Jan 22, 2008
EnTRi TiADa MoTIf
Jan 19, 2008
Apabila emak bercerita..
[Dialog menggunakan bahasa rojak:sila abikan kesalahan ejaan]
Adek da tido…die penat..balik sekola kul 6..
Aik! Sekolah ape sampai petang?bukan kul 1230 da abes ke??
Itu mase zaman ko sekola..zaman batu…skrg ni sumer budak2 kene sekolah petang..
Oooo..yeke..sian kat budak2 sekarang yek..
Haah…dah la adek tu kecik..bawak beg besar macam gerabak ketaapi…beg lg berat dari die..
Haha[gelak]..die tak ikut jadual sape suh?
Itu dah ikut jaadual la tu..kalu tak ikut jadual..lg la..sebeban buku..
Takpe2…kanak2 kena belajar bnyk..bru jadi pandai..emm..camne die kat sekola? Ok?
Hehe[gelak] ade cerita…Kat sekolah aritu, pasal ketua darjah…Asal-asalnye, cikgu nak rotate ketua kelas..nak tengok sape2 yang layak jadi ketua kelas..maka cekgu pon suh la Ijol jadik ketua kelas…esok tukar org lain pulak..
Maka keesokan harinya, cekgu bertanya: Siapakah ketua kelas…sumer org tunjuk kat Ijol..Adek bengang la..die kate Ijol jadi ketua kelas sehari je patutnye….last2 sekali Ijol pun jadi ketua kelas..adek still tak puas ati smpai sekarang…die kate Ijol tak layak sebenarnye..die nak jugak jadik ketua kelas..
Haha [gelak sorg2]…budak2 sekarang ni pun da gile jawatan…macam2..itu yang direbutnya..
Hehe [gelak lg]..itula…tp kan..kat sekolah agama..cekgu lantik adek jadik ketua kelas..
Fuyyo..cekgu lantik??
Haah..cekgu sekola agama ramai kenal die..
Aik! Cane leh kenal..?
Alah..ko bukan tak tau…Bang Wi punye adek..mestila cekgu kenal..
OOoo..
Bile cekgu lantik die jadik ketua kelas..ade pulak budak sabotaj die…curik songkok die..dah hilang songkok..
Haha [gelak kuat2]
Pastu die bgtau Bang Wi..Bang Wi marah die blk…Pastu time rehat mase adek nak beli kueh pon Bang Wi marah…die kate membazir duit je..
Haha [gelak tp sedih] garang sgt Bg Wi tu..
Yela..nurunkan ko..
Hehe..nak buat camne..keturunan..
Pas cekgu lantik die..Ijol pun menyendeng kat adek..die cakap kalu boleh die nak jadik penolong adek..pastu adek cakap jgn harap la nak jadik penolong aku [monolog dlm hati]..aritu mase ujian Ijol tiru adek..die kate nak tiru sikit je..tp last2 tiru semua..marah adek..tadi pulak mase kat sekolah..Ijol silap lagi..mase ustazah masuk ijol g cakap “alhamdulillah terima kasih ustazah!”..sepatutnya kene cakap “ assalamualikum ustazah..”
Haha..[gelak tak abes2]..budak2 zaman sekarang…Gi sekolah die bawak baper posen?
Singgit setengah..
Ha?! [nada tak puas hati]..ktorg dulu bawak 30posen je..
Itu zaman dulu2..zaman batu…[kena lg]..skrg ni karipap pon satu 35 sen..
Mak tengah buat ape??
Tengah buat karipap ngan Sanah…adek kan suke karipap..esok boleh buat bekal g sekola..
OOoo..ok…nnt kirim2 la kat sini…attach kat emel ke ape..
Yela..
Ok..bye..salam..
Rindu hatiku semakin bertambah..
Marilah pulang kepangkuan keluarga..
Ni ada lirik lagu kanak-kanak dulu..nyanyian Sidiq..dendangkanlah dikala teringat emak ayah di Malaysia..
Memancar sang suria
Menyinar cahayanya
Begitulah berseri
Wajah ummiku sayng
Aku sayang ummi
Ummiku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummiku sayang
Walaupun ummi letih
Mengasuh kami ini
Namum masih tersenyum
Menyejukkan hati
Aku sayang ummi
Ummiku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummiku sayang
Bila pulang sekolah
Ummi sambut kami
Sembahyang sama ummi
Alhamdulillah..
