Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Apr 11, 2009

Thoriq

Video yg aku dapat masa masuk IkhwanTube.
Nama dia Thoriq.Comel dan cerdik walaupun pelat. Parent dia tanya soalan-soalan yg sangat best. Sesiapa yg paham Arab tu, try2 la jawab soalan yg mak dia tanya tu. General Knowledge ttg Sirah-sirah dan Islam.


[tekan utk tgk video]

Jan 25, 2009

PanoramaStudio

Saje testing editing gambar guna PanoramaStudio ni. Menarik jugak. 3 gambar boleh di'stitch' sekali menjadi satu gambar. Kredit to Mr Cronoz yg share software ni.

3 jd 1. Tembak dr balkoni saje.gmbr pun ala kadar jela. Name pun testing kan.[klik gmbar utk lihat tumbesaran yg lebih sihat]

Nota: Aku jadi parttime student kat PhotoSkool. Harap boleh master semua basic semasa Winter Break nnt.

Jan 22, 2009

Kamu kawan akukah?

Pukul 2 pagi sekarang.(waktu entri ini ditaip) Harini ada exam MCQ community Medicine. Pukul 10 pagi. Otak dah tepu. Lama tak update blog ni. Bukan taknak update. Tapi semua entry yg aku taip dah hilang. Baru-baru ni computer ni buat hal. Hantar ke kedai. Sekali pakcik kedai tu terus format partition C aku. Habis la segala maklumat yang aku simpan dalam My Document tu hilang. Ada 6 entri yg aku dah siapkan. Cuma tunggu masa utk diposkan. Takde rezeki.

KAWAN. IStilah simple je kan. Tapi sangat besar maknanya bagi aku. Bukan senang nak cari kawan sebenarnya. Tapi kalau nak cari musuh tu senang je. Kadang-kadang kawan pun boleh jadi musuh. Musuh pun boleh jadi kawan sebenarnya. Tapi sebenarnya dalam hidup kita, kita takde musuh melainkan diri kita sendiri. Diri kita adalah musuh kita. Nafsu kita adalah musuh kita. Pendek kata semua musuh-musuh tu datang dari dalam diri kita sendiri.

Dalam berkawan, kita belajar dan berkongsi banyak perkara. Kawan boleh membantu kita dalam banyak perkara. Mengenal diri kita, membina pemikiran dan jatidiri kita dll. Sedar tak sedar, apabila kita berkawan, kita juga secara tak langsung sedang berkongsi sebahagian dari diri kita dengannya. Berkongsi isi hati, perasaan, masalah, harta, masa kita dll.

Orang yang apabila kita berada dekat dengannya kita rasa aman dan selesa. Apabila jauh dari mata, rasa rindu padanya. Apabila terkenangkan dia, kita berdoa untuk keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaannya. Apabila dia bahagia, kita rasa gembira. Apabila dia berduka, kitalah orang yang pertama yang hadir untuk berkongsi kesedihan dengannya. Mungkin itulah antara kriteria seorang kawan yg baik. Mungkin banyak lagi yang boleh disenaraikan.

Bagi aku cukuplah kawan yang baik boleh menyimpan dan menyembunyikan aib aku, menerima kekurangan diri aku, dan dapat menegur aku di kala aku buat silap. Lebih baik sekiranya andai kita mampu untuk mengakui kelemahan dan kekurangan diri kita dari menyembunyikannya dari pengetahuannya. Kerana dari situ kita akan dapat menilai orang yg benar-benar ikhlas utk berkawan dengan kita atau sebaliknya.

Teringat sirah. Bagaimana peribadi Abu Bakar yang membenarkan segala kata-kata nabi ketika mana orang lain mengatakan nabi sudah gila selepas peristiwa Isra’ Mikraj. Ingat tak kisah bagaimana nabi dan Abu Bakar yg bersembunyi dalam Gua Tsur ketika dikejar oleh kafir Quraisy? Ketika Abu bakar menitiskan air mata kerana menahan kesakitan akibat sengatan binatang berbisa. Sehingga air mata tertumpah ke atas nabi. Begitulah hebat pengorbanan seorang sahabat bernama Abu Bakar As-Siddiq. Senangdan susah beliau sentiasa berdampingan dengan nabi.Mungkin susah nak cari Sahabat sehebat Abu Bakar zaman ini. Tapi ada peribadi baik dari beliau yang boleh kita tanamkan dalam diri kita. Setia Kawan. Berkorban untuk kesenangan orang lain. Susah dan senang bersama.

Dia masih sedang menjadi kawan saya.

Dia telah pernah menjadi kawan saya.

Dia masih belum menjadi kawan saya.

