Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Melaka semalam (Selasa) dari Shah Alam. Dah banyak entri aku terlepas disebabkan beberapa masalah dah halangan. Mungkin kat sini aku sambung sikit-sikit repot mingguan yang tertinggal. Minggu kedua rasanya tak banyak yg aku buat. Hari Selasa (15/7), aku sempat ke ceramah tentang isu Iraq di masjid MMU Melaka. Aku ke sana berdua dengan kakak aku. Hari-hari lain aku just teruskan rutin harian amik dan hantar bebudak ke sekolah.
Minggu ketiga adalah minggu paling aku ingati kot. Seminggu aku terlantar kat atas katil sebab diserang demam Cikugunya. Seksanya Allah aje yg tahu. (maklumat lanjut ttg demam ni rujuk internet). Kebetulan kat tempat aku mase tu memang tengah epidemik la wabak ni. Penyakit yg dibawa oleh nyamuk dan menyerang kebanyakan penoreh getah dan pekebun-pekebun. Sehari sebelum kena demam tu, aku pergi ke kebun untuk petik buah rambutan dan gali ubi keledak. Tak sangka pulak bile balik tu boleh kena demam tersebut. Orang pertama yang kesan aku kena demam tu adalah nenek aku sendiri sebab aku cakap akunye dada sakit. Then, die terus suruh aku cek kat hospital, tp aku malas sebab aku ingatkan sakit biase2 aje. Bile petang, aku memang dah tak larat dah tambah pulak dengan suhu badan yg dah semakin naik. Petang tu jugak baba bawak aku ke klinik. Pas amik ubat segala, ayah aku belikan 2 botol besar air 100PLUS n suruh aku minum. Sampai harini aku fobia sgt dengan air terse but sbb rasenye tak best langsung! Beberapa hari pastu akunye sendi kaki dan lutut start sakit dan pergerakan aku mula terbatas. Aku just dapat gerak dari katil ke tandas dan langsung tak dapat keluar rumah. Pastu muscle kaki pulak cramp. Dah hujung2 tu, aku minum air kelapa atas nasihat nenek n atok aku yg kena demam ni jugak. Lepas minum, keesokan harinya terus keluar ruam2 merah kat tapak tangan dan badan aku. Alhmdulillah, lepas tu demam aku mula kebah dan beransur pulih. Dalam tempoh hampir 2 minggu aku demam ni, 2 program besar yg sepatutnya aku hadiri terpaksa aku ketepikan. Maaf kepada ikh2 yg berkenaan.
Ahad (3/8), hampir 15 org ikh Msia, Korea, Mesir, US dan Madinah datang melawat aku. Masa tu aku dah hampir 95% sembuh. Dorg baru balik dari Kem Jalinan di N9. Terima kasih kepada kalian kerana sudi melawat aku. Lepas tu, aku terus join dorg jaulah sebab dah tak tahan dah duduk kat rumah. Walau camanaepon, aku tetap bawak obat sebab takut demam aku dtg balik. Malam tu kami ke rumah Ust Zaidi Jalil di MRSM Alor Gajah. Kemudian kami ke pejabat mendengar pembentangan amal dari ikh kawasan.
Isnin (4/8), pagi tu bertolak ke Kolej Uniti, PD. Dalam perjalanan singgah sarapan di tepi laut. Nyaman sungguh! Tiba di Kolej UNITI, jumpa Ust Rahmat n Ust Sofi (ex-Mesir). Dari situ, kami meneruskan perjalanan ke rumah Ust Halim di Seremban N9. Selepas makan tghhari dan mendengar beberapa peringatan, kami bertolak ke Bangi ke rumah Ust Abdullah. Disitu, banyak perkongsian pengalaman yg kami dapat dan di situ aku rasa aku semakin mengenali ‘jalan’ yg sedang aku lalui ini. Moga Allah terus memberi istiqomah supaya aku terus menyayangi dan mencintai jalan ini…
Malamnya, selepas Maghrib, aku dan 2 org lagi bergerak ke Kolej MARA Banting (KMB). Yang lain meneruskan perjalanan ke rumah Irfan. Kat KMB aku sempat berkenalan dengan beberapa student sana termasuk adik aku, Anas (1st time jumpe sejak aku balik sini). Dari KMB, kami bergerak semula ke Bangi dan terus ke pejabat. Di pej, ada sesi muhasabah perjalanan jaulah dan beberapa perbincangan2 lain. Pukul 1 pagi, kami keluar makan sate Kajang.