Aku sayang ummi
Ummiku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummiku sayang
Ummiku sayang kaulah serikandi
Berkorban selalu untuk kami
Ummiku sayang kau ibu mithali
Semoga Allah kan berkati
Aku sayang ummi
Ummiku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummiku sayang
Jan 16, 2008
Cerita Lagi..
Nabi Sulaiman a.s. (سليمان) merupakan anak Nabi Daud. Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya. Pernah mengadili perkara antara dua orang yang berselisih, iaitu antara pemilik kebun dan pemilik kambing.
Raja segala makhluk
Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan Israel. Beliau berkuasa bukan hanya ke atas manusia, namun juga atas binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua binatang
Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya dibuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga,
atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan, berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.
Kisah Sulaiman dengan Jin dan Binatang
Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja. Beliau juga memiliki berbagai-bagai keistimewaan, termasuk mampu berbicara, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.
Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya semua ini benar-benar satu anugerah yang nyata.”
Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya, beliau cuba mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud a.s bagi menyelesaikan perselisihan antara dua pihak, iaitu antara pemilik kebun dan pemilik kambing.
Walaupun ketika itu usianya masih muda, pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud memutuskan pemilik kambing supaya menyerahkan ternaknya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi disebabkan ternaknya memasuki dan merusakkan kebun itu. Sulaiman yang mendengar keputusan bapanya menyelanya: “Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah kambingnya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya. “Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada pemilik kambing untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya.” Pendapat yang dikemukakan Sulaiman disetujui kedua pihak. Malah khalayak ramai yang menyaksikan perbicaraan itu kagum dengan kebolehan beliau menyelesaikan perselisihan terbabit.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin tersebar dan ia juga sebagai bibit permulaan kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Namun, abangnya Absyalum tidak merelakan beliau melangkah lebih jauh dalam hiraki pemerintahan itu, malah mendakwa dia yang sepatutnya dilantik sebagai putera mahkota kerana Sulaiman masih muda dan tidak berpengalaman. Absyalum mahu mendapatkan takhta itu dari bapa dan adiknya. Justeru, dia mulai menunjukkan sikap baik terhadap rakyat, dengan segala masalah mereka ditangani sendiri dengan segera, membuatkan pengaruhnya semakin meluas.
Sampai satu ketika, Absyalum mengistiharkan dirinya sebagai raja, sekaligus merampas kekuasaan bapanya sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di kalangan Bani Israel. Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitul Maqdis, menyeberangi Sungai Jordan menuju ke Bukit Zaitun. Tindakannya itu semata-mata mahu mengelakkan pertumpahan darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki istana bapanya. Di Bukit Zaitun, Nabi Daud memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan Bailtul Maqdis daripada dimusnahkan anaknya yang durhaka itu. Allah segera memberi petunjuk kepada Nabi Daud, yaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum memulai peperangan itu, Nabi Daud berpesan kepada tentaranya supaya tidak membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap hidup-hidup. Bagaimanapun, kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati juga kerana dia mahu bertarung dengan tentara bapanya.
Kemudian, Nabi Daud kembali ke Baitul Maqdis dan menghabiskan sisa hidupnya selama 40 tahun di istana itu sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman. Kewafatan Nabi Daud memberikan kuasa penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani Israel berpandukan kebijaksanaan yang dianugerahkan Allah. Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi untuk dijadikan perkakasan.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya pada waktu petang, sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpan antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”
Ratu Balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman
Setelah membangunkan Baitul Muqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: "Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan..."
Firman Allah, bermaksud: "Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata; aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.
"Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah..."
Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman.
Dalam Al-Quran diceritakan: "Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?
"Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.
"Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga."
Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya.
Apabila Ratu Balqis tiba ditanya Sulaiman: "Seperti inikah singgahsanamu?" Dijawab Ratu Balqis: "Ya, memang sama apa yang seperti singgahsanaku" Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
Firman Allah yang bermaksud: Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu, dikiranya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya.
Berkatalah Sulaiman; "Sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca". Berkatalah Balqis; "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam."
Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.
Kewafatan Baginda
Kisah Sulaiman dan tentaranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.
Firman Allah: "Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan."
Sekadar cerita-cerita ketika exam. Terdetik sewaktu mendengar lagu Balqis:UNIC.Harap bermanfaat.
Allahua’lam.
