Feb 17, 2008

HiKMaH KeMbaRa [Bah 2]

Dari Aqabah, kami menaiki sebuah kereta sapu ke Irbid. Bayaran yang dipersetujui, 60JD. Mula-mula sampai mang excited la tgk Jordan. Tersusun. Bersistem. Tak kotor. Pendek kate macam kat Malaysia sikit2. Kami meminta pemandu tersebut, Eid (berasal dari Tafileyah) untuk membawa kami ke tempat menukar duit (Sarafah). Setelah menukar duit, perjlanan ke Irbid diteruskan semula. Perjalanan dari Aqabah-Amman-Irbid lebih kurang 400 km lebih. Dijangka sampai di Irbid pukul 2 pagi.

Perjalanan ke Amman memang menakutkan. Kereta dipandu laju. Sambil2 bawak keta boleh pulak pakcik Eid ni menari2. Cuak habes!! Sekejap ke tepi. Sekejap ke tengah. Tepi longkang. tengah lori. Heh. Kami yang duduk dalam keta ni sumer senyap. Tak berbunyi lansung. Masing2 mengucap.(ke aku sorg je?) Paling senyap sekali 87/4 sebab die dok depan. Takot la tu~~ hehe. Btw, berdasarkan maklumat yang diberitahu, perangai orang Tafileyah memang macam tu. Gile2 dan kelolo. Katanya, mereka turut mempunyai semangat kepuakan yang tinggi. Tengah perjalanan kami berhenti makan di sebuah kedai yang terletak bersebelahan stesen minyak. Kemudian sambung kembali perjalanan dengan perut yang kekenyangan. Aku, dia dan mereka tidur.

Setibanya di Amman, kami diminta untuk turun kerana Eid tidak akan meneruskan perjalanan ke Irbid. Sebuah teksi menungu untuk membawa kami ke Irbid. Suasana ketika itu amat sejuk sekali dan wap-wap udara keluar apabila bercakap. Waktu tu pukul 145 pagi. Then, kami ada masalah. Sampai kat Irbid nak turun kat mane? Mujurlah kredit 88 ade lg dan die msj sorg kwn kat sane. Kami diminta turun di Syarei’ Jamiah. Pukul 250 gitu, ktorg pun sampai la kat Irbid. Dengan sejuk2 segala tunggulah sorg kawan ni datang merangkap Housemate aku mase kat Intec dulu. Pastu beliau bawak gi rumah beliau untuk berehat-rehat sementara tunggu Subuh.

Jelajah bermula!

Pagi tu rasenye kami orang terakhir naik bas sebab sebelum tu dok makan2 kat umah Syafiq. Tambah pulak diorg kate bas maybe sampai lewat. Makin khusyuk la kami makan dan sembang2.

Oi!

Ni ayat pertama yang aku dengar mase naik bas. Tengok2 ade sorg budak yang aku cam kenal kat atas bas tu. Hehe. (sorila aku malas nak kecoh aku gi Joden, senyap2 sudey) Pas tu terus amik seat depan org yang aku kenal gak. Heh! Aku tak perasan pun sebenarnye beliau kat belakang sampai la kerusi aku terkebelakang sikit. Pastu ayat ni kuar pulak:

Oit! Naikkan kerusi ckt!

Terkejut! Aku pun akur la dengan arahan itu. Pastu ade perubahan tempat duduk ape tah. Aku pulak pindah belakang. (kerusi yang aku dok td mang ade masalah sebenarnye). Setiap kali duduk die akan hempap orang belakang. Pastu elok pulak aku pi pindah dok belakang tu. So, sepanjang 5 hari aku tersepit dalam bas tu. Nak kejutkan orang depan yang tengah tidur segan pulak. Biar jela.

