Showing posts with label kehidupanku. Show all posts
Showing posts with label kehidupanku. Show all posts

Aug 31, 2008

101- Merdeka 51

Isnin (18/8)
Ptg- Emak jemput Anas n da geng di Melaka Sentral.
Sapu n bakar daun2 kering kat bawah pokok2 yg ada kat sekeliling rumah. Pastu ktorg main bola tepi rumah sbg warm up utk futsal malam
Sebelum masuk mandi, sempat main ngan arnab
Malam- Main futsal di tangkak. Drive ke sana. 2kereta dgn 12 org .Balik kul 12 malam lepas minum2. Malam tu jugak dapat berita sedih, arnab mati kena langgar kereta kat jalan besar. Entah kenapa malam tu arnab pi main2 kat jalan besar pulak. Mybe sbb pintu gate tak tutup@ arnab tu nak panaskan badan kat atas jalan..

Selasa (19/8)-
Pagi2 lagi dah ke Bandar Melaka untuk beli laptop Hasanah n External HD. Sepatotnya ktorg ke Plaza Loyat tp last2 minit, tukar plan. Sebelum tu ktorg ke Melaka Sentral hantar kawan2 Anas yg akan balik melata kat atas mukabumi Msia sbb dorg cuti
Lepas survey laptop di beberapa buah kedai, ktorg round2 sekejap (sesat sebenarnya). Sempat ktorg bertiga pi main boling kat Mahkota Parade. 2nd time aku main boling dalam hidup. 1st time masa lepas amik result PMR. Balik ke rumah petang.
Tetibe, malam ni, Baba balik Kedah naik bas. Sepatutnya ktorg balik hari Khamis. Plan cuti berubah serta-merta. Back-up plan ialah untuk berjalan sekitar Melaka sahaja tanpa baba. Ku Keciwa.
Rabu (20/8)-
pepagi lg dah kena basuh kereta emak.Cadangnya nak basuh van Serena sekali, tp pospon ke esok hari. Tghhari aku masak daging goreng. Tgh hari hantar Alawi ke sekolah agama. Tetibe cikgu2 jadik rajin pulak nak buat kelas tambahan time cuti2 ni. Exam UPKK dah dekat~
Petang kuar berjalan. Lepas Alawi balik, ktorg ziarah Mak Tum di Melaka. Aku jadik driver ke sana. Dalam kereta sangat2 kecoh. Semua org mula cuak bile aku pegang stereng kereta. Haha~
Malamnya lepas makan kat sana, ktorg bergerak ke Sg Melaka ( Melaka River Cruise) untuk naik bot di pesisir Sg Melaka. Ni harga untuk naik bot tersebut: Dewasa (RM5), Kanak2 (RM3). Sangat ramai org nak naik bot ni sbb cuti sekolah. Btw, aku tak galakkan org naik bot ni di waktu malam atas sebab2 tertentu yg tak dapat disebutkan di sini (kang kalu bgtau bankrupt lak syrkt bot tu)

Khamis (21/8)
Harini ialah Hari Al-Quds sedunia. Sepatutnya aku siapkan satu artikel untuk blog, tp terpaksa pospon. Pagi, aku sambung basuh kereta+kemas rumah dll. Harini aku masak nasi beriyani ayam sbb mak sebok kemas halaman rumah. So, lepas basuh kereta aku ngan Rauf ke pasar di tgh2 hujan lebat carik ayam dan bahan2 lain. Petang ktorg satu famili melawat Zoo Melaka. Minggu ni aku banyakkan masa utk famili sbb dorg tgh cuti sekolah. Kalau time dah sekolah nnt, susah nak jumpe.. Lepas tu, terus ke Masjid Al-A’lami Ayer Keroh utk solat Asar dan Maghrib. Lepas Maghrib, makan di warung sebelum balik rumah.

Jumaat (22/8)
Petang, ktorg pergi Tangkak sebab nak beli mesin rumput baru. Sampai rumah, aku terus test mesin rumput. Ada lagi sikit tak habis mesin. Nanti2 la sambung. Malamnya, aku n emak amik baba yg bru tiba dari Kedah di Melaka Sentral
Sabtu (23/8)
Harini gi mandi-manda di Air Terjun Sg Bantang, Bekok Johor. Perjalanan dari rumah ke destinasi lebih kurang 2 jam. Tiba sana pukul 10. Bertolak balik pkul 3 ptg. Sangat best sbb dah lama tak mandi air terjun.. Sempat snap gambar2 pokok dalam hutan.





