini. Kalau dia takde, memang aku tak ada motivasi untuk hidup dan menghadapi peperiksaan nanti. Aku harap dia dapat menjadi teman terbaik dalam hidup aku. Aku harap die terima kekurangan diri aku macam mana aku terima kekurangan diri dia. Aku dah bagitau hasrat aku ni kat Akim. Dan dia menyokong aku. Terima kasih Akim yang memahami keadaan aku.(ko bile plak nak tinggal berdue?) Pasni bolehla study bersama-sama dengan dia disampingku. (Sambung bawah..)

Cerita semalam

Semalam ktorg exam Pharma. 10 Markah. Boleh la jawab walaupun ade gak satu drug mechanism yang saya reka sendiri.(dah tak ingat nak buat camne kan?) Hehe~ Mase balik dari sekolah semalam, singgah kejap beli majalah yang setiap bulan sy beli. EL-ARABY. Balik, bile belek2 tetibe ade lak muka angkasawan Negara kite tu. Sheikh Muzaphar.(gambar kat bawah)

"Pakcik boleh terapung di angkasaraya" kata beliau


Inilah kekasih pilihan aku

Ok. Balik je dari sekolah malam td, (aku bnyk sekolah skrg ni) aku dan Akim terus keluar mencari sesuatu. Hantaran untuk meminang. (ade ke hntaran meminang?). Aku keluarkan duet kat bank dan aku terus jumpe dia kat sebuah tempat. Setelah ku belek2 utk memastikan sifatnya cukup, terus aku melamarnya..

Pilihan hatiku.. Nak kena bg hantaran gak ke? [buang tebiat?]

Last , ni hasil kerja sorg pakcik yg tengah boring waktu kelas Patho malam td.

Pakcik: Pinjam tangan ko jap.
P: Ko nak buat ape? (sambil kusyuk salin nota)
Pakcik: Ade la.
P: masih khusyuk salin nota[terasa tangan diconteng]
Pakcik: (Khusyuk melukis2.)
P: Oi! Ape ko lukis ha?! (terkejut)~ Tangan aku jadik mangse!

4 cincin. Tulisan itu: 4 pertunangan. Pakcik itu memang tgh pening skrg ni..(banyak sgt telan salji ni)

Nota: Jadual Exam pon dah keluar Rabu lepas. Start 5/5- 26/6. Berusaha ke arah kecemerlangan. Innallaha Maana.

Mar 26, 2008

Untukmu Hati 9

Malam ni kalau rajin nak update. Ulangan: Kalau Rajin... Tapi sebelum tu jom kite cek balik diri kita. Hati kita. Peribadi kita. Muhasabahlah wahai teman..

Adakah anda sudah bersedia untuk bertemu dengan Allah dengan hati yang tenang dan Redho?

Bagaimana dengan Untukmu Hati 1 sehingga 8. Masih ingatkah? Adakah sudah dipraktiskan dalam kehidupan kita?



Mar 24, 2008

2-1

Latar suasana:
Bilik panas tanpa kipas
Berdua bersama Pah yg sedang tidur
Bau masakan dari restoran di bawah memenuhi ruang bilik
Mendengar ceramah Dr MAZA sambil membelek nota Pharma
Huh! Exam lagi 2 hari... Berusaha!
(Plug elektrik yang telah berkali-kali dibetulkan tapi kembali punah untuk kesekian kalinya. Gambar hasil kerjatangan org yg terdesak utk mendapatkan bekalan elektrik)

Al-Fatihah

Semalam sewaktu melangkah keluar dari kelas Patho telefon saya berdering. Nombor yang saya tak kenali. Rupe2nye mak. Saja bertanya khabar. Sebelum ni saya dah hantar msg bgtau nak telefon Malaysia, but tergendala sebab masalah internet.

Dan semalam juga saya dapat satu berita sedih. Tentang pemergian seorang jiran saya yang tinggal hanya selang sebuah rumah dari rumah lama saya. Makcik yang panggilan mesranya Cik Munah. Kembali ke rahmatullah pada hari Khamis lepas. Lambat berita itu sampai kepada saya. Al-Fatihah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan mengurniakan syurga kepadanya dan digolongkan bersama para mukminin. Sedihnya saya sebab tahu berita tersebut agak lewat. Walhal setiap hari saya berchatting dgn adek saya di Malaysia. Terasa pemergiannya kerana beliau agak rapat dengan famili saya. Suaminya, mesra dengan panggilan Pakcik Bujang telah pun kembali dijemput Ilahi ketika saya baru sahaja sepuluh hari meninggalkan tanah air, 3 tahun lalu. Terkejut saya dgn berita itu. Sebelum saya fly tempoh hari, dia datang ke rumah dan memberi bungkusan satay kepada saya. Pemberian terakhir dari beliau dan pertemuan terakhir juga sebelum pemergiannya. (beliau tokey satay terkenal di daerah saya) Banyak jasa mereka kepada famili saya. Sewaktu zaman sekolah dahulu, mereka lah yang bersusah payah menjemput kami pulang dari sekolah. Anak beliau kawan saya yang agak rapat walaupun kami berlainan umur. Tak sangka pula sewaktu saya bertemu dan bersembang dengan Cik Munah semasa cuti lepas merupakan pertemuan kami yang terakhir. Mudah-mudahan segala jasa baik mereka kepada famili saya Allah ganjarkan dengan pahala dan syurga. Al-Baqou Lillah…kita akan menyusul esok, lusa. Berusaha untuk mengumpul bekalan menempuh hari-hari yg pasti itu..