Ummu Qais

Destinasi pertama kami adalah Ummu Qais. Terletak di atas bukit dan mempunyai pemandangan yang begitu cantik dan indah sekali. (bagi aku tempat ni paling cantik). Sedikit cerita tentang Ummu Qais. Ia juga dikenali sebagai Kota Gadara. Merupakan sebuah Bandar dalam Liga Decapolis. Sebelum ini, kota Ummu Qais pernah ditadbir oleh 4 kuasa besar iaitu Islam, Greek, Rom dan Byzantine.


Kolosium di Ummu Qais
Ketika pemerintahan Alexander the Great, ia telah dijadikan pusat tentera Ptolemy kemudian diambil alih pula oleh Seleucid selama 100 tahun iaitu pada 198 S.M. Ketika dikuasai oleh Rom, ia telah dihadiahkan kepada Raja Herold. Ketika beliau mati, ia telah diserahkan kembali kepada kerajaan Rom.Ketika pemerintahan Byzantine pula, agama kristian yang dibawa mereka gagal berkembang kerana penduduk di situ masih mengamalkan ajaran menyembah patung dan dewa oleh Greco-Rom. Ketika pemerintahan Milan, Kristian berkembang. Kesannya boleh dilihat pada sebuah gereja berbentuk Oktagon yang dibina berdekatan sebuah teater di sini.

Tentera Islam telah menguasai kota ini pada tahun 636 Masihi. Ia adalah perebutan antara tentera Islam dan Kristian melalui Perang Salib. Akibat gempa bumi yang berlaku, kota ini telah ditingggalkan kerana hamper keseluruhan kota ini telah musnah.

Ketika empayar Turki Usmaniah menguasai Syam, Kanun Tanah Uthmaniah telah dilancarkan menyebabkan kawasan Gadara yang sebelum ini diduduki oleh penduduk secara nomad telah dimiliki oleh tuan tanah yang baru. Perbezaan Greek-Rom dan kerajaan Turki-Uthmaniah dapat dilihat pada binaan kota ini. Batuan hitam (Igneous) telah digunakan oleh Greek-Rom pada binaan mereka tetapi batuan putih (limestone) digunakan oleh kerajaan Uthmaniah.


Lihat perbezaan batu yg digunakan
Dari atas bukit kota Ajlun dapat juga dilihat Bukit Golan dan Tasik Tobari. Bukit ini telah menjadi perebutan 3 negara Jordan-Syria-Israel. Sesiapa yang memiliki bukit ini akan sekaligus memiliki Tasik Tobari yang terletak di Barat Bukit Golan. Fungsi tasik ini adalah sebagai sumber air. Then, dari Ummu Qais, kami bertolak ke Ajloun. Dikhabarkan sekiranya hujan di Ajloun mungkin salji akan turun. Masing-masing excited!

Takde pon salji!

Perjalanan ke Ajlun tak sempat aku nikmati sebab tido time tu. Maklumlah sampai ke Irbid pagi-pagi bute tadi. Qodho tido katenye. Turun-turun bas aku tengok dah duduk atas bukit. Tinggi. Sejuk. Mendung. Harap salji turun. Rase sejuk sangat-sangat. Pastu semua orang jalan dan berhenti kat satu tempat coz ada sorang pakcik Arab nak terangkan pasal Kota Rabad,Ajloun. Sebenarnya kat atas bukit tu ade sebuah kubu atau istana yang dibina dan dibaiki oleh Izzuddin Usamah.(masa penerangan ni 88 ada rakam gambar tapi…..isk2! nnt cerita ok? sabar)


Dari atas kota

Lagi pemandangan

Siapa Izzuddin Usamah ini? Beliau sebenarnya dalah anak saudara Salehudin Ayyubi. Beliau adalah seorang pemimpin yang sangat-sangat hebat juga kerana telah menguasai jalan perdagangan antara Syria-Jordan(selatan). Selain itu banyak wadi yang merupakan kawan sumber air dikuasai oleh Islam ketika itu.