Ahad (24/8)
Harini aku kena ke Shah Alam. Outstation 2 hari. Pagi bergerak ke KMB hantar Anas. Pastu bergerak ke Kolej Alamanda hntar Hasanah. Aku turun di Kolej Alamanda dan redah naik bas ke Midvalley sorg diri di tgh2 hujan lebat pulak tu~Lately, aku suka travel seorg diri sebab aku mudah ntuk bergerak dan boleh ikut kepala sendiri. Cuma, aku kurg suka dgn ketepatan masa kenderaan2 awam spt komuter dan bas yg tak pernah tepati jadual. So, setiap kali aku plan utk outstation, aku mesti spare masa up to 1 hour lebih awal supaya aku sampai destinasi yg dituju on-time.
Di Mid, aku g MPH carik buku dan ke Sony Centre. Then, ke KL Sentral jumpa Zul dan sorg lg kawan lama. Dari KLS-Shah Alam by KOMUTER. Sedikit geram dgn jadual komuter yg asyik ditunda+ org bersesak2 di waktu puncak. Sambil tu sempat jugak aku perhatikan perangai rakyat Malaysia yg agak kurg peramah berbanding arab Mesir. Kalau di Mesir, sambil2 tunggu metro tu mesti ade org yg akan tegur kite. Tapi kat Msia ni, budayanya lain sangat. Masing2 senyap membisu sementara nak tunggu komuter tu sampai. Toleh kiri pon tidak. Toleh kanan pon tidak. Semua sanggup tgk rel landasan tu berjam-jam walaupun dah tau tren komuter tu akan datang lambat…
Sampai di Shah Alam maghrib+solat Maghrib n Isyak+ terus ke Seksyen 15 utk main futsal. Pastu makan di Taman Tasik SA sebelum bergerak beramai-ramai ke pej SAK.

Isnin (25/8)
Bangun sebelum Subuh dan melakukan perkara yg sepatutnya seorg Muslim buat. Selepas Subuh, mendengar tazkirah dr Ust Rusydi. Banyak perkara yg beliau berikan termasuk mencabar student2 yg belajar di Mesir dgn pelbagai cabaran. Semua org rasa tercabar… Harap kita semua dapat menyahut cabaran ust tersebut…
Pukul 10, bertolak ke Kalumpang. Aku drive van Aman Palestin haritu dr Shah Alam-Kalumpang. Perjalanan lebih kurg 2 jam lebih sbb ktorg berkonvoi 5 kereta. Alhamdulillah co-pilot aku memang bagus. Sambil drive, penumpang2 terutamaynya Sheikh Qama mengusik2 aku habis-habisan. Macam biasa, style aku bile kena usik: aku signal ke kiri. Buat2 nak berhenti kat bahu jalan+buat muke serius+ sambil cakap ayat ni “ana nak enta turun dari van ni skrg…” . Hah, kompem dorg senyap sekejap. Pastu dorg gelakkan aku balik bile aku stat senyum dan meneruskan perjalanan+ dorg sebenarnya dah tau perangai sebenar aku… Dalam trip ni aku dapat tau dari sheikh Qama, aku dilabel oleh sstgh ikh sbg “budak nakal yg baik”. Haha~ sekali lagi satu van gelakkan aku….
Sesat+silap masuk jalan, akhirnya sampai Kalumpang. Pastu ada aktiviti air. Yg tak terlibat kena masak. Menu: Ayam bakar + kerang bakar. Bertolak balik ke Shah Alam pukul 3 ptg. Ada yg terus ke KLIA. Aku ke Shah Alam+beli tiket bas dan balik ke Melaka..

Abdullah anak akh Isfahmi

Nak sambung lagi ni..Tapi penat. Nanti2 la ye..
Jaga iman, jaga hati. Salam
Nota: ini entri ke 101. Alhamdulillah~Terima kasih kepada pembaca yg masih sudi membaca blog ini.

Aug 18, 2008

Double Update

Pakcik konduktor: Uish dik! Ko ni tak bace ke notis tu? DI LARANG MEROKOK
Beliau itu: Arghh! Kacau jela pakcik ni!

Ni ayat seorg budak yg duduk sebelah aku masa naik bas Sabtu lepas. Kebetulan aku balik dari Melaka Sentral-Jasin naik bas. Tgh2 jalan, bas tu pun amik la mamat ni. Naik je terus die duduk sebelah aku. Tak sampai seminit, die pon kuarkn rokok dari poket dan terus hisap. Sebelum tu, aku sempat bersembang ngan pakcik konduktor bas tu. Bile Nampak budak ni merokok pakcik tu pon tegur la sebab bas ni kenderaan awam. Bukannya bas abah beliau( mamat tersebut). Bila die sebut ayat kat atas tu, aku teringat balik ayat yg Ustzh Suhana sebutkan masa jumpa die tempoh hari. “ Manusia sekarang dah semakin jauh dari nilai-nilai murni… Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan umat ini..” Memang betullah apa yg terjadi. Bukan nak salahkan atau hukum beliau dari segi lahiriahnya, tapi mungkin remaja sekarang ini sudah lari dan hilang satu nilai penting dalam diri iaitu BERADAB DAN MENGHORMATI ORG LAIN. Apa-apa pon mari kita semua doakan agar generasi yg sedang ada ini dan yg bakal lahir terjaga adabnya dari semua aspek. Org Melayu Muslim memang terkenal dengan adab dan santunnya. Jangan sampai nanti bila kita tua nanti, GENERASI MUSLIM MELAYU BERADAB ini hilang dan pupus di telan masa..