3 ayat di atas sangat simple. Tapi membawa maksud yg berlainan. Kita tak punyai musuh dalam hidup. Orang yang kita anggap MUSUH mungkin MASIH BELUM menjadi KAWAN kita. Pecahkan 'barrier' antara kita dan dia.

Aku minta maaf sekiranya aku ada mengurangi hak aku pada sesiapa disekeliling aku yg berhak digelar kawan. Moga kita menjadi cermin yang memantulkan imej yg baik utk kawan-kawan kita. Sekian.

Harini 22/1/2009. Besday Huzaifatus Syarif. Moga Allah limpahi hidup beliau dengan keberkatan, kasih sayang dan RahmatNya.


Nota: Exam Community Medicine dah habis. Ahad start round Ophtalmology (mata). Perancangan Winter Break aku CANCEL!

Dec 11, 2008

Reunion.Korban

Baru pulang dari majlis sambutan hari raya haji. Malam tadi dah type utk update ttg raya haji. Mybe pasni baru pos sebab malas nak ambil copy dr desktop. Malam tadi kami buat perjumpaan bekas student sekolah lama. Kebetulan ramai junior datang dari Kaherah. Lepas Isyak, beli roti dan makan dengan sup tulang yang dimasak petang semalam. Habis 2 periuk! Lepas tu ada sikit sesi taaruf. Part yang paling menarik dalam aktiviti malam tadi. Mula-mula tanya soalan sikit-sikit. Nama, asal, bilangan adik-beradik..blal..blal.. Lama-lama makin dalam dan terus ke soalan-soalan berbentuk peribadi. Berpeluh jugak nak menjawabnya. Apa-apa pun, syukur sebab dapat berkenalan dengan mereka semua (kat sekolah dulu mungkin tak pernah bertegur sapa). Riuh rendah betul malam tadi. Hampir tengah malam, tiba satu lg team dari Kaherah.5 orang. Taaruf-makan-sembang2-bersurai.

*****

Jr sekolah yg baru kenal aku (selama ni dgr nama ja):
Owh..ni ka abang Sy*p*
Yang pakai braces dulu
Mana pi braces abang?
Entah..bangun2 tidoq tgk2 dah hilang..tertelan kot..
[Baru aku ingat. Masa sekolah dulu rasanya aku sorg je bdk SC yg pakai braces.Dorg cam aku dgn braces aku je. Cis]

Waktu baru smpai di dewan tadi. Disambut seorang jr perempuan:
Baru sampai ke?
Haah saya baru sampai..
[Hulur kertas tentatif]
Erkk.. kat mane tempat makan student lelaki ek?
Owh..adik jalan terus then, belok kanan. Adik akan jumpa tangga kat tengah. Naik tangga tu. Adik ambik makanan dalam plastik hitam ok?
Ok kak. Terima kaseh..[gelak dlm hati]
[Muke aku mude sgt ke smpai nampak macam junior thn 1? [hati tergelak smpai skrg] Aku harap beliau kesal dgn tindakan beliau tadi ]

Nota: Tergelak baca komen Rauf dari entri Kerja.Stop

Dec 2, 2008

Tag Shafiq

1.List these rules on your blog.

2.Share 7 facts about yourself on your blog.

3.Tell 7 unspectacular quirks on yours.

4.Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to
their blogs.

5.Link the person who tagged you.

6.Leave a comment for each blogger


7 facts about me:

-Anak kepada 2 orang cikgu, Abang kepada 4 org adek dan adek kepada seorang kakak. (aku tak mendapat kasih sayang seorang abang)
-Paling gelap antara adik-beradik aku
Suka outdoor aktiviti (camping,mountain climbing, jungle trekking, kayaking,snorkelling dll)
-Sangat teruja dengan KELAJUAN
-Selalu mempunyai IDEA SONGSANG
-Once aku dah ada satu PENDIRIAN, aku takkan berganjak selagi aku tak jumpa sebab utk aku berbuat demikian
-Aku tak pernah pakai CELAK melainkan masa zaman kanak-kanak. Tu pun sebab kakak aku yg ajak main celak. (aku penat dah jwb soalan yg tanya aku pakai celak ke tak? Setakat ni dah 209 org tanya soalan yang sama)


7 unspectacular quirks about me :
(apetah maksud nye)

