kembali seorang teman menemui Tuhannya. Janji Tuhan untuknya telah datang. Pasti. Lalu yg tinggal kini hanya sekujur tubuh yg kaku. Sepi. tiada lagi gelak tawa. tiada lagi senyuman indah terukir dibibirnya. tiada lagi suara yg bakal kedengaran dari dirinya.
Kita. Kita akan turut pergi. Jangan ditanya apakah sebab yg akan menjemput kita. Kerana Tuhan telah menyediakan sebabnya untuk kita. Tapi tanyalah bila masa itu akan datang. Kerana itu tetap akan menjadi teka-teki dalam hidup kita. Moga ketika berteka-teki itu, kita sibuk mengumpulkan bekalan ke sana. Kalau hari ini kita boleh gembira bersamanya, mungkin esok dia sudah tiada. Kalau hari ini kita sayang padanya, jangan lupa mungkin esok sayang kita diambil dari DIA yg lebih sayang kepadaNya. Kita akan melalui perkara yg sama. Samada kita menangisi pemergian orang disekeliling kita, atau orang disekliling kita bersedih dengan pemergian kita. Masa itu akan terus menjadi teka-teki.
Cukuplah sebagai iktibar dan pengajaran. Ada masa sebuk mengejar dunia, sehingga tercicir bekal akhirat. Kali ini, sekali lagi hati ini tersentak. Untuk kesekian kali. Pengajaran yg amat terkesan di hati. Dari Tuhan untuk hambaNya. Sekali lagi diberikan peluang untuk muhasabah diri. memperbaiki kelemahan diri. Bertaubat atas kesalahan-kesalahan lalu. Masih lagi diberi peluang. Untuk kesekian kalinya...
Bekalan masih belum cukup. Masa kembali masih lagi menjadi teka-teki. Mati itu pasti.
***
Al-Fatihah utk Akhi Ammar Zulkifli.Moga dicucuri RahmatNya. Bidadara itu telah dijemput Tuhannya... Moga Syurga menjadi milikmu Kepada kwn-kawan lain [Saif, Otai, Aman, Eckem] moga kalian segera sembuh. dan moga kejadian ini menjadi penghapus dosa kalian.
"Tuhan, Kau ambillah kami ketika kami melakukan ketaatan kepadaMu, bukan ketika kami sedang melakukan kemaksiatan kepadaMu"
Nota: Semalam sempat belek2 semula msj2 yg Ammar hntar ke nsetku sblm ini. Teringat juga chatting dgn beliau sebelum ini. Teringat juga hari kami bergambar sekali sewakti Family Day PERUBATAN sbb ak jdik AJK foto bwh beliau. Sekali lg. Al-FAtihah
-dari hati utk hati-
Jun 11, 2009
Jun 6, 2009
Salam Imtihan
Alhamdulillah. Exam bakal berkunjung tiba. Esok [7/6] start 1st paper subjek Community Medicine. Insha Allah habis exam 30/7. Lambat lg tu.
Mengambil kesempatan untuk memohon maaf pd semua pengunjung blog ini dan kawan-kawan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan. Doakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami menempuhi exam ini, diberkati ilmu yg dipelajari dan dipermudahkan dalam semua urusan dan ketika menjawab soalan.Pohon doa dari kalian..
Lagu yg ktorg nyanyi masa kat sekolah dulu masa darjah 1 dan 2 time perhimpunan pagi. tetibe teringat balik... Lagu best ni.
Mengambil kesempatan untuk memohon maaf pd semua pengunjung blog ini dan kawan-kawan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan. Doakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami menempuhi exam ini, diberkati ilmu yg dipelajari dan dipermudahkan dalam semua urusan dan ketika menjawab soalan.Pohon doa dari kalian..
Lagu yg ktorg nyanyi masa kat sekolah dulu masa darjah 1 dan 2 time perhimpunan pagi. tetibe teringat balik... Lagu best ni.
Jun 1, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