REKOD OLIMPIK vs REKOD DUNIA ISLAM


Ok. Ni lagi satu perkara yg tergerak aku nak tulis masa dengar khutbah Jumaat tempoh hari. Sekarang ni, satu dunia tengah demam Olimpik. Tambah-tambah lagi rakyat kat Negara China sbb olimpik buat kat situ. Masa tengah2 khutbah tu, pak imam t upon kata: “harini kite sebok merakamkan rekod-rekod dunia dalam acara sukan dan sebagainya, tetapi kita lupa bahawa suatu masa dahulu ISLAM PERNAH MEMECAHKAN REKOD DUNIA TERLEBIH DAHULU”. Waktu dengar tu aku pon tertanye2 jugak rekod ape yg pernah Islam pecahkan?. Pastu imam tu sambung lagi: “ Kite jgn lupe bahawa dahulu ISLAM merekodkan satu rekod yg tak pernah dirakamkan oleh bangsa2 lain dalam dunia. Atas dasar kesamaan akidah dan kcintaan kepada Islam itu sendiri, kaum Muhajirin telah berjaya dipersaudarakan dengan gol Ansar. Ini adalah rekod yg tidak pernah dibuat oleh mana2 bangsa dalam dunia ini. Jadi saya menyeru siding Jumaat agar jgn kita melupakan rekod yg pernah kita lakarkan ini..”
Betul jugak kata imam ni. Kita dok bangga atlet2 negara pech rekod dunia, rekod Olimpik dll, tapi kita lupe rekod dunia umat Islam itu sendiri. Kalau nak diceritakan, mungkin banyak lagi rekod yg pernah Islam pecahkan. Cuma bergantung atas diri kita untuk mencari dan minailnya dari kacamata seorang Muslim.

Aktiviti

Khamis (14/8). Pergi ke Tangkak bawak nenek beli beg. Beli baju n survey harga kain untuk buat baju Melayu.

Jumaat.(15/8) Ptg: Drive to Jasin- Seremban-Jasin amik Anas kat Terminal One, Seremban. Petangnya Hasanah balik jugak coz dorg tgh cuti sekarang.

Sabtu (16hb): Pepagi lagi dah naik bas ke Melaka. Berempat (Sanah, Alawi, Anas, aku). Tujuannnya nak ke KL beli barang computer. Sampai Melaka Sentral, tiket ke KL habis. Patah balik ke Jasin.


Konduktor td: Eh! Sekejap nau ko gi jalan-jalan kat Melaka
A: Hehe~ ktorg saje buat lawatan ke Melaka Sentral ni pakcik
Konduktor td: Heh! Ini satu PEMBAZIRAN ni…
[pakcik konduktor ni adalah pakcik yg sama masa ktorg dr Jasin-Melaka Sentral]

Petang Sabtu tu, kami adek-beradek lelaki keluar ke Ayer Keroh jalan-jalan.
Tempat: Taman Rama-rama dan Reptilia + Dataran Sejarah + Berkayak kat Tasik Ayer Keroh


Ahad(17hb): Pagi.Keluar hantar bebdk ke Melaka. Anas to Melaka Sentral. Hasanah to Jabatan Pendaftaran Melaka.
Petang, Keluar tempah padang Futsal. Pastu keluar bawak budak2 memancing ngan Pak Khalid n Acik. Tempat pertama yg kitorg gi Kg Seri Maamor, Tangkak. Kebetulan Pak Khalid ke kebun die kat situ. So, die ajak memancing kat situ. Tunggu punya tunggu takde ikan pon. Terus cabut ke destinasi ke-2, tebat Chinchin. Dapatlah 2 ekor ikan. Itu pun sempat memancing sekejap je sbb dah nak Maghrib.


Isnin(18hb): Keluar ke Pekan Jasin. Hantar Sanah ke Balai Polis utk amik repot KP hilang. Then, ke pasar beli barang dapur.

InshaALLAH malam ni aku buat futsal utk geng2 kat sini.
Sekian dahulu.
Jaga Iman, Jaga Hati.

