Hutang tag Syafiq
Edit gambar MAT PERUBATAN
Update dalam proses..
Internet selalu takde. Maklum
Nov 29, 2008
Nov 25, 2008
Kanak-kanak
Syukur. Ingat kisah hard disk aku yg filenya corrupted? Alhamdulillah. Dah dapat restore semua maklumat dalam tu. Dan yang paling penting, SEMUA 14G gambar yang hilang haritu dapat direstore jugak. Tengah belek-belek untuk susun semula semua file gambar, terjumpa gambar-gambar masa zaman kami kecik-kecik dulu. Kalau Kaklong, aku, Anas dan Sanah tengok semua gambar-gambar ni, mesti kami gelak. Macam-macam kenangan masa zaman dulu-dulu. Naik basikal roda 3, bergaduh dalam kereta masa nak balik kampong, belajar mengaji dengan baba, main masak-masak dll. Zaman kanak-kanak zaman paling best. Tapi zaman tu dah berlalu. Hidup ada putarannyakan?

Ni gambar kat hentian sebelum masuk terowong [Ipoh Arah Utara]

Ni kat Cameron Highland. Kaklong dgn jubah besar die :)

Tok ajar mengaji
Exam dah dekat. Hari Khamis ni. Doakan aku dan kawan-kawan kat sini. Sekian.
Nov 19, 2008
ENT Presentation
Alhamdulillah. Selesai sudah presentation untuk kelas ENT harini. Seronok. Gembira. Kat bawah ada gambar-gambar yang sempat disnap masa dalam kelas tadi.
2 gambar pertama: Yue tgh present tajuk Achalasia+ lukisan 'Barrot Beak' beliau sungguh comel
2 gambar bawah: Unit Dokumentasi Team Biru (kiri) + hidung Salman sedang dipatuk oleh 'Barrot Beak' Yue (kanan)

Nota: Malam tadi mendengar luahan hati Salman. hehe~ Moga Allah berikan lebih banyak ruang dan peluang untuk akuberkenalan dan mengenali hati budi manusia di sekelilingku...
2 gambar pertama: Yue tgh present tajuk Achalasia+ lukisan 'Barrot Beak' beliau sungguh comel2 gambar bawah: Unit Dokumentasi Team Biru (kiri) + hidung Salman sedang dipatuk oleh 'Barrot Beak' Yue (kanan)

Last: Hidup tak bermakna andai kita hanya berfikir dalam ruang diri sendiri sahaja..
Tahniah kepada semua kawan-kawan! Good Luck dan berusaha untuk exam round minggu depan pula~
Nota: Malam tadi mendengar luahan hati Salman. hehe~ Moga Allah berikan lebih banyak ruang dan peluang untuk akuberkenalan dan mengenali hati budi manusia di sekelilingku...
Nov 18, 2008
Si Leman.
Good luck juga untuk team student Malaysia yg kena buat presentation terutamanya kepada Pesal yang kena present esok. [aku tau ko tgh tak sedap hati skrg.haha~nak jadik ahli bersekutu grup aku tak?]
Kepada Salman@Leman, good luck juge buat kamu. Ko la sorang-sorangnya Arab yang tak gelakkan aku bila aku sebut pasal presentation tadi.
Moga segalanya berjalan lancar esok.
Nota: Aku plan nak bwk SLR esok. Snap gambar bebdk yg kena present.