Selasa (5/8), kami ke Putrajaya untuk mengikuti ToT AMAN PALESTIN. Seorang penceramah iaitu Sheikh Saud Abu Mahfuz yg menjadi penceramah untuk slot ini. Sebenarnya dah lama sangat aku nak ikut training ni. Alhamdulillah Allah beri kesempatan walaupun kami sangat-sangat kepenatan ketika itu. Dari Putrajaya, kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam untuk bertemu Ust Fauzi, Akhi Din dll. Selepas mendengar perkongsian pengalaman dan sedikit pembentangan, kami bersurai. Masing-masing meneruskan perjalanan pulang ke tempat asal masing-masing.
Rabu (6/8), pagi tu aku ke SMI Hira’ Jeram. Ni adalah antara tempat yang aku nak sangat datang. Dapat jugak peluang.. Berkenalan dengan guru-guru di sana dan beberapa pelajar. Kagum dengan pelajar-pelajar sana yang matang dan berbeza dgn sekolah-sekolah lain. Malamnya, aku dan Qama terus ke Seremban dari stesen bas Shah Alam untuk menyelesaikan beberapa urusan di Seremban. Malam itu jugak, pukul 1230 pg, kami bertolak ke JB.
Khamis (7/8). Sampai JB pukul 5 pagi. Saif amik dan pegi rumah die. Pukul 11 pgi, bertolak ke SMI Hidayah JB. Petangnya, ke Hospital Sultanah Aminah JB melawat Akhi Isfahmi dan baby barunya. Mabruk alaik ya akhi! Baby itu sungguh comel. Moga menjadi pejuang seperti ayahnya juga.. Malamnya, ke rumah Ustzh Suhana. Sembang-sembang dan mendengar beberapa nasihat dan peringatan berguna.. Sangat kagum dengan ustzh dan suami beliau. Dari situ, kami terus ke pej dan tidur di sana.
Khamis (7/8). Sampai JB pukul 5 pagi. Saif amik dan pegi rumah die. Pukul 11 pgi, bertolak ke SMI Hidayah JB. Petangnya, ke Hospital Sultanah Aminah JB melawat Akhi Isfahmi dan baby barunya. Mabruk alaik ya akhi! Baby itu sungguh comel. Moga menjadi pejuang seperti ayahnya juga.. Malamnya, ke rumah Ustzh Suhana. Sembang-sembang dan mendengar beberapa nasihat dan peringatan berguna.. Sangat kagum dengan ustzh dan suami beliau. Dari situ, kami terus ke pej dan tidur di sana.
Jumaat (8/8), harini perasmian sukan Olimpik tapi aku rase cam takde kena mengena sangat ngan aku. So takyah cerita kat sini. Aku ke sebuah pasaraya dgn Qama. Beli 3 buah buku kat situ. Petangnya, lepas solat Jumaat kami ke rumah Ustzh Fauziah. Pukul 530, bertolak kembali ke Shah Alam dr stesen bas Larkin.
Sabtu (9/8). Pagi tu kami ke UNITEN untuk join ToT AMAN Palestin dari penceramah yg sama spt sebelum ini. Cumanya kali ini, isu yg dikupas lebih mendalam dan dihadiri oleh beberapa ‘org besar’ di Malaysia yg terlibat secara langsung dengan isu Palestin. Alhamdulillah, dapat memahami isu Palestin ini dengan lebih mendalam. Pesanan dari Sheikh Abu Mahfuz: Rakyat Palestin sudah banyak mendapat bantuan dan bekalan darah, apa yang kami perlukan adalah doa dari kalian. Dan yag lebih utama dari kalian, ialah MENYEBARKAN MAKLUMAT TTG PALESTIN TERUTAMANYA AL-QUDS KEPADA UMAT ISLAM LAIN. Rasanya jelas apa yg diinginkan oleh mereka. Jom kite muhasabah sikit diri kita kat sini, agak-agaknya kalau kite dgr saudara kita kat Palestin syahid dibunuh askar Israel, apa perasaan kite agaknye ek? Kalau bile kite dengar tu tak rasa ape2, tepuk dada dan tanya balik diri dan iman kita. Sejauh mana kite memahami ungkapan syahadah yg kite ulang setiap kali solat. Kalau bile dengar je kite terus rasa sedih dan rasa nak bantu mereka, Alhamdullillah sudah ada sedikit kesedaran dalam diri kita. TETAPI tak cukup juga andainya kita sahaja yg sedar tentang isu ini. Kita mahu seluruh umat Islam khususnya di Msia memahami isu ini dan membantu saudara kita disana.. Al-Quds Yunadiina..