Pergi Dan Kembali Semula

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Melaka semalam (Selasa) dari Shah Alam. Dah banyak entri aku terlepas disebabkan beberapa masalah dah halangan. Mungkin kat sini aku sambung sikit-sikit repot mingguan yang tertinggal. Minggu kedua rasanya tak banyak yg aku buat. Hari Selasa (15/7), aku sempat ke ceramah tentang isu Iraq di masjid MMU Melaka. Aku ke sana berdua dengan kakak aku. Hari-hari lain aku just teruskan rutin harian amik dan hantar bebudak ke sekolah.
Minggu ketiga adalah minggu paling aku ingati kot. Seminggu aku terlantar kat atas katil sebab diserang demam Cikugunya. Seksanya Allah aje yg tahu. (maklumat lanjut ttg demam ni rujuk internet). Kebetulan kat tempat aku mase tu memang tengah epidemik la wabak ni. Penyakit yg dibawa oleh nyamuk dan menyerang kebanyakan penoreh getah dan pekebun-pekebun. Sehari sebelum kena demam tu, aku pergi ke kebun untuk petik buah rambutan dan gali ubi keledak. Tak sangka pulak bile balik tu boleh kena demam tersebut. Orang pertama yang kesan aku kena demam tu adalah nenek aku sendiri sebab aku cakap akunye dada sakit. Then, die terus suruh aku cek kat hospital, tp aku malas sebab aku ingatkan sakit biase2 aje. Bile petang, aku memang dah tak larat dah tambah pulak dengan suhu badan yg dah semakin naik. Petang tu jugak baba bawak aku ke klinik. Pas amik ubat segala, ayah aku belikan 2 botol besar air 100PLUS n suruh aku minum. Sampai harini aku fobia sgt dengan air terse but sbb rasenye tak best langsung! Beberapa hari pastu akunye sendi kaki dan lutut start sakit dan pergerakan aku mula terbatas. Aku just dapat gerak dari katil ke tandas dan langsung tak dapat keluar rumah. Pastu muscle kaki pulak cramp. Dah hujung2 tu, aku minum air kelapa atas nasihat nenek n atok aku yg kena demam ni jugak. Lepas minum, keesokan harinya terus keluar ruam2 merah kat tapak tangan dan badan aku. Alhmdulillah, lepas tu demam aku mula kebah dan beransur pulih. Dalam tempoh hampir 2 minggu aku demam ni, 2 program besar yg sepatutnya aku hadiri terpaksa aku ketepikan. Maaf kepada ikh2 yg berkenaan.

Ahad (3/8), hampir 15 org ikh Msia, Korea, Mesir, US dan Madinah datang melawat aku. Masa tu aku dah hampir 95% sembuh. Dorg baru balik dari Kem Jalinan di N9. Terima kasih kepada kalian kerana sudi melawat aku. Lepas tu, aku terus join dorg jaulah sebab dah tak tahan dah duduk kat rumah. Walau camanaepon, aku tetap bawak obat sebab takut demam aku dtg balik. Malam tu kami ke rumah Ust Zaidi Jalil di MRSM Alor Gajah. Kemudian kami ke pejabat mendengar pembentangan amal dari ikh kawasan.
Isnin (4/8), pagi tu bertolak ke Kolej Uniti, PD. Dalam perjalanan singgah sarapan di tepi laut. Nyaman sungguh! Tiba di Kolej UNITI, jumpa Ust Rahmat n Ust Sofi (ex-Mesir). Dari situ, kami meneruskan perjalanan ke rumah Ust Halim di Seremban N9. Selepas makan tghhari dan mendengar beberapa peringatan, kami bertolak ke Bangi ke rumah Ust Abdullah. Disitu, banyak perkongsian pengalaman yg kami dapat dan di situ aku rasa aku semakin mengenali ‘jalan’ yg sedang aku lalui ini. Moga Allah terus memberi istiqomah supaya aku terus menyayangi dan mencintai jalan ini…
Malamnya, selepas Maghrib, aku dan 2 org lagi bergerak ke Kolej MARA Banting (KMB). Yang lain meneruskan perjalanan ke rumah Irfan. Kat KMB aku sempat berkenalan dengan beberapa student sana termasuk adik aku, Anas (1st time jumpe sejak aku balik sini). Dari KMB, kami bergerak semula ke Bangi dan terus ke pejabat. Di pej, ada sesi muhasabah perjalanan jaulah dan beberapa perbincangan2 lain. Pukul 1 pagi, kami keluar makan sate Kajang.