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka. Berikan kekuatan kepada anak-anak mereka untuk meneruskan kehidupan ini. Tabahkan hati-hati mereka”

Nota: Telah menyebabkan seseorang terasa hati dengan saya. Perkara yg amat-amat saya takuti. Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Semoga dapat ku sampaikan perkara tersebut dengan jelas dan tidak mengguris hatinya.

Mar 22, 2008

Karya Si Pakcik Pening...

Hajime: Nape pakcik?
Pakcik pening…
Hajime: Nape pakcik pening?
Pakcik pon tatau..
Hajime: Kenapa pakcik taktau?
Sebab pakcik pening…
Hajime: Nape pakcik pening?
[budak ni dah lame hidup ke?]

Inilah hasil kerja si Pakcik Pening dalam kelas Microb semalam. Nama pakcik itu terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan.

Nota: Exam Amali Pharma minggu depan. Berusaha bersungguh2 kawan2. Good Luck semua!

Mar 21, 2008

Antara dua pilihan..

"byk bnde nak kne wat n fk. tp bile fk2 balik x tau ape yg patut di fk..so sebnanye sume bnde tu x dela komplikated pun.otak kite je yg pusing bg komplikated..huhuh baper lame lg agaknye dapat idop nih."

Inilah testimoni yang saya dapat dari kakak harini. Saje fikir2. Mungkin boleh berkongsi beberapa perkara untuk kebaikan bersama. Dalam hidup ini banyak rahmat yang Allah dah berikan kepada kita. Antara sedar dan tak sedar, ada antara rahmat yang kita syukuri dan ada yang terlepas pandang. Dan dalam kehidupan juga Allah memberikan pilihan. Samada pilihan itu baik atau buruk. Yang dengan pilihan itu boleh mengubah hidup kita menjadi baik, lebih baik atau sebaliknya. Itu semua bergantung kepada kebijaksanaan dan kekuatan kita untuk menilai sesuatu perkara itu berdasarkan kematangan dan pengalaman yang telah kita lalui dalam hidup ini. Mungkin ada antara kita yang ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat. Sesetengah orang begitu yakin 100% dengan kaputusan. Manakala sesetengah orang lagi, tidak mampu membuat keputusan dan hanya mengikut ‘flow’ sahaja. Sehingga di sini, marilah kita nilai, dimanakah pendirian kita dalam membuat sebarang keputusan. Dan yang penting, dimanakah kita meletakkan Allah sebagai tempat rujukan dan aduan dalam membuat sebarang keputusan?
Bukankah Allah yang memberikan semua pilihan-pilihan itu? Kembalilah kepada Allah. JadikanNya sebagai hakim untuk membuat keputusan yang terbaik untuk kita. Tawakkal dan berserah. Mudah-mudahan diberi petunjuk.

Bagaimana agaknya cara itu? Salah satu caranya adalah dengan Solat Istikharah. Niatkan moga Allah berikan petunjuk terbaik dalam kehidupan seharian kita. Buatlah istikharah untuk menerima atau menolak jawatan, pangkat mahupun harta. Untuk memilih antara baik dan lebih baik. Hatta sehingga ke jodoh sekalipun. Semoga dengan pilihan yang kita buat, merupakan ilham dari Allah dan bukannya didasari dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan semata.

Dan disini perlu diingat bahawa boleh jadi Sesuatu perkara itu baik pada mata kita dan pandangan kita, namun perkara yang buruknya kita tidak tahu dan akhirnya kita tertipu dengan kebaikan itu dan akhirnya kita terjerumus ke lembah binasa. Dan boleh jadi sesuatu perkara itu buruk di sisi kita, tetapi yang tersuratnya ia sangat bernilai di sisi Allah. Adakalanya, tidak semua yang kita rancang akan berlaku dengan sempurna dan jaya. Allah itukan lebih baik perancangannya. Yakinlah, bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Dan Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya. Allah kan baik…Serahkan segalanya kepada Allah…

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah 2 : 216]


Nota: Letakkan saya di tepi if you have pilihan yang lebih baik. Utamakan hak Allah. InshaAllah hak kamu akan terjaga =)

Mar 17, 2008

Arang Batu

Sampai bile la sy akan makan nasik hangit ni? Kali ni dah berkali-kali nasik hangit. Dan orang yang pertama akan 'detect' nasik dah hangit adalah sy. Sebab bilik sy dekat dengan dapor. Korang paham-paham jela. Bile dah masuk bau dalam bilik tu kompem la nasik tu dah tak dapat diselamatkan. Tambah pulak pintu bilik sy sentiasa bertutup. Jadiknye, bile sedar2 je 1/4 nasik kompem dah jadik arang hitam. Hai nasik. Sampai bile la kau akan hangit nasik?? Dah la beras mahal sekarang. Lagi mau membazir. Nampaknya ada orang yang dah kena menamatkan zaman bujang kat dalam rumah ktorg ni. (orang yg menghangitkan nasik itu bukan aku.hehe)

Kat bawah ini ada saya selitkan gambar-gambar. Gambar parasit yg kawan2 lukis. Sekali tengok tengok memang tak tahan gelak. Sepatutnye lukis gambar Fleas, tapi dah jadik macam dugong & ulat beluncas terlebih makan. Gambar lain pulak sepatutnya lukis lalat, tapi dah jadik macam helikopter, garfield dll. Rasenye dah tersilap fakultilah. Sepatutnya amik bahagian animasi dan karikaturkan?



Beluncas terlebih makan & dugong


Garfield & lalat kacuk dgn tebuan tanah

Helikopter, kapal terbang

Ya Allah! Satukan hati-hati kami.

