Tazkirah selepas solat Subuh pagi tadi. Cerita perkongsian bersama. Taubat hamba. Bagaimana Allah begitu gembira dengan taubat hambanya. (rujuk entri saya di awal-awal). Mungkin ada yang pernah mendengarnya. Semoga menjadi ulangan dan melekat dalam hati.
Kisah seorang pengembara bersama binatang tunggangannya di tengah padang pasir. Tunggangan itu membawa segala kelengkapan miliknya termasuklah makanan dan minuman yang diperlukan untuk menghadapi kepanasan padang pasir itu. Tiba di suatu tempat, beliau berhenti untuk berehat lalu tertidur. Sedar sahaja dari tidur, beliau dapati binatang tunggangan itu telah hilang. Beliau berasa amat-amat sedih dan membayangkan kematiannya di tengah-tengah kepanasan padang pasir yg kering-kontang itu. Beliau berdoa supaya Allah mengembalikan semula tunggangan itu. Dengan izin Allah, dari jauh beliau melihat tunggangannya kembali berserta dengan bekalannya. Beliau terlalu gembira dan seronok sekali sehingga berkata: "Wahai Tuhan! Kau hambaku, dan aku tuhanMu." Lihatlah betapa hamba ini terlalu gembira sehingga tersilap mengucapkan kata-katanya. Ketahuilah bahawa Allah Taala lebih-lebih lagi gembira dengan taubat hambaNya berbanding kegembiraan hamba yg kehilangan tunggangan lalu menjumpainya kembali. Kenapa bertangguh lagi untuk bertaubat?
Tazkirah Subuh di Masjid Ghazali diakhiri dengan doa.. Moga taubat kita diterima Allah.
Apa salah beliau?
Nota: Saya normal! Apa yg abnormalnya?


0 mesej:
Post a Comment