Moga sehat2 selalu. Entri kali ini tentang perjalanan ke tempat-tempat yang telah aku lawati pada Winter Break 2008 yang lalu. Dalam entri kali ni aku malas nak buat ayat-ayat skema SPM Bahasa Melayu. Tetapi aku akan selitkan jugak ayat skema sebab mak ayah dan adek2 ku bace blog ni. Maklumlah anak cikgu BM. Kang kalu tak ikut tatabahasa yang betul, kena marah pulak. Jadi kalau ade yang rojak-rojak tu mintak halal ok.
Bermulanya planning untuk aku ke Jordan adalah ketika aku di Alex, pada winter Break 2007. Plan dengan sorang kawan ni nak gi jalan-jalan time winter break 2008. Sekali bile dah tibe masanya, beliau pula ade urusan. Maklumlah, orang-orang penting Alex. Jadiknya, aku pun join beberapa orang kawan yang telah merancang perjalanan mereka sebulan sebelum itu. Aku namakan mereka 86,88 dan 87/4. Jadi, kami hanya berempat sahaja untuk perjalanan kali ini. Dan pesanan untuk semua, 4 orang memang sangat ideal untuk merantau dan berjalan-jalan. Sebab apa? Nanti dalam cerita-cerita di hadapan korg akan tau.
Menetas Desa!!
Beberapa jam sebelum bertolak, aku menduduki peperiksaan pertengahan tahun untuk paper terakhir iaitu, Microbiology. Habis sahaja exam, terus bergegas pulang ke rumah untuk mengejar bas pada pukul 330 ptg. Sebelum itu, emak menelefon aku. Seperti biasa, cerita-cerita hangat dari adek akan keluar. Kali ni pasal menetas desa! Aku pun tertanya-tanya apakah menetas desa itu?
Esok adek masuk menetas desa
Menetas desa? Apakah?
Haah..menetas desa…siap lalu dalam kebun kelapa sawit…sebenarnye die nak cakap merentas desa, silap dengar agaknye..
Haha!
Jadi, menetas desa itu adalah merentas desa (cerita keputusan menetas bersambung selepas ini).
Naik bas buruk?
Kami bertolak dari rumah pada pukul 330 petang. Tiba di tempat yang ditetapkan pada pukul 345ptg. Tengok je bas semua terus down!
Ini ke bas yang nak bawak gi Nuweiba?
Bas ni boleh smpai ke?
Aku rase baik kite balik rumah je….kang bas ni rosak tgh jln naye je..
Aku rase tak sedap atila..nak patah blk tak?
Itu antara keluhan kami sewaktu tiba di situ. Keadaan bas sangat daif. Bas buruk. Kerusi sempit. Bau asap enjin dan asap rokok orang Arab bersilih ganti. Dipenuhi oleh arab dengan beg-beg yang besar. Hampir ditipu sewaktu meletakkan barang di tempat barang. (arab nak baksyis yang tak masuk akal & kami bergaduh dengan beliau). Walaupun banyak keluhan, perjalanan tetap kami teruskan. Katenye nak adventure. Takkan tak jalan lg da patah blk kan?
Sepatutnya jadual perjalanan pada pukul 4 ptg. Tetapi disebabkan masalah yang tidak diketahui sebabnya, kami bertolak pada pukul 510 ptg. Perjalanan ke Nuweiba dari Mansurah melalui jalan Mansurah-Zagaziq-Suez-Aqabah.
Pada pukul 845 malam, kami berhenti di suatu hentian sebelum memasuki terowong di bawah Terusan Suez. Kesempatan itu diambil untuk mengisi perut dengan makanan yang telah disediakan oleh 87/4. Menu: Nasi puteh, ayam goreng, sambal. Kemudian kami menunaikan solat Jama Taakhir, Maghrib dan Isya.
Boring dan bosan
Perjalanan menggunakan bas amat memboringkan serta membosankan. Aktiviti yang paling best dilakukan adalah tidur. Tak pun, tengok luar tingkap sambil mengelamun dan memikirkan masa depan. Sepanjang perjalanan, kami melalui 3 cek-point(taftish) polis dan sebanyak itu jugalah passport kami diperiksa. Pada pukul 150 pagi, kami selamat tiba di Port Nuweiba. Perjalanan dari Mansurah-Nuweiba mengambil masa lebih kurang 8 jam setengah. Setelah mengambil beg masing-masing, kami terus ke tempat menunggu yang disediakan untuk berehat. Sejam selepas itu, kami dipanggil untuk memasuki Imigresen.