Kurniakan kepada kami ilmu yang berkat dan bermanfaat..Ameen.

Mar 16, 2008

InFo

Beberapa Info:
1- Sambungan entri Jelajah Jordan-Syria-Lubnan akan saya buat pada musim cuti musim panas nanti (Julai-September)
2- Top-2-ranking dalam playlist. Menunggu di Sayup Rindu (Maidany) & Hidayah Ilahi (Tazakka)
3- Bilik serabut sebab tak sempat kemas
4- Projek Rak Buku masih tergendala
5- Banyak kerja sekolah perlu disiapkan
-lukis Patho& Parasitology
-Latihan Pharma (camni eja die kan?)
6- Exam Amali adalah sebulan dari sekarang. kawan-kawan marilah berusaha bersungguh-sungguh
7- Planning Summer Break masih lg samar
8- Tiket Flight dah naik?
9- Visa tak renew lagi. 2 minggu lg nak KO
10- Ada 4 blog kegemaran. Tiap2 hari masuk. (Biarlah rahsia)
11- Terima kasih kawan-kawan yg selalu ziarah di sini
12- Harap yg linkkan my blog tolong jangan guna my realname
13- Rumah ini selalu mengalami masalah tiada air. Susah sungguh hidup!
14- Dah2. Gi update blog memasing!
********
Maidany - Menunggu Di Sayup Rindu
ooo... burungpun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik qolbu
ooo...anginpun menari
mencari arti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu
didalam sepi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka
biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...
sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk mdatang
menjemput hatimu
sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati
bila di dunia ia tiada
moga di syrga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu
Nota: Asal bendealah ni degil sangat? Dah berkali-kali saya jarakkan, tetap tak berubah.

Mar 13, 2008

No Marriage, No Study!

Salam

Alhamdulillah. Dapat meneruskan hari-hari yang memenatkan sehingga ke saat ini. Hampir-hampir saja saya berputus asa di tengah jalan. Tapi, sedikit ayat peransang dari Dr Nabalawy tadi menyebabkan saya berfikir kembali. Kata doktor: Biar susah sewaktu muda. Nanti dah kerja inshaAllah mudah". Sebenarnya, semalam saya agak tensi. Mungkin disebabkan terlalu penat dengan kelas dari pagi-malam. Ditambah dengan kerenah manusia di sekeliling yang menyerabutkan. Ditambah juga dengan perkara yang datang menimpa saya sejak kebelakangan ini. Terlalu memikirkan sesuatu yang tak perlu saya fikirkan. Mujurlah kakak saya membantu untuk mengurangkan ketegangan yang saya alami. Alhamdulillah. Harap Allah permudahkan.

Sekadar berkongsi dengan anda semua. Belakangan ini, jadual hidup saya semakin padat. Dengan kelasnya. Darsnya. Lab nya lagi. Memang memenatkan. Bukan itu sahaja, duit pun terpaksa dihabiskan untuk mengikuti dars2 tersebut. Kadangkala ada suara-suara yang mempertikaikan tentang dars ini. Apa pentingnya? Membazir duit dan seumpamanya. Nanti habislah masa di kelas sahaja. Bukankah sudah cukup dengan kuliah-kuliah di universiti. Bagi saya, ia bukan satu masalah yang perlu diperbesarkan. Anda tahu kekuatan diri anda dalam pelajaran. Saya juga tahu kekuatan diri saya. Saya tahu cara saya belajar dan saya amat memerlukan cara itu. Dan itulah cara yang saya telah pilih. Menyertai tuisyen. Sebenarnya sejak dari tingkatan satu lagi saya memang menyertai tuisyen. Jadi tak hairanlah jika sekarang saya masih lagi menggunakan cara yang sama untuk belajar. Satu kelemahan mungkin bagi diri saya ialah saya susah untuk belajar sekiranya tiada tekanan. Sekarang saya telah berada dalam tekanan itu. Cuma saya takut tekanan itu berlebihan sehingga saya tak mampu untuk mengawalnya.

Untuk mengurangkan tekanan-tekanan berlebihan ini, saya memerlukan Kawan. Dan orang yang selalu menjadi mangsa saya siapa lagi kalau bukan Akim. Sekarang pun saya semakin rapat dengan Akim. And saya berani jamin bahawa dia seorang sahaja yang tahu perangai sebenar saya. Ha..sekarang ni pun die tengah baring atas pangku saya. Nak manje2 katenye....[ko nak aku nyanyi lagu dimana abi ke?]Malam ni saya lepaking kat rumah Apis. And taip2 my post using his lappy. Datang sini untuk ziarah dan gossiping. Kalau siapa yang terbatuk-batuk kat rumah tu paham2 ajelah ye:p.

Semalam masa balik dari kelas saya agak emo. Mungkin ada yang perasan. Bukan apa. Saya terfikir kata-kata dr di dalam kelas. Study dan study. Study untuk berjaya. Semua orang mahukan berjaya dalam kehidupan. Tapi bagi saya, berjaya itu bukanlah dengan mendapat keputusan gempak dalam exam then after 2-3 weeks after exam semua yang dihafal itu hilang. The best is, kita dapat ilmu dan ilmu itu bermanfaat dan berkat. Gempak atau tak gempak keputusan itu adalah bonus.