Selasa (5/8), kami ke Putrajaya untuk mengikuti ToT AMAN PALESTIN. Seorang penceramah iaitu Sheikh Saud Abu Mahfuz yg menjadi penceramah untuk slot ini. Sebenarnya dah lama sangat aku nak ikut training ni. Alhamdulillah Allah beri kesempatan walaupun kami sangat-sangat kepenatan ketika itu. Dari Putrajaya, kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam untuk bertemu Ust Fauzi, Akhi Din dll. Selepas mendengar perkongsian pengalaman dan sedikit pembentangan, kami bersurai. Masing-masing meneruskan perjalanan pulang ke tempat asal masing-masing.
Rabu (6/8), pagi tu aku ke SMI Hira’ Jeram. Ni adalah antara tempat yang aku nak sangat datang. Dapat jugak peluang.. Berkenalan dengan guru-guru di sana dan beberapa pelajar. Kagum dengan pelajar-pelajar sana yang matang dan berbeza dgn sekolah-sekolah lain. Malamnya, aku dan Qama terus ke Seremban dari stesen bas Shah Alam untuk menyelesaikan beberapa urusan di Seremban. Malam itu jugak, pukul 1230 pg, kami bertolak ke JB.
Khamis (7/8). Sampai JB pukul 5 pagi. Saif amik dan pegi rumah die. Pukul 11 pgi, bertolak ke SMI Hidayah JB. Petangnya, ke Hospital Sultanah Aminah JB melawat Akhi Isfahmi dan baby barunya. Mabruk alaik ya akhi! Baby itu sungguh comel. Moga menjadi pejuang seperti ayahnya juga.. Malamnya, ke rumah Ustzh Suhana. Sembang-sembang dan mendengar beberapa nasihat dan peringatan berguna.. Sangat kagum dengan ustzh dan suami beliau. Dari situ, kami terus ke pej dan tidur di sana.
Jumaat (8/8), harini perasmian sukan Olimpik tapi aku rase cam takde kena mengena sangat ngan aku. So takyah cerita kat sini. Aku ke sebuah pasaraya dgn Qama. Beli 3 buah buku kat situ. Petangnya, lepas solat Jumaat kami ke rumah Ustzh Fauziah. Pukul 530, bertolak kembali ke Shah Alam dr stesen bas Larkin.
Sabtu (9/8). Pagi tu kami ke UNITEN untuk join ToT AMAN Palestin dari penceramah yg sama spt sebelum ini. Cumanya kali ini, isu yg dikupas lebih mendalam dan dihadiri oleh beberapa ‘org besar’ di Malaysia yg terlibat secara langsung dengan isu Palestin. Alhamdulillah, dapat memahami isu Palestin ini dengan lebih mendalam. Pesanan dari Sheikh Abu Mahfuz: Rakyat Palestin sudah banyak mendapat bantuan dan bekalan darah, apa yang kami perlukan adalah doa dari kalian. Dan yag lebih utama dari kalian, ialah MENYEBARKAN MAKLUMAT TTG PALESTIN TERUTAMANYA AL-QUDS KEPADA UMAT ISLAM LAIN. Rasanya jelas apa yg diinginkan oleh mereka. Jom kite muhasabah sikit diri kita kat sini, agak-agaknya kalau kite dgr saudara kita kat Palestin syahid dibunuh askar Israel, apa perasaan kite agaknye ek? Kalau bile kite dengar tu tak rasa ape2, tepuk dada dan tanya balik diri dan iman kita. Sejauh mana kite memahami ungkapan syahadah yg kite ulang setiap kali solat. Kalau bile dengar je kite terus rasa sedih dan rasa nak bantu mereka, Alhamdullillah sudah ada sedikit kesedaran dalam diri kita. TETAPI tak cukup juga andainya kita sahaja yg sedar tentang isu ini. Kita mahu seluruh umat Islam khususnya di Msia memahami isu ini dan membantu saudara kita disana.. Al-Quds Yunadiina..
Selepas habis ToT tersebut, aku Qama Irfan ke Gombak untuk menghadiri satu program. Habis program, kami pulang semula ke Shah ALam. Malamnya, sempat join Futsal di Shah Alam anjuran PEMBINA.
Ahad (10/8). Setelkan beberapa urusan. Makan di Rafi Bistro (depan CemaraAkasia). Ke Pej Aman Palestin, seksyen 3, Bangi. Amik dan drive van ke Shah Alam. Malam tu setelkan lagi beberapa urusan.
Isnin (11/8). Setelkan urusan tempat utk satu program. Tempah makanan, beli barang dll. Drive Shah Alam-Pej Aman Palestin, Bangi. Balik semula ke Shah Alam ptngnya. Malam, berprogram. Tumpang tidur di INTEC.
Selasa (12/8). Balik semula ke Melaka. Meneruskan rutin harian seperti biasa. .Akhirnya dapat jugak aku membalas dendam dan mengqada aktiviti yg aku terlepas sepanjang tempoh aku demam tempoh hari. TQ kepada yg call, mesej, hantar testi dan yg doakan kesihatan aku.. Alhamdulillah berkat doa kalian aku dah sembuh skrg. Syukran ala husni ihtimamikum..
Ni sebahagian laporan yg aku ingat. Tak dpt nak detailkan sangat. Di sini, aku nak masukkan juga beberapa peringatan penting utk diri aku sepanjang perjalanan aku selama seminggu lebih.