Sebenarnya, apabila mula mejejaki kaki memasuki imigresen ini, sebenarnya kami telah menjejakkan kaki ke dalam waktu masa yang sangat2 membosankan. Dikhabarkan bahawa, kapal kami ada setiap 2 jam (maklumat dari ejen). Masing-masing sudah membayangkan yang kami akan menjejakkan kaki di tanah Jordan sekitar jam 12 tengahhari. Sementara menunggu kapal, kami menunaikan solat Subuh di masjid yang disediakan. Selepas solat, kami makan baki makanan malam tadi dan bergambar kenangan.(sila ambil perhatian ttg gambar2 kenangan dalam pos2 selepas ini. Ada peristiwa menyedihkan berlaku)
930 pagi: Kami still di Nuweiba lagi. Bosan menunggu untuk cek-in ke ruang legar tempat menunggu kapal. Suddenly, dapat mesej dari Sanah yg berbunyi:
“Dgn ini diumumkan bahawsenye adek telah memenangi pertandingan menetas desa!! Siap dpt piala lg”
Reply: “dpt no baper?”
“Nombol 5!! Adek bjaye mengalahkan bdk2 derjah 2. tp mase adek tgh belari td adek berase penat nak mapuh.macam nak pengsan pon ade.muke adek dah tak mcm muke org dah…kate adekku lg..”
Mesej ni menghilangkan sebentar kebosanan tersebut. Untuk masuk ke tempat menunggu kapal, amatlah seksa sekali. Arab yang bajet skema telah menggunakan kuasa beliau untuk menghalang orang masuk sesuka hati. Dahlah beribu-ribu orang menunggu kat situ. Silalah lebih sistematik dan beradab sikit terhadap org2 luar macam kami. Antara destinasi yang dituju dari Nuweiba ialah Jordan, Saudi dan Kuwait. Paling ramai adalah ke Saudi.
86, kucing dan lalat
10 pgi: Kami dah masuk ruang menunggu. Dipenuhi kerusi kayu yang sudah usang dan patah dan bertemankan ratusan manusia. Pelbagai bau. Pelbagai warna. Pelbagai bangsa. Turut diserikan dengan ribuan lalat-lalat jinak dan kucing-kucing. Disebabkan terlalu lama menunggu di luar, semua tertidur di atas kerusi. 86 tidur di satu kerusi yang agak berjauhan. Sementara mahu terlena, terdengar juga bunyi pegawai arab yang marah-marah, bertekak, menjerit terlolong-lolong dan bergaduh dengan orang-orang yang menunggu bersama kami. Teruskan tidur! Jangan dilayan itu semua. Duniawi je tu.(memetik kata2 86)
Waktu tengah tidur tetibe terjaga. Terasa ada bende merayap2 atas muke. Halau-halau ia kembali. Ditampar muka, aku yg rasa sakit. Hati membentak.
Siot punye lalat! Kecik2 tak gi sekolah ke?
Terpaling ke arah 86 yang sedang nyenyak tidur.Loh! lagi dahsyat rupenye. Siap ade sekor anak kucing dok atas badan die. Main-main dengan ekornya. 86 lansung tak sedar!! Tido mati. Memang penat kot 86 ni. Jadi, aku membiarkan tidur beliau dengan kucingnya.
1155: Tanye arab bila kapal nak datang. Terlalu bosan. Hobi baru. Membilang manusia kat situ. Sekerat jalan berenti sebab ngantuk. Then, 215 ptg, takde kapal lagi. Arghh!! Nak tido balik. Tapi, tak solat. Terus wudu’ ditandas yang sangat ‘bersih’ dan sembahyang di khalayak ramai dengan sejadah 87/4. Sesudah sembahyang, bermesej-mesejan dengan famili.
Pemandangan Port Nuweiba
Setengah hari menunggu!