Sekarang ni pulak, semua orang disekililing saya heboh nak tengok cerita Ayat-ayat Cinta. Banyak pulak komenan-komenan yang keluar. Filem tak sama dengan novellah. Novel lagi best lah. Itulah. Inilah. Bingit sungguh telinga ini. Apa masalahnya? Kalau nak best buat sendiri la filem.... Saya sampai hari ni tak baca lagi novel AAC tu kecuali mukasurat pertama. Tengok filemnya apatah lagi. Mungkin itu bukan minat saya. Dan saya mengakuinya... Jadi kepada sesiapa yang suka komen tu silalah pastikan saya tiada disisi. Sungguh telinga ini sudah bosan dengan segala komenan itu. He~

Part tetiba. Minggu lepas saya bersukan di Cai. Penat sungguh. Setelah sekian lama tak bersukan. Sempat bermain bola dan bola tampar. Sebelum itu, ada senaman ringan. Belajar tarian Hakka! Best sungguh bila dilakukan beramai-ramai. Lain kali boleh buat lagi J. Bola 1st time dalam hidup dapat main sampai Final dan menang tempat Pertama. Bola tampar pulak, kalah pusingan awal lagi. Kalah tipis 1 mata. Takpelah. Bagi orang lain pulak menang…

Ok. Setakat ni je kot. Dah tak tau nak membebel ape lagi dah. Ha.Keputusan SPM pun dah keluar semalam. Congrats la kepada semua calon-calon yang berjaya dan tak berjaya. Itulah usaha anda. Dan itulah natijahnya. Yang cemerlang teruskan kecemerlangan. Yang kurang cemerlang, teruskan berusaha. Kepada Hasanah, doa banyak2 ye. Tahniah! Menunggu kamu di sini.

Sekian dahulu celotehan ini.

Nota: Saya semakin susah untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan menghabiskan ayat-ayat dengan lengkap. Bila saya baca kembali entri-entri lepas, banyak ayat yang tergantung dan tunggang langgang. Masalah sungguh!Juga musykil dgn satu perkara. Kawan2 sudah tidak menjengah lagikah di blog ini?

Mar 12, 2008

Hati Oh Hati..

Pernah tak satu ketika ketika anda ditegur oleh seorang sahabat kerana anda melakukan kesalahan, anda melenting dan marah kepadanya? Lalu kemarahan itu anda zahirkan pada perbuatan yang tidak sepatutnya anda lakukan. Seperti memburukkan beliau tanpa beliau sedari. Mereka-reka fitnah supaya dia dibenci oleh orang lain?

Pernah jugakah jika anda tidak senang dan benci melihat seseorang yang lebih muda dari anda mendapat jawatan ketua yang sepatutnya di dalam syarikat atau apa-apa pertubuhan yang sepatutnya anda miliki jawatan itu atas faktor umur anda yang lebih tua darinya dan pengalaman yang anda miliki? Lalu anda mengumpulkan rakan-rakan sekerja anda untuk menggulingkan ketua tersebut? Ataupun membuat perkara-perkara yang menunjukkan bahawa anda tidak suka kepadanya, tanpa melalui saluran sepatutnya?

Pernah tak suatu hari apabila anda berjumpa dengan kawan lama anda yang mempunyai kedudukan kewangan yang teguh dan anda mula irihati terhadap kekayaan yang dimilikinya? Lalu anda berusaha untuk mengikis kekayaan tersebut dengan cara menzalimi dirinya seperti sihir, santau dan sebagainya?

Pernah tak suatu ketika apabila anda melihat seseorang yang mempunyai kelebihan dalam bidang tertentu dan hati anda mula membentak dan muncul bibit-bibit kebencian di hati anda?

Mengapakah saya membawakan misalan-misalan di atas kepada anda? Kalau anda perhatikan betul-betul, semua masalah yang saya nyatakan di atas bermula dari permulaan yang sama. Apakah dia? Hati. Mengapakah hati ini? Hati ini sidah mula kotor. Kerana apa? Kerana telah dicemari dosa dan noda. Kerana ia telah membenarkan syaitan untuk bertakhta di situ. Dan tercalitlah tompokan-tompokan hitam di situ. Lalu tompokan yang semakin banyak ini menyebabkan rantaian sifat-sifat mazmumah menguasai diri anda. Betul kah semua teori yang saya nyatakan ini? Mungkin beberapa penjelasan di bawah dapat membuka dan merobek ‘kekejaman’ yang telah sekian lama bertakhta di hati kita.

Dimanakah Allah di dalam hati?
Sebenarnya segala sifat-sifat buruk itu datangnya dari kehendak hati. Hati yang kotor. Hati yang tidak menjadikan Allah sebagai matlamat. Misalan mudah, jika seseorang itu sakit dari segi fizikalnya seperti demam, batuk dan seumpamanya, apakah yang akan dilakukan? Sudah tentu dia akan mendapatkan ubat untuk mengubati penyakit itu. Ubat-ubat itu tidak lain tidak bukan untuk menghapuskan ketidakselesaan tubuh yang dialaminya. Itu ubat bagi penyakit zahir. Bagaimana pula hati? Maksud saya hati nurani. Apakah anda mengubatinya apabila ia sakit? Atau anda membiarkannya merebak sehingga mengganggu kehidupan anda. Akhlak dan ibadah. Selama ini pernah tak anda menghadapi penyakit hati ini? Jika tidak Alhamdulillah. Jika ya, sudahkah anda mencari ubat untuk mengubatinya? Ubat untuk menyembuh hati kita ini supaya ia tidak mati. Jika mati hati kita ini, maka susahlah petunjuk dan cahaya Ilahi nak masuk dan meneranginya.

