Jika ketika ini anda masih lagi bermain, ingatlah bahawa nyawa anda sedikit pun tidak berharga jika anda dijemput Izrael ketika bermain. Jika hari ini anda masih sebuk membeli belah, ingatlah bahawa duit yang anda habiskan untuk membeli barangan duniawi itu sedikit pun tidak dapat memberatkan pahala anda. Jika hari ini anda masih lagi sebuk bercerita tentang artis-artis, ingatlah bahawa cerita-cerita anda itu sedikit pun tidak akan melembutkan hati-hati anda. Jika hari ini anda masih lagi mengumpat, ingatlah berapa banyak daging-daging saudara yang telah anda ratah untuk sekian kalinya? Jika hari ini masa anda banyak dihabiskan di hadapan komputer atau televisyen melayan filem, anime dan seumpamanya, ingatlah apabila anda mati kelak, semua amanah masa itu akan dipersoalkan oleh Allah. Mari bermuhasabah kembali, dimanakah diri kita sekarang ini?
Apa yang telah kita buat? Cukupkah sekadar meletakkan link-link tentang Palestin di status YM kita sedangkan kita sedikit pun tidak menjiwai tentang Palestin?Bahkan tidak tahu pun sebenarnya. Sekadar terikut-ikut dengan orang lain. Cukupkah sekadar penulisan di atas kertas yang akhirnya tidak dibaca dan dikoyakkan begitu sahaja? Cukupkah sekadar solat Hajat yang dibuat hanya ketika isu ini hangat diperkatakan? Cukup jugakah ceramah-ceramah untuk memberikan semangat kepada kita dan akhirnya semangat itu hilang apabila kita tidak diberi peringatan? Cukupkah dengan menampal peta Masjidil Aqsa di dinding-dinding bilik? Cukupkah dengan melihat klip-klip penderitaan mereka di dalam laman-laman web? Cukupkah dengan melihat gambar-gambar penderitaan mereka untuk sama-sama merasai penderitaan mereka?
Sempat tadi saya melawat pameran persatuan pelajar Ikhwan Muslimin, Usratul Adawa di universiti. Alhamdulillah, mereka ini antara golongan yang berusaha memberi kesedaran dan bersemangat menjalankan kegiatan yang boleh memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar diuniversiti tentang Isu Palestin. Minggu lepas sahaja beberapa demonstrasi aman telah diadakan di beberapa universiti. Mereka turut mengambil kesempatan untuk mengedarkan risalah-risalah di dewan-dewan kuliah serta mengamanahkan beberapa ahli mereka untuk menyampaikan tazkirah di dewan-dewan kuliah. Mungkin ini antara kegiatan yang mungkin kurang kita dapat lihat jika berada di tanah air. Sewaktu di pameran tadi, saya tertarik dengan satu lukisan yang membawa seribu maksud yang tersirat di sebaliknya. Gambar ular bertaring yang melingkar berlatarbelakangkan bendera Israel, seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopi melambangkan pimpinanUS, dan muka orang Arab yang berbentuk bola di bawah gambar lelaki US. Apa yang tersiratnya tidak mahu saya nyatakan di sini. Anda pergilah sendiri untuk melihatnya. Masa pameran dari pagi hingga ke petang. Esok masih ada lagi harapnya. Turut diselitkan gambar para Syuhada Palestin. Sheikh Ahmad Yasin, Dr Rantisi, Yahya Ayyash serta beberapa lagi pimpinan Briged Qassam dan Hamas. Ada juga tayangan ceramah Amru Khalid dan klip-klip tentang Palestin.
http://www.palestinkini.info/
http://www.palestine-info.info/
http://www.amanpalestin.com/
Nota: Saya tak sabar untuk menunggu Malam Air Mata Palestin yang akan diadakan Khamis ini. Moga usaha ikhwah dan akhawat dipermudahkan dan diberi ganjaran oleh Allah. Moga impian ini akan menjadi realiti..





0 mesej:
Post a Comment