May 2, 2008

Mamat

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:

"United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysia..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".

Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.

"Birmingham..."kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"

MORAL:

Ada dua perkara untuk direnungkan:

(1) Pada masa kini mendapat rawatan di hospital dalam negara adalah lebih baik, apatah lagi jika sudah ramai doktor pakar dan doktor Muslim. Sekurang-kurangnya ketika nazak masih ada orang yang dapat mengingatkan kita untuk mengucap syahadah.
(2) Banyakkan mengingati Allah ketika hidup. Mudah-mudahan semasa hendak pulang ke rahmatullah kita ingat Dia, bukan ingatkan zodiak..

p/s: di copy n paste 100%

May 1, 2008

s.e.m.a.l.a.m.

Salam..
Alhamdulillah..banyak jugak respon utk entri yg saya masukkan semalam. Hehe~ Itu baru dlm komen blog. Yang tegur saya melalui YM ada juga 2-3 org. Senang saya katakan sebenarnya bukanlah saya berada dalam kondisi dan mengalami sindrom itu. Rancangan utk menulis tentang topic itu sudah lama..cumanya dibatasi oleh masa. Alhamdulillah semalam sempat juga saya poskan. Itu pun masih ada lagi beberapa poin yg tertinggal. Saya menulis berdasarkan maklumat dan perbincangan dengan beberapa orang rakan yg ada pengalaman tersebut atau yang baru cuba-cuba utk menghadapinya. Dan tujuan saya juga spt yg tertera dlm komen supaya anda yg membaca blog ini dan berada di sekeliling saya dapat monitor tindakan saya. Macam saya kata. Cinta itu buta! Cukup setakat itu. Bukan saya tak mahu pikir bab ini lansung, tapi biarlah saya merancang dahulu. Merancang yg terbaik.
Saya teringat pesan ayah saya sebelum fly dahulu. Sementara bujang ni amalkanlah doa ni: Ya Allah Kau kurniakan kepada kami isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikan kami imam bagi orang Muttaqeen.(rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrota a’yun..wajaa’lna lil muttaqeena imama)
Kata baba lagi kalau dah kawen baru nak amal doa ni macam dah terlambat…..Saya bukan nak menekankan kepada ayat awal doa ini iaitu: kurniakan kepada kami isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata, sebaliknya saya nak tekankan ayat ini. 'jadikan kami imam bagi orang Muttaqeen'. Nampak doa ni macam simple je. Tapi maksudnya sangat mendalam. Seorang yang mahu mejadi imam mestilah berjiwa besar. Hebat dalam segala aspek. Barulah boleh menjadi imam atau ketua.
Suatu masa, saya pernah ditimpa masalah. Masalah yg pelbagai dan saya tewas.Lemas dgn tekanan. Tension dan takleh piker properly. Akhirnya saya luahkan apa yang saya alami itu kepada seorang abang ni (naqib). Dia bacakan saya doa tersebut. Saya senyum la sbb doa ni memang femes kan? Kemudian dia pelik melihat saya tersenyum dan bertanya sebabnya. Yelah! Saya katakan doa itu memang femes. Nak isteri dan anak yg menyejukkan mata. Kemudian, dia jelaskan bahawa bukan ayat pertama doa itu yg dia maksudkan, tapi ayat last itu. Jadikan kami imam bagi orang Muttaqeen. Ayat inilah. Tersipu malu saya. Sudahlah ditimpa masalah. Malu sepasal. Ish~ Malu2…Saya rasa anda tahu apa yg mahu saya maksudkan di sebalik ayat akhir doa tersebut sekiranya direlatekannya dengan pos yg lepas..Ok. Tutup kes.

Semalam…

Semalam saya dengar acapella Mirwana. Lagu Semalam. Best! Semalam juga banyak aktiviti yg saya buat. Best! Semalam ptg saya keluar makan sambut besday Akim. Best! Keluar dengan ahli kelab kami seramai 5 org ke Wesaya. Malam semalam ada sambutan besday gak utk Akim. Tapi saya tak pi sebab tertidoq kat umah Pah. Tak larat sbb penat. Bangun2 sakit tekak. Ingat nak balik umah. Tapi dah pukul 130pg. Dah gelap. Tak jadik balik. Takut kena culik. Nak cari musyrif, nnt kena marah kaco org malam2. So, lepak2 la kat umah mereka sampai ke pagi. Pagi tadi keluar makan Togin kat restoran ape tah. Dah lapaq sgt sbb mlm tak makan. Semalam tinggal kenangan…

Exam Mode

Exam Patho lg 4 hari. Naga-naga kompem dah abes baca. Tinggal nak ulang-ulang. Anak2 naga masih lagi terumbang ambing dan terkotak katik kat tepian tasik. Takut nak berenang kat dalam macam mak dan bapak naga. Kat tgh tasik ada kapal2 besar. Nanti kena langgar lari. Terhantuk kepala dan benjol sapa yg susah? Sapa nak tuamkan? Takpelah. Selaku anak naga, main tepi2 dulu. Bile dah tumbuh gigi dan pandai berenang nnt bolehlah main kat tgh2 kan? Masa nak menjadi naga dewasa masih panjang…Biar jadi naga yang hebat bila besar nnt :p

Kisah Aiman dan Bobo

Mari kongsi cerita ini:

Bobo..bobo.. dah besar nanti bobo nak jadik apa?
Bobo nak jadik bomba..
Awat bobo nak jadik bomba?
Nanti senang bobo nak tangkap ulaq sawa…
Haha
p/s: bobo keturunan Siam dan tinggal di sempadan Malaysia-Thailand.


Aiman2…dah besar Aiman nak jadik apa?
Aiman tak kesah…..
Ish budak ni… nnt kalau jadik org jahat macam mana?
Aiman tak kesah….
p/s: Bobo pernah melihat Aiman di dalam iklan TV


Kesimpulan:
Jangan gelakkan Bobo kerana sekurang2nya dia telah mempunyai tujuan dan target dalam hidupnya.. Marilah kita tolong Aiman menetapkan targetnya.. Jangan biarkan Aiman terus tak kesah dgn hidupnya..hidup biar ada matlamat. Matlamat biar jelas.. dan ketahuilah bahawa di luar sana masih ramai yg mempunyai perangai seperti Aiman..

Sekian.

Nota: AJK Akademik di mana-mana… Sila berhati-hati semua! Mereka akan menghantui hidup anda dan saya…