Dec 4, 2008

Zulhijjah

Raya haji tahun ni 2 orang bebudak batch aku takde. Sorang balik Msia terkejut tergempak. Sorang lagi beraya kat Sudan. Aku doakan dorg selamat pergi dan balik semula ke Mesir.
Minggu ni kami baru start round baru. Round Community Medicine. Bagi aku round ni agak best sebab tak tertumpu pada kuliah semata-mata, tetapi akan ada aktiviti-aktiviti luar@ ziarah. Katanya lepas raya haji akan ada lawatan ke Bank Darah, Sekolah Az-Zahra, rumah orang-orang tua, lawatan ke Meit Mahzah (kg Adel) dan lain-lain yang akan diberitahu kemudian. Harapnya dapat menimba banyak pengalaman melalui ziarah dan aktiviti tersebut.
Malam ni ada meeting untuk buat panduan pelajar. Entah macam mana tahun ni aku kembali mengaktifkan diri dengan kerja-kerja persatuan balik. Tapi taklah seaktif dulu kot. Dah tue-tue ni, buat kerja cara org tue2 la kan. Slow n steady. Juga bos Ekonomi hantar YM malam Selasa lepas suruh buat design utk sweater dan t-shirt. Walaupun aku dah tolak awal-awal sebab aku memang tak reti buat design, beliau tetap suruh tolong juga. Tadi jumpa lg beliau kat kuliah dan sekali lagi beliau mintak tolong. Nak tolak tak sampai hati. Nak buat design memang aku tak reti. Aku tolong jela yang mana boleh utk Adek Ubai ni.. :)
Ok. Sikit update untuk harini. Esok pas Jumaat ade makan-makan!

Nota: Jangan lupe, kite dalam bulan Zulhijjah. Amik kesempatan dan peluang untuk meningkatkan amalan

5 mesej:

Anonymous said...

makan2 tu yg reunion ajk tu ke?
bukan dah jd kol 8 mlm ke?

Farah Nazneen said...

majulah unit data & maklumat untuk...(untuk sape ek? haha)!

waaaaahh~ mesti malam ni aku xleh tido sebab dok pike camne nak buat keje...[poyo!]

Anonymous said...

to dayah!
huh selamat aku bace komen ni sebelum pegi.skrg kul 120ptg. kalu ko tak bgtau cakap kul 8 aku dah tercangak makan sorg2 kat situ.haha.tq2
pesal lupe bgtau aku

to star:
kite semua!
buat keje relaks2 sudey..
jgn rtension2..
bak kate amin:"core business kite belajar.."

Farah Nazneen said...

hahaha~ terus membayangkan si Syafi terpinga2 di hadapan restoran tu sorang2...hihi.

ok2~ kang nak buat mesyuarat sila sound aku :)

Anonymous said...

ok