Rujukan: sumber internet
Nota: Alhamdulillah, hari ni dah abes exam Farma. Baki Patho, Mikrob, dan Para. Entah apa la markah yang bakal keluar untuk Farma tu saya pun tak tahu. Nak kata jawab semua betul, ada juga tembak. Nak kata tembak semua, tak jugak. [ayat ni sama maksudnya]. Ini adalah sedikit coretan aktivi kami sepanjang minggu exam. Semalam, Iftar batch kami. Alhamdulillah. Menu sup ayam dan nasi. Chef:Hakim. Lepas azam Maghrib terus makan. Lepas tu sembahyang Maghrib berjemaah. Lepas sembahyang Maghrib, terus solat Hajat mohon dipermudah segala urusan kami dalam exam. Lepas tu sesi tazkirah. Semua orang kena bercakap. So, macam-macam la tazkirah yang dah dengar semalam. Harap semua tazkirah itu memberika kesan kepada saya dan kawan-kawan. Peringatan untuk diri yang selalu lupa..
Jan 11, 2008
Untukmu Hati 7
Adakah anda pernah terlintas untuk memperkatakan amal kebaikan anda di hadapan manusia?
Jika ada maka beristighfarlah. Anda tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa amal-amal aku hari ini sudah menjamin aku masuk ke dalam syurga Allah Taala. Berapa ramai manusia yang banyak amalnya tetapi diakhir kehidupannya melakukan maksiat dan dibalas neraka oleh Allah. Fikir-fikirkanlah...
Luna?
Pertama: Antara dua gambar tersebut, satu gambar tidak siap dilukis dan gambarnya telah digantikan dengan duit syiling satu Egyptian Pound berwarna kuning keemasan. (susah untuk bertemu syiling ini). Gambar yang terpampang di atas duit itu adalah seperti di bawah.
Ketiga: Sebenarnya kesemua warna itu adalah sama panjang. Saya sengaja merakamkan gambar dalam keadaan sudut menyendeng supaya warna-warna itu kelihatan tidak sama panjang. Hanya satu jawapan sahaja yang betul!! Bukti warna itu sama panjang seperti di bawah. (saya tidak mengubah posisi warna sebelum dan selepas)
Keempat: Sudah tentu yang ganjilnya warna putih sebab ia berada di antara warna jenama Swan. (saya terlupa untuk mengubah resolusi gambar ini dari SHQ 3072x2304 ke resolusi lebih rendah menyebabkan tulisannya mudah dibaca)
Kelima: Warna putih (Berdasarkan warna basic bagi Swan 12pcs seperti dalam gambar atau mana-mana jenama lain).Itulah sebabnya saya meminjam warna putih Faber Castell itu.
Keenam: Ye! Itulah periuk nasi yang telah hangit ketika saya menanak nasi sambil melukis Microb. Kepada ahli beyt maaf kerana tidak dapat memasak nasi goreng kerana separuh dari nasi itu telah ‘rentung’
Ketujuh: Kepada sesiapa yang betul-betul PRIHATIN DAN PEKA, soalan yang saya kemukakan silap kerana sepatutnya soalan berbunyi begini: JENAMA warna apakah yang paling bermutu dan best?
Oleh itu, saya menggugurkan soalan ini.
Selingan
Sewaktu di tadika dan sekolah rendah dahulu, saya tidak lupa untuk menuliskan ayat-ayat ini di atas setiap kotak warna yang baru saya beli.
“Alif.Lam.Lam.Ha! (baca sebagai Allah) sape mencuri die berdosa besar” atau
“ Jangan pinjam tanpa kebenaran” atau
“Tidak dibenarkan pinjam kecuali kawan baik sahaja”
Teringat kenangan dahulu…
Terima kasih kepada yang sudi menjawab soalan kanak-kanak tersebut. Semoga lebih teliti selepas ini. Hehe. Markah kira sendiri ye! Selamat menghadapi imtihan tengah tahun. Moga dipermudah segala urusan saya dan kalian.
Nota: Saya masih menanti entri terbaru yang sedang diedit di Malaysia dan juga entri baru dari India. Doakan semuanya lancar.
Jan 9, 2008
Swan dan Anaknya
Apakah perbezaan 2 gambar ini? Apakah benda itu?
Apakah yang berbeza?