Mengapa dinamakan hati?
Dinamakan hati sebab ia berasal dari perkataan Arab ‘al-Qalb’ yang bermaksud berubah-ubah/bolak-balik. Betul tak hati kita ni beruba-ubah? Cuba cek balik. Kalau semalam bukan main rajin pergi kuliah awal, hari ni pergi awal tak ke kuliah? Kalau semalam studi sampai berbelas jam, hari ni pula berapa minit anda studi? Kalau semalam rasa macam tak nak bercouple, hari ni ade tak rasa macam nak couple? Mesti terjadikan salah satu perumpamaan saya di atas. Tambah-tambah yang terakhir itu. Betul tak? Itulah sebabnya hati dinamakan hati. Sebab ia berubah. Tak tetap. Sekejap A. Sekejap B. Tetibe terasa pula nak C.
Teringat saya kepada satu hadis Nabi (rujuk Hadis ke-6 Imam Nawawi):

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Jelas tak apa fungsinya hati kepada manusia? Hatilah yang mengawal segala-galanya di dalam tubuh ini. Dari perkara luar kawal hingga ke perkara dalam kawalan. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya. Alangkah indahnya hidup orang yang mempunyai hati nurani yang bersih. Sudah tentu mudah sahaja dia beribadat kepada Allah dengan tenang. Mudah sahaja dia khusyuk dalam solatnya. Mudah sahaja mengalirkan makna Al-Quran yang ditadabburnya dalam perlakuan harian. Cuba kita tengok kalau-kalau hati ini jadi kotor pula, apakah impaknya? Sudah tentu perkara bertentangan akan berlaku. Solatnya susah. Baca Quran pun nak tak nak. Nak belajar pun susah. Sebab apa? Hati itu sudah mati kerana tidak diubati.

Camne nak bersihkan hati?
Hati saya dah matila doctor. Camne nak ubati ek? Kalau hati sakit Hepatitis ke boleh la jumpa doctor. Tapi kan saya nyatakan tadi. Saya sedang merujuk kepada hati nurani. Hati yang tidak mampu diubati melainkan oleh doctor-doktor Muslim dan beriman. Siapakah mereka? Andalah doktornya. Rawatilah hati sendiri. Beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengubati hati-hati ini.

Pertama: Banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hati kita untuk menerima kebaikan.
Wahai tuhanku! Tetapkan hatiku diatas jalan agamamu.
Ya Allah! Berilah petunjuk kepada hati ini.
Ya Allah! Aku memohon kepada Mu hati yang khusyuk.
Ya Allah! Jauhilah aku dari hati yang tidak khusyuk.

Duduk di dalam majlis ilmu. Susah ke nak buat perkara ni? Senang je kan? Ada majlis-majlis ilmu tu join la. Kat kuliah. Kat universiti. Kat sekolah. Kat masjid. Apa maksudnya? Sebarang majlis yang membuatkan hati anda tidak lalai dan tidak leka dari mengingati Allah. Menuntut ilmu juga dikira majlis ilmu. Belajar agama juga dikira menuntut ilmu. Kalau dah tak sempat nak buat macam mana? Dengar-dengarlah ceramah. Kalau rajin sikit lagi, bacalah buku. Sentiasa letakkan hati anda dalam keadaan bekerja supaya ia tak lalai.

Selain itu, banyakkan juga membaca Al-Quran dan berzikir. Kalau mengumpat mengata orang senang, takkan nak ingat Allah sekejap tak bolehkan? Sentiasa melazimi mengingati Allah dalam apa jua perkara. Tajdid kembali niat supaya ia tidak terpesong. Mudah-mudahan hati kita dilembutkan..

Kemudian, bersegera untuk menunaikan ibadah dalam waktunya. Jangan bertangguh-tangguh. Bila bertangguh senang syaitan nak cucuk jarum. Mula-mula cucuk sikit. Lama-lama terbenam dalam hati. Dah mula keras hati tu..

Sentiasa berhubung dengan akhirat dan ingat mati. Ni lagi senang. Kalau ingat mati, sudah tentu semua orang akan buat baik. Bila buat baik, senanglah lembut hati nanti. Maka sentiasalah mengingati pemutus kelazatan iaitu kematian.

Realiti hari ini

Kalau ita tengok manusia sekeliling kita, adakah kita boleh mempercayai mereka seratus peratus? Adakah hati mereka sudah terjaga? Adakah hati kita juga terjaga? Adakah kita menjaga hati-hati mereka dan mereka menjaga hati kita? Saya tak rasa perkara itu berlaku di zaman ini. Kalau adapun mungkin segelintir manusia yang menjaganya. Kerna apa? Kerana hati kita telah dicemari. Dicemari hasad dengki. Iri hati. Cemburu. Tiada kesudahannya. Lalu hati kita dihijab oleh Allah untuk berkasih sayang. Berkenalan dan bermesra antara satu sama lain. Tiada siapa yang mampu memecah tembok itu melainkan kita sendiri.. hanya orang-orang yang hatinya selamat dan sejahtera akan masuk ke dalam syurga.. Renungi ayat ini:

“ Hari yang tiada manfaat baginya harta dan anak-pinak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera..” [Asy-Syuara:88-89]



Allahua'lam.


Saya olahterjemahkan dari risalah yg dapat masa dalam kuliah.

Nota: Tak perlu melihat kebelakang utk melihat gelagat kami. Tetap COOL. Hari itu akan datang juga kepada kita semua. Cuma lambat atau cepat yang membezakannya. Jangan tergesa-gesa sehingga menyerahkan hati itu bukan kepada pemiliknya. Biarlah penjaga itu dapat membawa hati ini kepada penciptanya. Dan biarlah hati ini diserahkan dengan cara yang terhormat kepada penjaganya..Sabarlah menunggu..janji Allah kan pasti..menjemput hati-hati kita ini.