Tepat jam 510 petang, barulah duduk atas seat kapal. Lupe bgtau. Kapal yang kami naik dinamakan Sarei3@ launch (beh kurg camni la bunyinye. Harga 60USD) Akhirnya!! Setelah berjam-jam menunggu. Hampir setengah hari!! Bajet nak duduk tepi tingkap, tapi dah ramai sangat orang. Duduk jela mane-mane yang kosong. Suasana: Senja. Jam 545 mlm barulah kapal bergerak meninggalkan pelabuhan Nuweiba. Sewaktu dalam kapal, aku tengok ramai orang beratur. Ingatkan diorg takde seat. Rupe-rupenye beratur sebab nak dapatkan visa Jordan So, aku join la beratur sekali ngan diorg walaupun dah letih sangat sebenarnya. Pas bagi passport kami berempat pegawai imigresen dalam kapal tu tanye…
Ila wen?
Apahal when plak ni? (dlm ati)
Errrrr….Urdun…(bantai je)
Aiwah! Wen fi Urdun?
Irbit (baca dgn huruf ‘tho’)
Irbit?
Aiwah…
wen Irbit?
Aik salah jwb lg ke? Takkan die pon tatau Irbit kat mane? Die kan org Joden (paling ke arah 87/4 smbil buat muke tak bersalah)
Irbit..irbit..irbit..enta mush arif?Irbit fil Urdun.. Tas’al zamilak..
Irbid! kate sorg lg pegawai ( bace ngan huruf ‘dal’)
Aiwahh!! Irbid…( huruf ‘dal’ rupenye..hehe)
(Angkat bahu, tgk 87/4 dan buat muke blur lg)
Lepas dapat kertas (kupon utk dapatkan visa di pelabuhan nnt), kami balik ke kerusi dan sambung tidur. Sebelum tu sempat tukar duit Jordan Dinar (JD) sebanyak 22JD. Juga sempat mengambil laptop yang dikirim oleh seorang rakan di Kaherah sewaktu bertemu rakan tahun 2, Amar di pelabuhan tadi. Laptop itu untuk dikirim ke Irbid.
Tiba di pelabuhan Aqabah, Jordan pada pukul 730 malam. Bagusnya time ni, orang-orang asing@ foreigner diminta keluar dahulu supaya tak berebut ngan org Arab. Alhamdulillah. Mereka menghormati orang luar. Maka urusan kami menjadi mudah ketika itu. Di luar, kami dibawa menaiki sebuah bas ke bangunan Imigresen untuk mendapatkan visa. Semua urusan lancar!
Bersambung..
Nota: Nampak gayenye cerita ni akan jadi bersiri2..harap saya leh habeskan semua cerita. Btw, ni baru half muke pertama catatan sy dalam kertas. Semua sekali ade 3 helai kertas. Tak tambah lagi dengan benda yang sy tak catat. Dan, entri ni pkataan ‘aku’ akan digunakan sebagai kata ganti diri bagi saya. Harap maklum.

5 mesej:
ahaks...
amat hebat la 87/4~ masak, bwk sejadah...saspek!!!
owh, benar kate 86...botnyeh mmg cantik~~ kagum! tp nak tgu smpai stghari tu mmg ler x sgup...
tunggu flight aritu delayed dekat sejam pon nk pengsan dh...
mmg korg menang la, kitorg lepak aport 6 jam jer...hehe
truskan usaha meng'update' bersiri-siri...
naseb ler suke sgt bercerita!
eh. same la aku ng si raop! aku dpt no 5 jugak menetas desa kecik2 dulu.
[aku bersukan jugak sbnarnye ;p]
waahhh. kagum amatt dgn kamu, kamu, kamu dan kamu yg naik kapal. aku nak try jugakk. nak ikut lain kaliiiiiii. . . . .
sebenarnye ak tak ske bcerita...
ttp bnyk pule yg ditulis dlm ketas itu..
maka jika tak cerita amatlah rugi..
to dayah:
setakat merentas desa setahun sekali buat ape? camne nak sehat?
disebalik kekaguman itu, kami merana juga..tapi takpe..pengalaman itu lebih penting katenye
"sebenarnye ak tak ske bcerita...ttp bnyk pule yg ditulis dlm ketas itu.."
tu maksudnyeh ko suke bercerita laa! hahaha...adoi~ tp xpe jer. ko suke bercerita, org ramai plak suka mendengar/membaca cerita. so this world will be a better place. Hehe...
update cepat2...
aku dh update dah!
dalam proses..aritu tak sempat..
just masukkan dlm draft saja..
sedang menyusun gambar
Post a Comment