Soalan 3
Jan 8, 2008
Kisah Anbiya'
Ini antara kisah-kisah nabi yang saya teringat untuk dimasukkan dalam entri kali ini.Kadang-kadang cerita-cerita begini kita terlepas pandang dan terlupa. Jadi kepada yang sudah tahu, kuatkanlah kembali ingatan anda tentang kisah ini dan kepada yang belum tahu, bacalah.
Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s. dirakamkan oleh Al-Quran dalam Surah Al-Kahfi ayat 66-82. Menurut Ibn `Abbas, Ubai bin Ka’ab menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya pada suatu hari, Nabi Musa berdiri di khalayak Bani Israel lalu baginda ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?” Jawab Nabi Musa, “Aku.” Lalu Allah SWT. menegur Nabi Musa a.s. dengan firman Nya, “Sesungguhnya di sisi Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua buah lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.”
Lantas Nabi Musa pun bertanya, “Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya?” Allah pun berfirman, “Bawalah bersama-sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hamba Ku itu.” Sesungguhnya teguran daripada Allah itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa a.s. untuk menemui hamba yang soleh itu. Di samping itu, Nabi Musa juga ingin sekali mempelajari ilmu dari Hamba Allah tersebut. Nabi Musa kemudiannya menunaikan perintah Allah itu dengan membawa ikan di dalam sangkar dan berangkat bersama-sama pembantunya yang juga merupakan murid dan pembantunya, Yusya’ bin Nun ibn Ifra’im ibn Yusuf a.s. Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu lalu kemudiannya berhenti untuk beristirehat setelah berjalan cukup jauh. Ikan yang berada di dalam sangkar itu tiba-tiba meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air. Allah SWT membuatkan aliran air untuk memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` terpegun memerhatikan kebesaran Allah menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.
Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, beliau tertidur dan ketika terjaga, beliau lupa untuk menceritakannya kepada Nabi Musa a.s. Mereka kemudiannya meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada keesokan paginya, Nabi Musa berkata kepada Yusya`
“Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini.” (Surah Al-Kahfi : 62)
Ibn `Abbas berkata, “Nabi Musa sebenarnya tidak merasa letih sehingga baginda melewati tempat yang diperintahkan oleh Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu.” Yusya’ berkata kepada Nabi Musa,
“Tahukah guru bahwa ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak lain yang membuat aku lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu kembali masuk kedalam laut itu dengan cara yang amat aneh." (Surah Al-Kahfi : 63)
Nabi Musa segera teringat sesuatu, bahawa mereka sebenarnya sudah menemukan tempat pertemuan dengan hamba Allah yang sedang dicarinya tersebut. Kini, kedua-dua mereka berbalik arah untuk kembali ke tempat tersebut iaitu di batu yang menjadi tempat persinggahan mereka sebelumnya, tempat bertemunya dua buah lautan. Musa berkata, “Itulah tempat yang kita cari.”
Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. (Surah Al-Kahfi : 64)
Terdapat banyak pendapat tentang tempat pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Khidir a.s. Ada yang mengatakan bahawa tempat tersebut adalah pertemuan Laut Romawi dengan Parsia iaitu tempat bertemunya Laut Merah dengan Laut Hindi. Pendapat yang lain mengatakan bahawa lautan tersebut terletak di tempat pertemuan antara Laut Roma dengan Lautan Atlantik. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahwa lautan tersebut terletak di sebuah tempat yang bernama Ras Muhammad iaitu antara Teluk Suez dengan Teluk `Aqabah di Laut Merah.
Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam kepadanya. Nabi Khidir menjawab salamnya dan bertanya, “Dari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan? Siapakah kamu” Jawab Nabi Musa, “Aku adalah Musa.” Nabi Khidir bertanya lagi, “Musa dari Bani Israel?” Nabi Musa menjawab, “Ya. Aku datang menemui tuan supaya tuan dapat mengajarkan sebagian ilmu dan kebijaksanaan yang telah diajarkan kepada tuan.”