Mar 10, 2008

PRU

Syukur..syukur dan syukur..

Islam menguatkan lagi tapaknya di Malaysia. Allah mahu membantu hambanya yang mahu menegakkan Islam. Sedikit ulasan mengenai PRU-12. Seperti yang telah diketahui umum, pembangkang (Barisan Alternatif) telah menawan 5 negeri. Moga selepas ini Islam terus subur di negeri-negeri yang ditawan dan kebaikan itu dapat disebarkan ke negeri-negeri lain pula. Melaka? Hemm…Pasni pulak la kot. 4 tahun lagi kan? Doa-doakan. Dan seperkara yang perlu kita ingat, kemenangan ini dibebankan dengan satu amanah yang sangat-sangat besar. Mengembalikan Islam yang semakin pudar dan membaiki kembali umat yang semakin lalai. Justeru, kemenangan ini tak terhenti di sini. Kemenangan hakiki adalah apabila kita berjaya menegakkan Hukum Allah dan menafikan kemungkaran dalam diri. Perjalanan baru bermula. Ayuhlah! Kerja mengislah itu telah tiba. Siapa lagi kalau bukan kita yang akan menegakkan undang-undang Allah? Syabas kepada calon-calon yang menang. Rakyat sememangnya mahukan perubahan. Amanah rakyat sudah terbeban di bahu anda. Laksanakan segala yang telah anda janjikan semasa berkempen. Jangan hanya sekadar janji-janji manis dan omongan kosong sahaja. Moga Allah membantu.

Sepanjang kempen pilihanraya saya tertarik dengan 2 peristiwa iaitu tentang seorang nenek berusia 89 tahun yang bertanding di satu kawasan parlimen di Terengganu. Saya sangat kagum dengan semangat dan kesungguhan beliau walaupun dibatasi dengan kudrat yang terhad dan usia yang sudah lanjut. Saya sangat-sangat menantikan keputusan undian di tempat beliau bertanding. Apabila keputusan diumumkan semalam (2hari lepas), saya terus mencari keputusan undian nenek tersebut. Banyak juga undian yang memihak kepada nenek tersebut. Sebanyak 685 undi. Berjaya jugalah nenek tersebut berkempen kerana ada juga orang mengundinya walaupun beliau hilang wang pertaruhannya sebanyak RM 10000. Akhbar utusan online hari ini pula menyatakan bahwa nenek itu sudah serik untuk bertanding pada PRU yang akan datang. Maklumat lanjut boleh rujuk diblog beliau.
Peritiwa kedua pula berlaku kepada adik saya yang menyertai rombongan ke Pulau Perhentian di hari pengundian, 8 Mac 2008. Anda boleh membaca kisah tersebut di bawah. Mereka berada di tempat dan masa yang salah. Rombongan beliau bersama-sama sahabat pelajar tajaan MARA Kolej MARA Banting ditahan kerana disyaki sebagai pengundi hantu. Kejadian ketika mereka hendak berhenti di sebuah masjid bersebelahan sebuah markaz parti politik. Berlaku sedikit kekecohan sehingga pihak polis terpaksa masuk campur. Dikhabarkan juga kepada saya, pemandu bas turut ditumbuk (maklumat ketika saya YM dengannya). Marah sungguh adik saya sehingga tempias kemarahannya terkeluar dalam YM. Tergelak saya membacanya. Tapi akhirnya adik saya keluarkan ayat ni: “Bila aku pikir2 balik, macam lawak pulak bendealah ni”
*********
Pemandu bas dakwa ditumbuk

KUALA TERENGGANU 8 Mac – Seorang pemandu bas persiaran ditumbuk penyokong sebuah parti pembangkang gara-gara pelajar tajaan Mara yang dibawanya didakwa sebagai pengundi hantu di sini pagi ini.
Kejadian berlaku ketika pemandu itu yang membawa 38 pelajar dari Kolej Mara Banting, Selangor singgah untuk solat subuh di sebuah masjid di Kampung Tok Has, Besut pada pukul 6 pagi.
Sebaik sahaja berhenti, sekumpulan penyokong parti berkenaan keluar dari pos yang dibina berdekatan masjid itu, menyoal pemandu bas tujuan mereka berhenti di kawasan tersebut.
Walaupun setelah diberi penjelasan salah seorang penyokong parti berkenaan menumbuk muka pemandu tersebut yang kemudiannya membuat laporan di balai polis berhampiran.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Razali Basri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dari mangsa yang dikenali sebagai Ramli Jamlus, 51, berasal dari Banting, Selangor.
Menurutnya, kejadian berlaku kerana salah sangka oleh penyokong parti berkenaan yang menuduh pemandu bas itu membawa pengundi hantu dari luar.
Nota: Maaf saya tak pandai komen bab politik. Tahniah kpd Yue. Alfu mabruk. Doa-doakan kami menurut jejak lengkah itu. Ha...ha... dah mule la tu..

Mar 6, 2008

Big Mistake!

Ape yg big mistakenya?