Nov 17, 2008
Nov 13, 2008
OUT
Not physically fit
Not mentally rest
Need time for myself
Keluar mencari ketenangan..
Nota: Td tak g kelas. Tido. Malam td tido kul 4. Minggu ni aku susah tido malam.
Not mentally rest
Need time for myself
Keluar mencari ketenangan..
Nota: Td tak g kelas. Tido. Malam td tido kul 4. Minggu ni aku susah tido malam.
Nov 12, 2008
Nov 10, 2008
Sejuk
Perlahankan kipas itu..
Saya sejuk
Kata si hati..
Tidak! Bukan kamu sahaja
Aku juga sejuk..
Kata hati lain..
Perlahankan kipas itu..
Kami semua sejuk!
Wahai kamu ditepi
Tidak dengarkah suara hati mereka?
Perlahankan kipas itu..
Harini start belajar nose. Menarik jugak. Dr pun sporting. Siap duduk dengan student kat bench belakang. Sembang-sembang ape tah. Aku tak dengar sangat.
Kelas harini agak gelap. Lampu tak dipasang. Kipas belakang ligat berputar sambil mengeluarkan bunyi yg agak menakutkan. Kalau lah tercabut kipas tu, naya kami semua. Angin dari luar semakin sejuk. Tahun ni lambat benar sejuknya..
Dan kamu juga
Buka tingkap itu!
Bilik ini kurang cahayanya
Tapi..
Angin di luar sejuk amat!
Bukankah sudah dikatakan?

Nov 9, 2008
Balik awal
Yalla! yalla!
Duktur gai?
Duktur lessa magash..
La! Duktur magash kholis..
Nurawwah?
Aiwah! Yalla! Um! Um! Rawwah baah!
Mari pulang cepat! nanti duktur datang!
Hei kamu! jangan cakap begitu!
Balik semua! jangan tinggal seorang pun!
Ye! Mari semua pulang..
KAMI PUN PULANG
Hari ini takde kelas..hehe
Nov 7, 2008
Terakhir
Baru pulang dari mesyuarat tahunan PMC. Penat yang maha dahsyat. Semalam ke Cairo. Pagi tadi bertolak dari Cairo ke Mansurah untuk menghadiri mesyuarat. Waktu break solat jumaat, aku balik ke rumah sebab ada tetamu dari Alex datang. Sudah tu bergegas semula untuk meeting. Mula-mula duduk macam patung kat depan ramai-ramai orang tu. Kalau ada orang mintak nasihat, barulah bagi. Tetibe ada pulak part protokol-protokol ni. Aku bukannya reti sangat bab-bab ni. Dan aku paling tak suka protokol. Protokol banyak menyusahkan urusan-urusan yang simple dan mudah sebenarnya. Mujur ada orang membantu. kalau tak aku pun tatau apa yang jadi dengan meeting tu. Ok. Penat nak tulis. Tadi balik jadi mushrif pukul 1010. dapat aiskrim dan air tin free. hilang lapar dan dahaga. Esok ada test Com Med. Doakan aku dan kawan-kawan berjaya~
Nota: takziah kepada yg baru dilantik. pastikan persatuan kita terus relevan.
Nota: takziah kepada yg baru dilantik. pastikan persatuan kita terus relevan.
Nov 2, 2008
November
Dah masuk bulan 11. Bilangan pos semakin berkurangan. Bukan sebab takde idea nak menulis. Tapi idea datang bila mula nak tidur. Dapat-dapat idea terus tidur. Bangun dari tidur terus lupa nak tulis apa. Mungkin lepas ni aku banyakkan gambar sahaja. Penulisan dan kekereatifan aku sudah semakin menumpul. Tak macam dulu lagi.
Minggu lepas Hard disk aku punya file corrupted. Sedih yang amat sebab dalam tu ada gambar sebanyak 14G. Gambar aku kat Malaysia dengan kawan-kawan, keluarga, aktiviti-aktiviti, raya dan lain-lain. Dah hantar HD tersebut kepada seorang kawan ni. Suruh dia tolong repair. Harap-harap dapat restore semua gambar yang ada dalam tu. Kalau tak boleh juga, takde rezeki lah nampak gayanya. Ujian. Kena snap lagi banyak gambar lepas ni dan terus burn dalam CD.
Dalam kelas minggu lepas, aku perasan; setiap hari ada jenazah yang disorong keluar dari Mustashfa Auram (Kanser). Diiringi seorang doktor dengan pakaian bedah dan saudara-mara. Aku jeling dari celahan tingkap sambil sedekahkan Al-Fatihah. Itu je yang mampu. Hidup kita tak lama kan?
Nota: Perkara paling besar dalam hidup aku dah berlalu pergi. Tak mungkin aku akan terfikir kembali. Cukuplah sekali.

Subscribe to:
Posts (Atom)