berdikir bola

“ Salahi kebiasaan diri anda. Jika mahu berada dalam perjuangan, jangan terlalu diikutkan sangat kehendak hati..” Ust Zaidi Jalil, Melaka.
“ Kau yg pertama. Antara dakwah dan belajar. Letakkan prioriti yg pertama kepada dakwah dan dalam masa yang sma jangan abikan tanggungjwab sebagai seorang pelajar.. nanti dah besar kite boleh bezakan antara org yg letakkan dakwah sebagai keutamaan dalam hidupnya dan org yg lebih pentingkan kerjayanya…” Ust Halim, N9.
“ Manusia sekarang dah semakin jauh dari nilai-nilai murni… Menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkan umat ini..” Ust Suhana, JB.
“Jgn dibuang kenangan itu, kerana ia pengubat rindu, jgn dicampak memori itu. Kerana ia pemaut kasih, kerana antara kita, yang terpisah…camtumnya hanyalah kenangan..” SMS dr Bos terchenta, Akhi Qamarul Naim

“Ya Allah, ku serahkan jiwa, perasaan dan hati ini di bawah jagaan Mu. Kau bantulah hambaMu yang lemah ini. Sungguh ku tak termampu untuk mengharungi hidup ini tanpa Rahmat dan panduan dariMu..”
Kurniakan aku rasa cinta pada jalan ini…. Terima kasih Tuhan
SyaBAB

Jul 13, 2008

Curik Masa!!

Salam semua. Alhamdulillah. Dapat curik masa sikit untuk update. Sebelum ni dah janji nak boh gambar sekeliling umah kan? Ni adela sikit gambar2. Tapi tak semua gambar ade la... Nanti sambung lg..tak sempat. Baru 6 hari sampai, serata alam dah ku pusing. Ni pon baru balik dari perjumpaan dgn kawan kat Pntai Pengkalan Balak. Aku redah je pegi naik moto walaupun aku tak tau jalan sebenarnya. Lebih kurang sejam suku gak naik motor.. Berasap~ Nanti detail perjalanan aku untuk minggu ni aku masukkan kemudian. Doakan Allah panjangkan umur dan diberi sedikit kelapangan.


Dah kuar buah dah pon..Sesape yg tak penah tgk gajus tu ni la pkok die..Pucuk die boleh buat ulam.. Gajus ke jagus ek? konpius lak




Ini antara pokok durian yg ada. Banyak lagi. Dalam 20 batang kot. Bawah tu ade 2 bijik durian luruh..Kalu usha betul2 tgk kat atas pokok tu ade buah..dibalut dengan surat khabar. Sebab apa kena balut???


Sebab kalu tak balut inilah jadiknye.. Si tupai yang bedal dulu.. Bile buah jatuh, isi tarak, kulit berlobang2..


Hasil semalam


Ini pokok pegaga. Tapi yg ni jenis besar punye. Boleh buat ulam. Makan dengan sambal belacan.


Ini rumah Farihin tu. [pandangan dari garaj rumah aku]


Belakang rumah. Dulu hutan tebal. Sekarang abis semua kena tarah.

Ok la yek. Nanti kalu sempat upload lg. Ni nak kena jemput Rauf jap.
Sekian. Jaga iman. Jaga hati.

Jul 9, 2008

Saye Farihin!!

Ni aktiviti aku petang tadi. Tolong baba kait rambutan untuk bagi kat jiran-jiran sebelah rumah. (aku ade 2org jiran je pon). Kebetulan pulak tadi jiran sebelah rumah datang rumah aku. [nak merisik aku rasenye..haha~ perasan!].. Datang sembang-sembang petang ngan mak aku. Die datang ngan anak-anaknye. BAru pindah kat sebelah umah aku tak sampai setahun. Cikgu juge~


Hai! Awak name sape?
Farihin bin bala..bla..(lupe name jiran aku tu)
oooo...dah sekola lom?
Dah...tadika kemas
Kat jasin eh?
Bukan la! kat taman maju, jasin
[sigh] Taman maju tu jasin la..[dalam hati]


Aku suh die pegang lastik tu ngan buah jambu merah tu.. Tengok betol2 lastik yg die bawak dari rumah die tu...Batang kayu tu punye la besar..tapi getahnye..alahai.. sian aku ngan budak ni..
JAmbu tu pulak, petik kat laman umah aku.. Mule2 die kate: Abang! kite nak buah ceri tu.. Aku: Farihin..itu bukan buah ceri..itu buah jambu! FArihin: Tak! itu buah ceri!! Aku: [suke ati la]
Bile aku dah petik buah tu die cakap: Abang! buah ceri ni pelik la...



Ni la adek-adek angkat yang aku selalu cerita tu.. semua sekali ada sepuloh ekor.. tapi dalam gambar ni ade 9 je..seekor lg pegi mane?? Nanti dalam gambar bawah... Tengok juge gambar ni betol2..ade adek aku seekor die pelik sikit..


Tengok sekor yang belakang tu... die ni pelik sikit..muncung kaler kuning..badan kaler putih.. Aku panggil die: SI ANGSE ALBINO..


