Showing posts with label Assubhubada_Untukmu Hati. Show all posts
Showing posts with label Assubhubada_Untukmu Hati. Show all posts

May 14, 2008

Hati Mati

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI.

Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunaikan haknya.
Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.
Kamu selalu sibuk dengan keaiban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya."

Apr 25, 2008

Pagi Jumaat..

Moga pagi ini menjadi pagi yang penuh barakah. Pagi Jumaat yang indah. Pagi tadi sewaktu berjalan menuju ke masjid, hujan turun renyai-renyai. Usai masak nasi lemak untuk sarapan pagi ini, hujan turun sekali lagi. Renyai-renyai juga. Dengan suasana dan cuaca pagi yang nyaman. Mudah-mudahan titisan hujan itu membawa seribu Rahmat untuk kita semua. Moga hari ini segala perbuatan kita mendapat pahala dari Allah. Manfaatkan Sayyidul Ayyam ini. Perkongsian tazkirah pagi ini.

Menanamkan Keimanan Terhadap Allah.

Semua makhluk yang ada dilangit dan bumi, menunjukkan adanya kekuasaan Allah SWT, serta membuktikan luasnya Ilmu dan kebijaksanaan Nya. Allah juga memberikan rezeki kepada seluruh hambanya. Oleh sebab itu wajarlah setiap Muslimah menanamkan kenyakinan dalam diri tentang ke Esaan Allah SWT agar tidak menjadi hamba yang merugikan diakhirat nanti. Firman Allah SWT ertinya:

"Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka merekamenjawab: "ALLAH" Maka katakanlah "Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya." (Yunus:31)

Dengan keimanan yang ada didalam jiwa, maka seseorang akan mendapat menghadapi berbagai cabaran hidup yang penuh dengan fitnah dan godaan. hati seorang mukmin yang yaki dengan teguh dan kuat akan memperolehi ketenangan dan kedamaian hidup. tidak mudah terpedaya dengan keindahan dunia yang sifatnya sementara ini. Rasullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

"Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu: jagalah Allah maka allah akan selalu memandangmu. Apabila engkau meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila engkau meminta tolong maka mintalah tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, kalau semua umat bersatu padu untuk memberi manfaat kepadamu, tidak akan dapat mereka lakukan sedikitpun, kecuali yang sudah ditentukan Allah kepadamu, dan kalau mereka bersatu untuk merugikanmu, tidak akan dapat mereka lakukan, kecuali yang sudah ditentukan Allah kepadamu." (HR: Tarmizi)

Jika sudah mengenal Allah SWT dengan bukti-buktinya maupun dengan ayat2 yang diturunkanNya, maka sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama yang indah atau Asma'ul Husna serta sifat-sifatnya yang mulia. Firman Allah SWT ertinya:

"Allah mempunyai Asma'ul Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma'ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran dalam menyebut nama-namanya. Mereka nan akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Al-A'raaf:180)

Mengenai keimanan ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Ketika Rasulullah SAW menjawab pertanyaan tentang iman maka baginda bersabda: Beriman iaitu menyakini adanya Allah, malaikat2, kitab2, Rasul2, hari kemudian serta takdir yang baik dan yang buruk." (HR: Muslim)

Manfaat percaya akan takdir Allah SWT:

a. Orang yang beriman, ia akan hidup tenteram, tidak merasa takut, kerana sudah mengetahui bahawa apa yang ditakdirkan atas dirinya.

b. Orang yang beriamn tidak akan berasa sedih atas segala keinginannya yang tidak terkabul, sebab tidak ditakdirkan Allah untuk mencapaikannya.

c. Orang yang beriman tidak akan merasa terlalu gembira atas segala yang diterimanya yang baik berbentuk harta, anak, maupun kekuasaan, kerana itu merupakan takdir Allah untuk dirinya, ia hanya bersyukur dengan kurnia Allah tersebut.

d. Orang yang beriman akan mengerjakan apa yang dibolehkan atau diperintahkan kepadanya, dan meninggalkan segala yang dilarangnya dengan hati dan perasaan yang tenang.

e. Orang yang beriman mengetahui, segala kejadian dan peristiwa itu terjadi menurut ketentuan Allah. Maka ia mencari jalan yang akan membawanya ke arah kebaikan dan menghindarkan diri daripada bahaya dan kerugian.


Semoga kita mendapat syafaatnya dan beroleh kejayaan. Bersama-samalah kita memanjatkan doa agar kita diberi kekuatan dalam melaksanakan hukum Allah agar kita tergolong daripada orang2 yang beriman

Amin

Nota: Tazkirah ini saya copy dan pastekan. Kasih sayang itu bukanlah apa yang terzahir dari riak muka, tetapi ia adalah apa yang diterjemahkan dan lahir dari hati. Fikirkan…

Apr 18, 2008

Silap Bidikan, Hati Terpanah

Salam. Kembali. Baru selesai solat Subuh dan tergerak hati ini untuk membuka file tazkirah yg diberikan seorang kawan dalam komputer ini. Terbaca satu hadis ini dan mungkin boleh diambil manfaat untuk kita semua.