-Aku suka makan minyak bekas goreng daging
-Suka membebelkan angsa aku yang tak paham bahasa
-Susah menyampaikan maklumat dengan cara MENULIS. Selalunya kalau YM@msj dll, aku akan mati akal untuk membalas ttg sesuatu perkara sebab aku tatau camne nak buat ayat. Lalu akan keluarlah ayat tergantung@penerima tak paham maksud kata-kata aku@ si penerima terus permanently invisible kepada aku.haha
-Orang kata aku SERIUS, tetapi sebaliknya….(org yg rapat dan kenal aku je tau jwpnnya. Adekah aku hipokrit? Atau aku ade multiple personality spt kate kakak aku??)
-Aku pernah bercita-cita utk menjadi PENOREH GETAH dan PILOT selepas tamat tahun 6 Fakulti Perubatan
-Tak pernah pegi Piramid, Qalaah Salahuddin dll tempat walaupun dah masuk 4 tahun tinggal kat Mesir (InshaAllah plan thn depan aku gi)
-Aku tak GEMUK kan?

Aku nak tag beliau2 ini:
Farihin-Ili- Akem-Baem-Budak2 yg selalu komen dlm blog aku ni

Silalah berbuat demikian dengan gembiranya.

Sudahlah Syafiq. Jangan kau hantui hidup aku lagi. Hutang ko dah setel.

Jangan lupa selalu-selalulah masuk Assubhubada walaupun tak selalu update.
Di situlah tempat aku bermula..


Nov 10, 2008

Sejuk

Perlahankan kipas itu..
Saya sejuk
Kata si hati..
Tidak! Bukan kamu sahaja
Aku juga sejuk..
Kata hati lain..

Perlahankan kipas itu..
Kami semua sejuk!
Wahai kamu ditepi
Tidak dengarkah suara hati mereka?
Perlahankan kipas itu..

Harini start belajar nose. Menarik jugak. Dr pun sporting. Siap duduk dengan student kat bench belakang. Sembang-sembang ape tah. Aku tak dengar sangat.
Kelas harini agak gelap. Lampu tak dipasang. Kipas belakang ligat berputar sambil mengeluarkan bunyi yg agak menakutkan. Kalau lah tercabut kipas tu, naya kami semua. Angin dari luar semakin sejuk. Tahun ni lambat benar sejuknya..

Dan kamu juga
Buka tingkap itu!
Bilik ini kurang cahayanya
Tapi..
Angin di luar sejuk amat!
Bukankah sudah dikatakan?
Kami semua sejuk!


Nov 9, 2008

Balik awal

Yalla! yalla!

Duktur gai?

Duktur lessa magash..

La! Duktur magash kholis..

Nurawwah?

Aiwah! Yalla! Um! Um! Rawwah baah!

Mari pulang cepat! nanti duktur datang!

Hei kamu! jangan cakap begitu!

Balik semua! jangan tinggal seorang pun!

Ye! Mari semua pulang..

KAMI PUN PULANG

Hari ini takde kelas..hehe

Sep 26, 2008

Galeri Gambar n Ucapan Raya

Salam. Ni ada masukkan sikit gambar-gambar yg menarik yg sempat ditangkap.
A' Famosa [Jelas]

A' Famosa [kabur]

Haq Si Penangkap Ikan



Gaya yg tak sepadan Jumlah Jatuhan Pin :p


Supir


Lepas tangkap gambar, dorg hantar borang..


Dan Aku, Hitam dan Putih
-Nak wish juga SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
kepada pembaca blog ini samada yg memang dtg dgn pilihan hati @ yg tersesat ke sini.
Juga kepada semua kawan-kawan blogger, Batch 05 Mansurah University, junior-junior, senior-senior, kawan-kawan sekolah lama, kwn2 tadika, sedara-mara dan sesiapa yg mengenali diri ini.
-Jemput dtg ke rumah Hari Raya nnt(pas 1st Raya iA baru ada rumah)
-Ku Susun 10 Jari Memohon Ampun Maaf andai Telah Membuat Salah Silap sepanjang Perkenalan Kita.
-Kullu A'm Wa Antum Bikhair~ Eid Sa3d
Sekian.

Sep 8, 2008

Kawad

Ke kanan kita bergerak

Ke kiri juga

Keluar barisan. Bersurai.


Namun, ada satu perkara yang tak mampu kita buat setelah penat berkawad. Kita tetap kena terima hakikat, bahawa kita tetap angsa yang tak mampu untuk terbang bebas di awanan seperti burung-burung.
Dalam hidup, kita takkan sentiasa dapat apa yang kita idamkan dan mimpikan. Kita perlu ingat bahawa kita tetap perlu meneruskan kehidupan hidup ini . Pilihan untuk 'menghidupkan' kehidupan kita ada dalam diri kita sendiri. Anda mampu mengubah kesuraman dan kekecewaan itu kepada keceriaan dan kebahagiaan andai anda berani untuk berubah!