Showing posts with label assuhubada_famili. Show all posts
Showing posts with label assuhubada_famili. Show all posts

May 11, 2008

Jasamu Tak Ternilai...

Hari ini hari Ibu. Marilah mengucapkan selamat hari ibu kepada mak, ibu, mama, umi masing-masing.. Kerna jasamu tak ternilai…

SELAMAT HARI IBU

Moga Allah panjangkan umur kamu..
Dimurahkan rezeki kamu dan diberkati hidup kamu..
Moga segala jasamu dibalas syurga abadi..
Terima kasih atas pengorbananmu selama ini..
Maafkan dosa kesalahan kami..
Sayang kamu selalu..

Daripada: Kak Long, Bangah, Bunas, Busan, Raop, Alawi

Senyum-senyum selalu kerna senyumanmu menawan hatiku,
Hatiku tersenyum selalu bila terkenang senyumanmu…

Sedih..sedih.. saya nak balik Malaysia! Rindu semua..



Nota: Semalam dan hari ini sakit perut.
Seluar di jemuran telah dinajiskan oleh burung tadi..Sabar jela..

Mar 24, 2008

Al-Fatihah

Semalam sewaktu melangkah keluar dari kelas Patho telefon saya berdering. Nombor yang saya tak kenali. Rupe2nye mak. Saja bertanya khabar. Sebelum ni saya dah hantar msg bgtau nak telefon Malaysia, but tergendala sebab masalah internet.

Dan semalam juga saya dapat satu berita sedih. Tentang pemergian seorang jiran saya yang tinggal hanya selang sebuah rumah dari rumah lama saya. Makcik yang panggilan mesranya Cik Munah. Kembali ke rahmatullah pada hari Khamis lepas. Lambat berita itu sampai kepada saya. Al-Fatihah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan mengurniakan syurga kepadanya dan digolongkan bersama para mukminin. Sedihnya saya sebab tahu berita tersebut agak lewat. Walhal setiap hari saya berchatting dgn adek saya di Malaysia. Terasa pemergiannya kerana beliau agak rapat dengan famili saya. Suaminya, mesra dengan panggilan Pakcik Bujang telah pun kembali dijemput Ilahi ketika saya baru sahaja sepuluh hari meninggalkan tanah air, 3 tahun lalu. Terkejut saya dgn berita itu. Sebelum saya fly tempoh hari, dia datang ke rumah dan memberi bungkusan satay kepada saya. Pemberian terakhir dari beliau dan pertemuan terakhir juga sebelum pemergiannya. (beliau tokey satay terkenal di daerah saya) Banyak jasa mereka kepada famili saya. Sewaktu zaman sekolah dahulu, mereka lah yang bersusah payah menjemput kami pulang dari sekolah. Anak beliau kawan saya yang agak rapat walaupun kami berlainan umur. Tak sangka pula sewaktu saya bertemu dan bersembang dengan Cik Munah semasa cuti lepas merupakan pertemuan kami yang terakhir. Mudah-mudahan segala jasa baik mereka kepada famili saya Allah ganjarkan dengan pahala dan syurga. Al-Baqou Lillah…kita akan menyusul esok, lusa. Berusaha untuk mengumpul bekalan menempuh hari-hari yg pasti itu..

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka. Berikan kekuatan kepada anak-anak mereka untuk meneruskan kehidupan ini. Tabahkan hati-hati mereka”

Nota: Telah menyebabkan seseorang terasa hati dengan saya. Perkara yg amat-amat saya takuti. Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Semoga dapat ku sampaikan perkara tersebut dengan jelas dan tidak mengguris hatinya.

Jan 7, 2008

Aura 4249 KemBaLi!!

Selamat Hari Lahir ke 7 adek!
Moga adek panjang umur dan dimurahkan rezki.
Dipermudahkan segala urusan dan yang paling penting menjadi anak soleh kepada mak dan baba dan adek yang baik kepada kami semua.
Adeklah permata kepada kami.
Sori, lambat update. Kalau update awal-awal pun adek bukan reti buka blog ni dan baca.
Mungkin masa baca blog ini nanti adek dan besar dan abang & kakak dah berkerja. Itupun kalau dipanjangkan umur kami.
Ini gambar-gambar adek yang sempat disnap secara sengaja dan tak sengaja masa balik tempoh hari.
Khas untukmu!
7 years old [5hb Jan 2001]
Pinjam spek jap. Nak tangkap gambar

Adek kan sayang Bang Wi

Sebelum Kak Long berlepas [KLIA]

Blur!

Gigi adek dah sedekah kat Sponge Bob
Aura 4249 Kembali!
Daripada:
BAba, Emak, Kak Long, BAngah, Bunas, Sanah & Bowi