Ha... Ni la yang seekor lagi tu.. Die tengah mengeram telur.. ANgse kalau tengah mengeram jangan dikacau. Kelihatan beliau sangat pemalu.. Selalunya mak aku akan hantar telur ke pejabat Haiwan untuk ditetaskan, tapi kali ni tak hantar pulak.. terlupe kot..bagus gak tak hantar.. nanti banyak lak adek2 aku..susah nak jage..


Ingat lg kisah aku kena gigit ngan angse? Inilah angse yg bajet otai itu.. Kelihatan beliau melarikan diri dari aku.. Takut la tu..


Ni bekas makan dan mandi angsa..Bekas besar tu adalah bekas mandi Rauf waktu kecik2 dulu..
Angsa adalah sejenis haiwan yg pembersih.. Kena pastikan air sentiasa ditukar setiap kali bagi makan.. angsa jugak kuat makan! TApi harini lupe masak nasi.. bagi makan jagung je..


Ayam pon ade gak..tinggal baper ekor je dalam reban..yang lain tak reti nak balik.. Bile tgk ayam aku teringat pepatah melayu: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masalahnya aku tgk ayam kat umah ni sumer tak reti mengais sebab asik makan jagung je..


Usha atas pokok ni betol2...nampak tak? Ni antara puluhan ayam yg tak reti balik reban...

Farihin! tengok atas..tu ape tu?
Wow... umah abang ade burung merak la...
Adoi farihin oi...burung merak tak reti panjat pokok la..



Dulu bertiga..Kini tinggal seekor.. Yang pergi takkan kembali lagi..
Farihin! ni ape?
itu kucing...
Salah!!! itu anak harimau...
Hahaha~abang bohong!




LAstly, kredit to Alawi yg tlg aku gantikan air angsa.. AKu yg suruh sebab sebok mengambil gambau binatang2 di atas...

Nota: Banyak lgi gambar sekeliling rumah yg aku nak upload..tunggu cerita2 pasni ye..doakan internet aku ok juge..

Jul 8, 2008

Pulang Malaysia!!

Alhamdulillah. Dah selamat sampai ke Malaysia semalam. Touch down pukul 430 lebih kurang. Sampai KLIA, terrpaksa tunggu beg agak lama sebelum boleh keluar jumpa famili. Masa turun flight yang paling excited sekali bukannya orang melayu, tapi org arab lak yg lebih2. Seronok sakan dorg. Macam sampai negara dorg sendiri. Pelik aku tengoknya. Mybe diorg datang bercuti kat sini sebab negara Arab sedang mengalami musim kepanasan melampau…

terima kasih kerana memilih Emirates Airlines

Sebelum tu terpaksa transit kat Dubai lebih kurang 9 jam. The 1st 2 hours tu boleh la tahan lagi, tapi dah lama2 transit tu boring gak la. Tatau nak buat apa melainkan tido dan mengayau2 sambil berjalan atas eskeleter tu laju2.. Actually, lepas 15 sampai aku dah pi ngayau satu epot tu. Tengok2 tempat sikit dan usha2 barang kat tempat free duty tu.. Pas makan dinner, bebudak ajak ngayau sekali dorg tapi aku dah malas. Tambah lg aku prefer jalan sorang2 sebenarnya. Mudah, cepat, tak bnyk kerenah dan save masa. Tambah time tu aku tgh sakit kepala dan ngantuk. PAstu aku carik port tido la..cangak lg.. Terjaga dari tido aku tgk ada org Filipina dok sembang ape tah sebelah aku. Aku tak paham sepatah habuk tambah dorg cakap kuat2 macam tak penah jumpe bertahun-tahun, terus ak pi carik rombongan pengantin tu. Selamat jumpa. Then, carik Paan yg sengaja kenakan aku. Puas satu epot aku pusing2. Aleh2 die dok depan mata aku sambil melambai2 riang buat muke tak bersalah. Siot! Padahal boleh je die lambai awal2. Takyah aku pusing satu epot tu. Penat aku berjalan bagai~

Dengan budak2 yg 'sekejap ade sekejap Hilang'

Sebelumnya lagi, aku bertolak dari Mans-Alex beh kurang kul 7 pagi. TQ kepada dak Acap n Dak Haq yg tolong aku angkat barang2 semalam. Trip grup aku semalam telah diberi nama “rombongan pengantin” oleh c Evenstar. So, misi balik kali ini sangat besar, iaitu untuk memastikan bakal pengantin sampai Malaysia dengan selamat. Huhu~ Perjalanan ke Epot Alex AMAT2 MEMBOSANKAN DAN MENYAKITKAN JIWA RAGA. Aku ingatkan besar sangat la epot Alex tu. Tengok2 adela besar epot Manglore. Kecik je rupenye. TApi nak sampai situ, Allah je yg tau bosannya.

Sampai semalam, parents rombongan2 pengantin dah tunggu kat luar. Keluar je, aku terus jumpe mak aku. Salam2 then tunggu dalam 10 minit dan terus blah. Tak sempat sesi beramah mesra ngan org lain coz kena rush ke UiTM untuk jumpe adik aku. Sori la kengkawan sumer ye..