ANJING-ANJING NERAKA
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. Bacalah Al-Qur'an tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka."

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Entah berapa kalilah kata-kata saya ini telah memanah hati orang lain samada disengajakan atau tidak? Kekadang perbuatan kita sahaja sudah cukup membuatkan orang lain terasa dan kecil hati tanpa pengetahuan kita. Sungguh tidak sanggup saya menjejakkan kaki ke dalam neraka Allah apatah lagi dirobek-robek sedemikian rupa. Andai diri ini telah melakukan kesilapan atau menyakitkan hati-hati kalian, maaf jua yang ku pohonkan. Diam itu lebih baik dan indahkan?

My Corner

Nota: Alhamdulillah. Saya dalam usaha utk mengumpulkan kembali sahabat2 ex-SKT 94-99. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan..Doakan ya! Currently addicted to Untukmu Syuhada.

Mar 26, 2008

Untukmu Hati 9

Malam ni kalau rajin nak update. Ulangan: Kalau Rajin... Tapi sebelum tu jom kite cek balik diri kita. Hati kita. Peribadi kita. Muhasabahlah wahai teman..

Adakah anda sudah bersedia untuk bertemu dengan Allah dengan hati yang tenang dan Redho?

Bagaimana dengan Untukmu Hati 1 sehingga 8. Masih ingatkah? Adakah sudah dipraktiskan dalam kehidupan kita?



Feb 19, 2008

Untukmu Hati 8

Apabila hati sudah mula terasa berkarat. Mari semak kembali. Setakat ini sudah 8 kali entri Untukmu Hati dikeluarkan. Bagaimanakah hati aku dan kamu? Moga bertambah lembut dan dipermudahkan untuk membuat amal kebaikan dengan izinNya. Mari muhasabah kembali! Ya Allah! Lembutkan hati-hati kami..

Adakah anda melihat orang lain dengan pandangan rendah dan merasakan diri anda lebih baik dengan ketaatan yang anda lakukan?

Jan 11, 2008

Untukmu Hati 7

::Muhasabah::
Adakah anda pernah terlintas untuk memperkatakan amal kebaikan anda di hadapan manusia?
Jika ada maka beristighfarlah. Anda tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa amal-amal aku hari ini sudah menjamin aku masuk ke dalam syurga Allah Taala. Berapa ramai manusia yang banyak amalnya tetapi diakhir kehidupannya melakukan maksiat dan dibalas neraka oleh Allah. Fikir-fikirkanlah...

Dec 30, 2007

Untukmu Hati 6

::Muhasabah::

Adakah anda Khusyu' di dalam solat? Atau sekadar solat untuk melepaskan tanggungjawab sebagai seorang Mukmin? Fikir-fikirkanlah..

Dec 13, 2007

Amal Zulhijjah

Salam
Marilah bersama-sama meningkatkan wajibat amali kita di bulan Zulhijjah moga-moga iman akan terus subur..

Mari Mujahadah:

Solat 5 waktu berjemaah

Al-Quran 1 juzuk sehari

Sunat Dhuha 2 rakaat

Puasa 1-9 Zulhijjah

Mathurat pagi & petang

Sedekah

Zikir 500kali

Tahajjud 2 rakaat

Witir 3 rakaat

STUDI (minimum 3 jam sehari)

Sakit-sakit juga..ibadat jangan lupa
Doakan kesihatan saya yang semakin berkurangan
kebelakangan ini=)
Sekian.
*skrg bukan dalam mood menulis

Dec 9, 2007

Untukmu Hati 5

:: Muhasabah::

[Adakah anda bangun bertahajjud kepada Allah, bertafakur dan beristighfar kepadaNya?]
Kebanyakan hati keras dan mati apabila lupa kepada Penciptanya.Astaghfirullah al-azim.

Dec 2, 2007

Untukmu Hati 3

Adakah anda mengingati larangan Allah dan berusaha menjauhinya?

__________________________________________________
::Muhasabah::

[Setiap dosa yang dilakukan akan menyebabkan setitik noktah hitam terpalit di hati kita]
Beristighfar dan bertaubatlah segera sekiranya anda melakukan dosa-dosa samada besar@kecil

Nov 25, 2007

Untukmu Hati 2

Adakah anda berusaha untuk melakukan sesuatu amalan bertepatan dengan sunnah Rasullullah?
_______________________________________________

:: Muhasabah::

[Jauhi perkara sia-sia yang boleh menjauhkan diri anda daripada mengingati pemutus kelazatan,iaitu KEMATIAN]

Nov 23, 2007

Untukmu Hati

Untukmu Hati 1

Adakah anda menghadirkan niat setiap kali mengerjakan ketaatan kepada Allah Taala?