Takde ape pon. Saya tersilap minum Nescafe campor Milo (Neslo) malam semalam. Kesannya, tak boleh tido sampai ke pagi. Padan muka. Kununnya bila tak boleh tido harapnya nak studi la pepagi buta tu. Tapi bile otak dah penat dan badan dah letih, apo laei yang boleh dibuat? Baring atas katil, otak dah mule memikir memacam hal. Dari A-Z. Golek kiri. Golek kanan. Terlentang terlangkup. Tak mau tidoq jugak. Sempat juga bermesejan dengan emak. Perkara privacy. Dan sekarang saya masih lagi menunggu jawapannya dari emak. Saya tak pasti emak saja tidak membalas mesej saya itu atau tidak perasan mesej tu. Sabar jela. Disebabkan tak boleh tido, last-last saya bangun. Bukak lampu. Buat perkara yang Muslim-should-do. Then, bukak komputer. Dan selongkar lagu-lagu yang ada dalam desktop ni. Tak sangka pulak banyak lagu-lagu best kat dalam ni. Saya pun masukkan lagu-lagu baru ke dalam playlist saya. Semua lagu Indonesia. Just nak rekemen lagu-lagu ni. Best juga! Masyuk dengan jiwa saya. Tenang. Aman. Damai. Tak serabut.

Andai Ku Tahu- UNGU
Menunggu di Sayup Rindu- Maidany
Kau Miliknya- ALVEOLI

Ok. Itu je kot kali ni. Minggu ini tiada di sini. Jaga iman. Jaga hati. Jaga amal. Berhati-hati di jalanraya :p

Nota: Mengapakah Malam Air Mata Palestin tak jadi? Matang la sikit.(utk pihak berkenaan) Perkara baik tolonglah jangan disusahkan dengan kerenah-kerenah seperti kanak-kanak tadika. Mana simpati yang kalian laung-laungkan saban hari? Cakap tak serupa bikin. Hanya sebok dengan program-program besar yg hebat di mata. Tapi tiada kesan langsung di hati. Berubahlah. Emo sikit…Maaf.

Mar 4, 2008

Restoran Nusantara?

Salam.

Gumbiranya rasa hari ini. Dapat makan masakan Melayu tanpa perlu masak sendiri. Bgtau. Bawah rumah kami dah ada restoran Melayu. RESTORAN NUSANTARA. Menyediakan makanan Asia. Dari makanan sehinggalah minuman. Jemputlah datang beramai-ramai (dorg suh tlg promote ok. Sy tak dpt komisen). Bawak kawan-kawan dan segala isi rumah. Mereka-mereka (tatabahasa salah kn cekgu Salmi?) yang baca blog ni dan tinggal di negara seperti Malaysia, India, Japan, US,UK dan lain-lain selain dari Egypt sila jangan gatal tangan nak suruh hantar ke rumah ok (delivery) kerana khidmat delivery hanya menggunakan basikal tua yang tersangatlah uzurnya (tp tatau la kot2 dorg sanggup hantar ke rumah korg. Cuba try tgk). Untuk penghantaran sila hubungi no ini 0109014230. Dan saya adalah pelanggan pertama restoran itu hari ini. Dapat diskaun. Hehe.


Ha, tadi sekali lagi saya pergi ke pameran Palestin. Nak pastikan gambar yg saya katakan itu. Betul. Tak silap. Israel-USA-Arab(tak bawak camera coz bateri da habes). Then, pergi ke satu lagi pameran yang lebih besar berhampiran centre (tempat makan). Layan jap arab-arab tu punye penerangan sebelum pergi ke bank untuk keluarkan duit nak bayar tuisyen.


Pasni jadual hidup semakin padat dengan kelas-kelas yang datang bertubi-tubi. Moga saya dan kawan-kawan lain diberikan keberkatan dalam menuntut ilmu dan mendapat ilmu yang berkat. Moga dapat kejayaan dalam kehidupan dunia ini disamping akhirat disisi. Amin.

Nota: Biar masa dipenuhi dengan perkara berfaedah. Jika tidak anda dalam kerugian. Berletih-letih dahulu, bersenang-senang kemudian. Fasa kematangan jiwa dan pemikiran..

Al-Quds Lana...

Assalamualaikum

Harap sehat ye semua. Just nak masukkan beberapa perkara yang semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Isu Palestin. Disebabkan saya pun duduk hanya beberapa ratus km dari tanah Palestin, jadi tak adillah dan zalimlah jika saya tidak mengambil berat tentang isu ini. Isu umat Islam keseluruhannya. Isu global. Isu orang-orang yang mempunyai hati dan perasan. Orang yang sayang kepada agama dan saudara seakidah. Setakat yang saya cek tadi, sudah 5 hari (27/2-3/3) Israel melancarkan serangan terhadap penduduk Palestin. Sudah 116 nyawa penduduk Palestin yang merupakan SAUDARA SEAGAMA DAN SEAKIDAH kita melayang. Beratus-ratus lagi dilaporkan cedera akibat dari serangan itu.
Dimana sensitiviti kita terhadap isu ini? Adakah hati kita dipisahkan oleh sempadan antarabangsa yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjwab untuk mengasingkan mereka dari diri kita? Tidakkah kita rasa bahawa mereka juga sebahagian dari diri kita? Atau pun anda sedikit pun tidak mengendahkan tentang hal-hal mereka dan masih lagi dibuai mimpi? Lenalah..dan teruskan tidurmu dengan nyenyak. Mimpilah dengan mimpi yang indah. Teruskan seronok dalam buaian duniawi. Lenalah dalam dodoian, timbunan dan pangkuan harta-harta kalian. Gunakan duit-duit anda untuk terus membeli barangan keluaran Israel dan sekutunya.