Masa dalam kereta semalam memang aku gosip habis-habisan. Sebab time tu jela masa nak gosip pon. Pasni parents aku pon sebok kerja. Sampai umah semalam dalam pukul 750 malam. Mandi sekejap, pastu terus keluar pegi makan ikan bakar sebab ada sedara dari Kedah datang. Menu semalam: ikan bakar bersambal, kepah masam manis, kangkung goreng, sotong goreng tepung, otak-otak dan air tembikai. Sesape yg datang Melaka pasni leh la roger2 ak. Boleh belanja makan ikan bakar nnt. Pas balik aku sembang2 jap sambil menyelongkar Apple kakak aku. Jeles ak leh dapat laptop Apple free2 je.. Nak gak aku belajau kat India kalu camni…

Sebelah aku: Budin buncit (cousin)

*******************************

Pagi tadi, aku bangun dalam pukul 610. Semayang Subuh pastu terus kena buat sarapan. Sandwich je pun. Mak ak masak nasik goreng. Pastu tgk bebudak sekolah gi sekolah. Pas tu panaskan enjin motor aku sambil dalam jiwa aku runsing dgn harga minyak yg naik membabi buta itu. [pikir pasal poket ak yg bakal kering sebenarnya] Abes bebdk gi sekolah, aku round keliling rumah naik moto. Malas nak menapak. Cek buah durian ade luruh tak. Cek rambutan baper bnyk pokok berbuah. Pastu sedara mara aku balik dalam kul 8 lebih. Pas dorg balik, aku pon kuar sekai lagi ke rumah atok utk lapor diri. Sian, sumer orang kat umah demam. Atok baru je kuar hospital seminggu. Nenek pon demam. Pakcik n famili pon demam gak. Aku taknak kaco dorg sebenarnya. MAsa aku sampai atok tgh baca paper. Mang cun la masa aku smpai ni. Time ni la aku nak dgr segala opinion atok. Time die tgh baca paper. Aku pun dok sebelah die sambil gosip2 sikit. Pastu terus ke matlamat utama. POLITIK dan HARGA MINYAK. Pastu die terus memberikan syarahan dan aku pon dengar dengan penuh minatnya. Minyak..bla..bla… Bala lari…takut la tu….. Anwar ni…bla.bla.. US..bla..bla.. Pak Ucu..bla..bla.. MAsuk hospital..bla..bla… Jururawat cocok tangan atok..bla..bla.. Atok merayu kat dr nak kuar hospital..bla..bla… Nyamuk monyet gigit atok ngan pak Khalid..bla..bla.. Ayat last aku: mybe darah atok ngan pak Khalid manis kot… Atok: Haah..yela kot..2 jam lebih gak menyembang tadi. Sambil-sambil tu dapat gak aku makan lempeng pisang ngan air teh yg nenek buat. Ok. Mission Accomplished!

Petang aku jemput bebdk balik sekola dalam pukul satu. Aku drive je kete BBT tu walaupun pg tadi mak aku dah pesan jgn drive sbb die takut aku dah lupe cara bawak keta.. Waktu keluar hujan renyai-renyai. Pas amik Rauf, Alawi dan Wardah, aku balik rumah. Pastu dalam pukul 2, keluar balik hantar Rauf sekola agama dan terus pegi jasin ngan alawi utk gunting rambut dan carik bola utk aku menyepak di kala waktu petang. Pukul 630ptg, aku keluar lagi sekali ke Pekan Jasin teman mak carik tudung.. Balik malam pas solat Maghrib aku terus tidur… ni baru bangun utk update blog perjalanan harini dan semalam…

Sarapan aku wat ni..

**************

Ayat-ayat menarik semalam dan hari ni

Lawi: Camne ko leh ade janggut lak ni?

[hehe~ nampaknye misi janggut ak berjaya..jambang kuar cepat!!]

Rauf: bangah ni boleh berubah-ubah la... sekejap ade janggut..sekejap tak..rambut pon dah serabai.. suara pon boley ubah-ubah

[die tatau aku sakit tekak naik flight lame2.. rambut serabai?]

Nenek: Kurusnye bangah.. Balik dulu gomok sikit..tapi kali ni dah kurus pulak aa

[harga barang naik nek.. malas masak pon iye jugak sebenarnye]

Atok Hasan: bongah balik sampai bilo?

Sampai raye..

Atok: Umang ai lamonyo cuti... buleh kawen duo kali tu..

[aku, nenek dan lawi gelak sampai pecah perut bile dgr joke slumber atok aku ni]

Nota: skrg keliling umah aku dikelilingi pepokok buah-buahan yg sedang galak berbuah.. InshaAllah aku masukkn gambar dlm entri akan datang. Esok kuar ke KL iA..