Nabi Khidir menegaskan, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku.” (Surah Al-Kahfi : 67)
“Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu kurnia dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya.” Nabi Musa seterusnya berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun.” (Surah Al-Kahfi : 69)
Nabi Khidir selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” (Surah Al-Kahfi : 70)
Demikianlah seterusnya Nabi Musa a.s. mengikuti Nabi Khidir dan terjadilah beberapa peristiwa yang menguji diri Nabi Musa a.s. yang telah berjanji bahawa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu tindakan diambil oleh Nabi Khidir. Setiap tindakan Nabi Khidir a.s. itu dianggap aneh dan membuat Nabi Musa terperanjat. Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khidir menghancurkan perahu yang ditumpanginya mereka bersama. Nabi Musa tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya kepada Nabi Khidir. Nabi Khidir memperingatkan janji Nabi Musa, dan akhirnya Nabi Musa meminta maaf kerana kelancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap tindakan Nabi Khidir.
Selanjutnya setelah mereka sampai di suatu daratan, Nabi Khidir membunuh seorang anak yang sedang bermain dengan kawan-kawannnya. Peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa tidak mahu untuk menanyakan hal tersebut kepada Nabi Khidir. Nabi Khidir kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap segala sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Khidir, jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela untuk tidak mengikuti perjalanan bersama Nabi Khidir.
Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai disuatu wilayah perumahan. Mereka kelelahan dan hendak meminta bantuan kepada penduduk sekitar. Namun sikap penduduk sekitar tidak bersahabat dan tidak mahu menerima kehadiran mereka, hal ini membuat Nabi Musa merasa kesal terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh penduduk, Nabi Khidir malah menyuruh Nabi Musa untuk bersama-samanya memperbaiki tembok suatu rumah yang rusak di daerah tersebut. Nabi Musa tidak kuasa kembali untuk bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini yang membantu memperbaiki tembok rumah setelah penduduk menzalimi mereka. Akhirnya Nabi Khidir menegaskan pada Nabi Musa bahwa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa untuk menjadi muridnya dan Nabi Musa tidak diperkenankan untuk terus melanjutkan perjalannya bersama dengan Nabi Khidir.
Selanjutnya Nabi Khidir menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa bertanya. Kejadian pertama adalah Nabi Khidir menghancurkan perahu yang mereka tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu miliki rakyatnya.
Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahwa beliau membunuh seorang anak karena kedua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat mendorong bapa dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur. Kematian anak ini digantikan dengan anak yang soleh dan lebih mengasihi kedua bapaibunya hingga ke anak cucunya.
Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan bahwa rumah yang dinding diperbaiki itu adalah milik dua orang kakak beradik yatim yang tinggal dikota tersebut. Didalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah kedua kakak beradik telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang shalih. Jika tembok rumah tersebut runtuh, maka sudah pasti harta yang tersimpan tersebut akan ditemukan oleh orang-orang di kota itu yang sebagian besar masih menyembah berhala, sedangkan kedua kakak beradik tersebut masih cukup kecil untuk dapat mengelola peninggalan harta ayahnya. Dipercaya tempat tersebut berada di negeri Antakiyah (Antiokh, Turki)
Akhirnya Nabi Musa as. sadar hikmah dari setiap perbuatan yang telah dikerjakan Nabi Khidir. Akhirya Nabi Musa faham dan merasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang soleh yang dapat mengajarkan kepadanya ilmu yang tidak dapat dituntut atau dipelajari yaitu ilmu ladunni. Ilmu ini diberikan oleh Allah SWT kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khidir yang bertindak sebagai seorang guru banyak memberikan nasihat dan menyampaikan ilmu sepertri yang diminta oleh Nabi Musa as. dan Nabi Musa menerima nasihat tersebut dengan penuh rasa gembira.
Ketika mereka di dalam perahu yang ditumpangi, datanglah seekor burung lalu hinggap di hujung perahu itu. Burung itu meneguk air dengan paruhnya, lalu Nabi Khidir berkata, “Ilmuku dan ilmumu tidak berbanding dengan ilmu Allah, Ilmu Allah tidak akan pernah berkurang seperti air laut ini kerana diteguk sedikit airnya oleh burung ini.”
Sebelum berpisah, Nabi Khidir berpesan kepada Nabi Musa as.
“Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa.
Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan.
Janganlah pula apabila kamu melakukan kehilafan, berputus asa dengan kehilafan yang telah dilakukan itu.
Menangislah disebabkan kehilafan yang kamu lakukan, wahai Ibn `Imran.”