Selepas habis ToT tersebut, aku Qama Irfan ke Gombak untuk menghadiri satu program. Habis program, kami pulang semula ke Shah ALam. Malamnya, sempat join Futsal di Shah Alam anjuran PEMBINA.
Ahad (10/8). Setelkan beberapa urusan. Makan di Rafi Bistro (depan CemaraAkasia). Ke Pej Aman Palestin, seksyen 3, Bangi. Amik dan drive van ke Shah Alam. Malam tu setelkan lagi beberapa urusan.
Ahad (10/8). Setelkan beberapa urusan. Makan di Rafi Bistro (depan CemaraAkasia). Ke Pej Aman Palestin, seksyen 3, Bangi. Amik dan drive van ke Shah Alam. Malam tu setelkan lagi beberapa urusan.
Isnin (11/8). Setelkan urusan tempat utk satu program. Tempah makanan, beli barang dll. Drive Shah Alam-Pej Aman Palestin, Bangi. Balik semula ke Shah Alam ptngnya. Malam, berprogram. Tumpang tidur di INTEC.
Selasa (12/8). Balik semula ke Melaka. Meneruskan rutin harian seperti biasa. .Akhirnya dapat jugak aku membalas dendam dan mengqada aktiviti yg aku terlepas sepanjang tempoh aku demam tempoh hari. TQ kepada yg call, mesej, hantar testi dan yg doakan kesihatan aku.. Alhamdulillah berkat doa kalian aku dah sembuh skrg. Syukran ala husni ihtimamikum..
Ni sebahagian laporan yg aku ingat. Tak dpt nak detailkan sangat. Di sini, aku nak masukkan juga beberapa peringatan penting utk diri aku sepanjang perjalanan aku selama seminggu lebih.
berdikir bola
“ Salahi kebiasaan diri anda. Jika mahu berada dalam perjuangan, jangan terlalu diikutkan sangat kehendak hati..” Ust Zaidi Jalil, Melaka.
“ Kau yg pertama. Antara dakwah dan belajar. Letakkan prioriti yg pertama kepada dakwah dan dalam masa yang sma jangan abikan tanggungjwab sebagai seorang pelajar.. nanti dah besar kite boleh bezakan antara org yg letakkan dakwah sebagai keutamaan dalam hidupnya dan org yg lebih pentingkan kerjayanya…” Ust Halim, N9.
“ Manusia sekarang dah semakin jauh dari nilai-nilai murni… Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan umat ini..” Ust Suhana, JB.
“Jgn dibuang kenangan itu, kerana ia pengubat rindu, jgn dicampak memori itu. Kerana ia pemaut kasih, kerana antara kita, yang terpisah…camtumnya hanyalah kenangan..” SMS dr Bos terchenta, Akhi Qamarul Naim
“Ya Allah, ku serahkan jiwa, perasaan dan hati ini di bawah jagaan Mu. Kau bantulah hambaMu yang lemah ini. Sungguh ku tak termampu untuk mengharungi hidup ini tanpa Rahmat dan panduan dariMu..”
Kurniakan aku rasa cinta pada jalan ini…. Terima kasih Tuhan
SyaBAB
SyaBAB

2 mesej:
MABRUK ALAIK..
Wah...pengisian cuti yg penuh bermanfaat.Smg terus istiqomah dgn 'jalan' yg dipilih..
doakan semua
Post a Comment