Tujuan kota ini dibina untuk mengintip pergerakan tentera salib dan kota untuk penguasa terhadap pelombong-pelombong besi di sekitar Ajloun. Ketika itu, besi digunakan sebagai sumber utama membuat senjata.

Dua pandangan telah dirumuskan ahli Sejarah tentang asal kota ini. Pertama (ditolak): ia adalah rumah pendeta bernama Ajlun. Kedua: Izzuddin telah mengarahkan tentera tawanan perang salib untuk membina kota ini. Asalnya, kota ini mempunyai empat menara. Namun, ia telah ditambah di bahagian Barat daya oleh Muazzam Isa pada 611 Hijrah. Di setiap bilik dalam kota itu ada lubang sempit yang digunakan sebagai tempat memanah. Selepas perang Salib, sebahagian kota ini dimusnahkanoleh tentera Monggol. Ia dibina semula oleh Sultan Zahir Baibar di zaman pemerintahan kerajaan Mamluk.

Tinggalan di kota

Bermula dari Ajlun ini, kami telah menjadi pemburu salji. Pemburuan yang baru bermula. Sebelum bertolak ke Amman, kami singgah solat di sebuah masjid yang terletak di lereng bukit. Masjid dinamai Salehuddin Ayyubi.

Terus ke Amman

Sepatutnya sebelum ke Amman kami akan melawat Kota Jerash. tetapi disebabkan kelewatan bas tadi, ia ditunda keesokan harinya.Di Amman kami menginap di sebuah Hotel Mahmud Jarid (kalu tak silap). 4 orang sebilik. Sangat besar. Tapi ada masalah air dan sangat sejuk sekali!. Mujurlah ada sobah (heater) dan TV untuk menghilangkan kebosanan. Malam itu kami keluar ke pusat Bandar Amman. Berjalan di dalam suasana hujan dan sejuk. Time ni tak ramai orang pun kat luar. Kami je cam pelik dok main hujan tengah-tengah malam.

Hasil di tengah bandar

Dah? Saya nak pi makan sat. Esok lusa sambung lagi ok? Ni dah pukul 11 malam. Esok sekolah pukul 10.

Sekian.

Nota: beberapa gambar yang sangat menarik saya tak dapat masukkan sebab masalah yang saya akan ceritakan nanti. Btw, terima kasih kepada orang yang telah memberikan gambar pemandangan Ummu Qais dan lain2 kepada saya. Syukria.

5 mesej:

Farah Nazneen said...

"Oi!"

haha...

semBangat meng'update'! ni nak lawan Dayah ekkk~ heh

anyways, mujur la aku tido lmbt mlm nih...dpt gak komen 1st

[macam la ramai benar nk komen kat sini... ;)]

p/s: masa 1st nmpk ko masa kite tgh tgu bas tu aku terpaksa buat double-take [tgk dua kali] x caya lak smpai gak korg

Anonymous said...

persaingan sehat katenyeh~

heh! kami berusaha bersungguh2 sampai la dpt join bas tu..

dlm kepala memcm dah plan.. kalu lambat nak kejar bas la.. tunggu kat amman la..

selamat jua sampai..

kamikan LELAKI (ade kene mengena kan?)

Farah Nazneen said...

yela...
kamu semua LELAKI harapan agama & negara...kena la melalui byk rintangan & cobaan utk berjaya, kan kan?

hehe...

tp Dayah dh pndai edit gamba sket2...ko lak camne?

teruskan usaha

Anonymous said...

hahh... seb baek laaa kitorg pindah seat depan! kalo x, merana lah engkau x leh sandar selama 5 hari gara2 tidak mahu menyusahkan org blakang. hihi

piii~ aku dah reti edit sket2! cuba jaya ok. kesannya menawan banget sihh! hihi

Anonymous said...

ak edit2 gne picasa je..

dlm proses nak blja gne adobe..

edit besa2 dulu la..

kang kalu yg luar besa tkejut lak:p