Dari kisah Nabi Khidir ini kita dapat mengambil pelajaran penting. Diantaranya adalah Ilmu merupakan kurnia Allah SWT, tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengklaim bahwa dirinya lebih berilmu dibanding yang lainnya. Hal ini kerana ada ilmu yang merupakan anugerah dari Allah SWT yang diberikan kepada seseorang tanpa harus mempelajarinya (Ilmu Ladunni, iaitu ilmu yang dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang soleh dan terpilih)
Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan kebijaksanaan dari setiap peristiwa yang dialami. Hikmah ketiga adalah setiap murid harus memelihara adab dengan gurunya. Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan seorang guru dari awal hingga akhir sebelum nantinya dapat bertindak di luar perintah dari guru. Kisah Nabi Khidir ini juga menunjukan bahawa Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa kepada guru.
Allahua'lam
Jan 7, 2008
Aura 4249 KemBaLi!!
Adek kan sayang Bang Wi
Sebelum Kak Long berlepas [KLIA]
Blur!
Jan 4, 2008
ReUniTeD!
Alhamdulillah. Reunited! Tajuk entry kali ini. Sebab apa? Kami kembali bersatu semalam. Iftar Jamaei menjelang exam. Dan ia telah mengembalikan kenangan di tahun 2 bersama ahli-ahli rumah seramai 7 orang. 4 ahli tetap dan 3 ahli bersekutu. Ahli baru yang telah memenuhi ruang bilikku selama beberapa bulan. Kasihan. Maaf atas segala kesulitan yang kalian hadapi selama beberapa purnama menginap di rumah kami khususnya di bilikku. Apabila bulan 3 yang lalu menjelma, ahli-ahli bersekutu telah pergi meninggalkan kami. Meninggalkan istana kami lalu berpindah ke istana baru. Tidak mahu menjadi parasit katanya. Mungkin itu yang terbaik untuk kalian. Pergilah mencari pengalaman baru. Apa-apa pun kenangan ku bersama pasti takkan ku lupakan. Moga persahabatan semakin erat dan ukhuwwah semakin mantap.
Moga hati-hati ini dikumpulkan& disatukan ikhlas kerana Allah
-----------
Selamat bersekolah adek!!
Adek: Abang! Adek dah sekolah.
Abang adek: Owh! Yeke. Best tak sekolah?
Adek: Best! Adek pakai baju baru. Kasut baru. Emmm...Dah la..adek tak nak cakap ngan abang lagi.
Abang adek: Erkk! Nape?
Adek: Mak! Ada orang nak cakap ngan mak.. [suara kedengaran dari jauh]
Abang adek: Aik. Tak sempat nak interview dah panggil org lain? Adek dok sebelah sape dalam kelas?
Emak adek: Sape lagi? Sebelah Ijol la.
Abang adek: Ooooo. Ok tak die sekolah? Tak buat hal?
Emak: Ok je. Esok die ade ujian. Nak tentukan kedudukan kumpulan. Tu tengah blaja ngan Bang Wi.Ba hantar pastu die gi la sendiri ngan Bang Wi.
Abang adek: Ok. Suh die belajar betul-betul.
Kenapa awak menangis? Kite kan ade..
Kite nak susu! Wawa...wa..wa..
Rotan die cekgu. Dielah yang tumbuk saya tadi
Kamu diam. Nanti saya rotan kamu sekali.
Ketika abang itu berborak dengan adiknya sebelum tidur:
Abang adek: Adek sayang kat Bowi tak?
Adek: Tak ah! Bowi selalu marah adek.
Abang adek: Adek degil. Tu sebab Bowi marah.
Adek: Alah. Adek degil kadang-kadang je. Bowi tu selalu cari gaduh ngan adek.
Abang adek: Adek selalu tengok tv ngan main game. Mang Bowi marah. Cube bace buku. Mesti Bowi tak marah. Nak tanye ni. Sape kawan baik adek?
Adek: Alah! Kawan baik adek Bowi la.
Abang adek: Aik! Tadi kate tak sayang Bowi.
Adek: Sebenarnya adek sayang die. Walaupun die selalu marah adek, adek tetap sayang die. Adek kan dah takde kawan lain kat rumah ni. Lagi satu, Bowi dah tau semua rahsia adek. Kalau gaduh nanti abesla die bgtau orang lain rahsia adek.
Abang adek: ooooo.Hehe. Sayang jugak eh. Bagitau Bowi eh?
Adek: Jangan! Ni rahsia kite. Nanti Bowi perasan lak.
Abang adek: Ok2.