Jika ketika ini anda masih lagi bermain, ingatlah bahawa nyawa anda sedikit pun tidak berharga jika anda dijemput Izrael ketika bermain. Jika hari ini anda masih sebuk membeli belah, ingatlah bahawa duit yang anda habiskan untuk membeli barangan duniawi itu sedikit pun tidak dapat memberatkan pahala anda. Jika hari ini anda masih lagi sebuk bercerita tentang artis-artis, ingatlah bahawa cerita-cerita anda itu sedikit pun tidak akan melembutkan hati-hati anda. Jika hari ini anda masih lagi mengumpat, ingatlah berapa banyak daging-daging saudara yang telah anda ratah untuk sekian kalinya? Jika hari ini masa anda banyak dihabiskan di hadapan komputer atau televisyen melayan filem, anime dan seumpamanya, ingatlah apabila anda mati kelak, semua amanah masa itu akan dipersoalkan oleh Allah. Mari bermuhasabah kembali, dimanakah diri kita sekarang ini?

Apa yang telah kita buat? Cukupkah sekadar meletakkan link-link tentang Palestin di status YM kita sedangkan kita sedikit pun tidak menjiwai tentang Palestin?Bahkan tidak tahu pun sebenarnya. Sekadar terikut-ikut dengan orang lain. Cukupkah sekadar penulisan di atas kertas yang akhirnya tidak dibaca dan dikoyakkan begitu sahaja? Cukupkah sekadar solat Hajat yang dibuat hanya ketika isu ini hangat diperkatakan? Cukup jugakah ceramah-ceramah untuk memberikan semangat kepada kita dan akhirnya semangat itu hilang apabila kita tidak diberi peringatan? Cukupkah dengan menampal peta Masjidil Aqsa di dinding-dinding bilik? Cukupkah dengan melihat klip-klip penderitaan mereka di dalam laman-laman web? Cukupkah dengan melihat gambar-gambar penderitaan mereka untuk sama-sama merasai penderitaan mereka?

Sempat tadi saya melawat pameran persatuan pelajar Ikhwan Muslimin, Usratul Adawa di universiti. Alhamdulillah, mereka ini antara golongan yang berusaha memberi kesedaran dan bersemangat menjalankan kegiatan yang boleh memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar diuniversiti tentang Isu Palestin. Minggu lepas sahaja beberapa demonstrasi aman telah diadakan di beberapa universiti. Mereka turut mengambil kesempatan untuk mengedarkan risalah-risalah di dewan-dewan kuliah serta mengamanahkan beberapa ahli mereka untuk menyampaikan tazkirah di dewan-dewan kuliah. Mungkin ini antara kegiatan yang mungkin kurang kita dapat lihat jika berada di tanah air. Sewaktu di pameran tadi, saya tertarik dengan satu lukisan yang membawa seribu maksud yang tersirat di sebaliknya. Gambar ular bertaring yang melingkar berlatarbelakangkan bendera Israel, seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopi melambangkan pimpinanUS, dan muka orang Arab yang berbentuk bola di bawah gambar lelaki US. Apa yang tersiratnya tidak mahu saya nyatakan di sini. Anda pergilah sendiri untuk melihatnya. Masa pameran dari pagi hingga ke petang. Esok masih ada lagi harapnya. Turut diselitkan gambar para Syuhada Palestin. Sheikh Ahmad Yasin, Dr Rantisi, Yahya Ayyash serta beberapa lagi pimpinan Briged Qassam dan Hamas. Ada juga tayangan ceramah Amru Khalid dan klip-klip tentang Palestin.



Ketahuilah bahawa mereka di sana mendambakan doa dan bantuan dari anda. Doakan mereka dalam solat anda. Dermakan wang-wang dalam poket anda untuk mereka. Sumbanglah seberapa banyak yang anda mampu untuk mereka. Boikotlah barangan-barang keluaran Yahudi. Jangalah anda menjadi sebahagian dari Muslim yang membunuh saudara Muslim lain dengan 'menderma' wang anda untuk membeli bom-bom serta kereta perisai tanpa anda sedari. Beberapa link di sini boleh dirujuk untuk mendapatkan isu semasa tentang Palestin.



Semalam(3/3) genaplah 84 tahun kejatuhan Khilafah Islamiah. Dan angka 84 menyaksikan bahawa sudah 84 tahun jugalah Muslim hidup dalam kebuntuan tanpa pemimpin, Khalifah yang dapat menyatukan suara-suara kita. Apakah yang perlu dilakukan? Tarbiyyah wajib diteruskan. Dakwah wajib dijalankan. Susunlah barisan individu muslim. Tegakkan islam. Kembalikan khilafah. Perjalanan ini masih jauh lagi. Natijahnya mungkin tidak dapat dilihat oleh mata kepala kita sendiri. Mungkin ia akan dinikmati oleh generasi cucu dan cicit kita inshaAllah. Jadilah golongan yang bersama-sama meletakkan batu asas ini. Harap secebis catatan ini merupakan permulaan kepada satu kesedaran yang akan bertapak dan subur dalam hati-hati kita. Al-Quds Lana........

http://www.palestinkini.info/
http://www.palestine-info.info/
http://www.amanpalestin.com/


"Ya Allah! Bantulah saudara-saudara kami di Palestin..Ya Allah! Berilah kekuatan kepada Islam dan orang-orang Islam untuk melawan musuh-musuh agamamu. Kau hinakan musuh-musuhmu dengan serendah-rendah hinaan. Kau tetapkankanlah kami di atas jalan Tarbiyah ini. Jadikan kami sebahagian dari mereka yang memenangkan agamamu. Ameen"

Nota: Saya tak sabar untuk menunggu Malam Air Mata Palestin yang akan diadakan Khamis ini. Moga usaha ikhwah dan akhawat dipermudahkan dan diberi ganjaran oleh Allah. Moga impian ini akan menjadi realiti..