Moga dikau dipermudahkan dalam segala urusan menuntut ilmu. Moga kejayaan menjadi milik kita semua. Ketahuilah bahawa walaupun kalian jauh, doaku untuk kalian sentiasa mengiringi hela nafasku. Ya Rabb! Kuatkanlah ikatan keluarga ini.
Adek kan sayang Bowi
Exam Mode
TQ Mr Cool kerana sudi menemani saya melukis Patho
Jan 1, 2008
Dialah Lelaki, Dialah Perempuan
Just nak berkongsi pengalaman dan beberapa peringatan untuk renungan. Alhamdulillah, semalam kami telah mengadakan mesyuarat rumah untuk kali pertama untuk sesi pengajian baru 2007/2008. Tujuan untuk menyusun kembali perancangan-perancangan rumah, teknikal dan segala perkara berkaitan dengan kebajikan kami. Dan yang paling penting, semalam juga merupakan sesi muhasabah kami. Sebenarnya sebelum itu, saya ada mendapat teguran dari seorang kawan berkenaan dengan kelewatan datang ke kuliah. Jadi setelah diselidiki, sebenarnya kami memang ada satu masalah yang perlu dibaiki. Masalah disiplin. Ketepatan waktu ke kuliah yang semakin merosot dan adakalanya berlubang-lubang. Adakalanya? Sesuai ke ayat ini? Atau ayat ini lebih sesuai; selalunya? Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana menegur tentang perkara tersebut walaupun sebenarnya kalau nak diikutkan apalah sangat teguran sebegitu. Mungkin itu pandangan orang yang tidak mahu menilai. Sekurang-kurangnya bagi saya dalam batch kami masih ada lagi orang yang prihatin. Ada lagi orang yang mahu orang lain berjaya bersama-sama mereka. Ada lagi orang yang resah melihat orang lain tidak berdisiplin. Maka terima kepada semua yang prihatin dan mengambil berat sesama batch kita.
Saya teringat kata-kata yang Pakcik Muhamat ungkapkan malam tadi: “ Masa belajar ni kita kena la bersama-sama. Tolong-menolong. Belajar tu jangan sorok-sorok. Tak nak kongsi dengan orang lain. Tolong junior-junior. Pakcik seronok sangat tengok batch kamu ni. Masih lagi bersama. Bersatu padu. Pakcik harap batch yang lain pun macam ni jugak”
Ini mafhum kalam dari pakcik. Bukanlah sebiji-sebiji saya ambil. Bila dengar sahaja kata-kata pakcik tersebut saya terfikir. Betul ke batch kami ni bersatu padu dan berkerjasama? Last sekali bila saya fikir balik, memang betul. Kalau tak semua memberikan kerjasama pun, masih ada lagi segelintir yang menjaga perpaduan ini. Masih ada lagi yang tahu kepentingan kebersamaan dan nilai persahabatan. Maka benarlah kata pakcik itu. Maka ingin saya benarkan sekali lagi kata-kata itu dengan kejadian yang telah berlaku. Renungi ayat Allah ini:
“Dan bertolong-tolonganlah kamu di atas perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolongan di atas perkara dosa dan permusuhan.”
Dan dipetik dari satu hadis nabi yang saya hafal ketika di Tingkatan 1:
“ Tidak beriman seseorang dari kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sepertimana dia cinta kepada dirinya sendiri” [Mafhum Hadis]
Sambung balik cerita mesyuarat tadi. Maka setelah sesi muhasabah itu berakhir maka diputuskan beberapa perkara untuk ditingkatkan dan dilaksanakan. Pertama, setiap orang ada couple yang perlu dijaga. Maksud saya bukan antara lelaki dan perempuan. Saya bercouple dengan Hakim. Akhirnya, saya bercouple juga. Apakah tugas couple ini? Kena jaga solat, kesihatan, pelajaran, kuliah, studi dan kebajikan lain tentang sahabatnya itu. Jika lalai, maka ditegur. Jika sakit, maka diberikan ubat. Jika masuk waktu solat, kejut dan ajak ke masjid. Jika main game, maka join sekali la. Boleh ke camni?
‘..dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal disisi Allah ia adalah besar’ [Surah An-Nur:15]
Nota: Tajuk entry ini saya ambil dari petikan kata-kata pakcik. Mungkin saya dan Akim sahaja yang faham. Saya sedang sakit kepala. Penyakit yang saya warisi dari emak. Doakan kesihatan saya.




