Feb 29, 2008

He taught me something la..

Hari ini 29 Februari 2008. Maksudnye, tahun ni bulan Feb ade 29 hari. Takde ape yg nak diupdate sebenarnye. Tapi nak amik kesempatan hari ni utk update sebab nak jumpe tarikh ni balik adalah selepas 4 tahun dari sekarang. Maknanya tahun 2012. Maksudnya lagi, saya dah habes belajar time ni kalau masih hidup. InshaAllah. Jadi saya amik la kesempatan ni untuk ceritakan beberapa perkara dan peristiwa yang telah, sedang dan bakal berlaku selepas ini.

Saya sudah menyusun semula jadual harian. Alhamdulillah. Berusaha untuk menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Baca buku selain Medic, risalah Arab dan buat artikel untuk blog.

Tidur luar. Maksudnya dalam seminggu, 2 hari takleh tidur atas katil dan di rumah sendiri. Kena pergi rumah orang lain dan tidur kat sana. Bukannya lari dari rumah. ‘Beruntunglah’ mereka-mereka yang mendapat saya sebagai tetamu. Hehe(Apis giliran kamu hari ini ye)

Menyusun jadual aktiviti rumah (dalam proses). Alhamdulillah setakat ni program yang sudah berjalan adalah Iftar Jamaei mingguan setiap hari Khamis. Dalam usaha untuk berkenalan dengan semua kawan-kawan sekeliling dengan lebih rapat lagi.(tak dapat semua jangan tinggalkan semua) Taaruf adalah asas dakwah kita. Dari taaruf ikatan antara hati-hati terbentuk. Tidak perlu kepada program-program besar dan mega sebenarnya untuk mengeratkan ikatan hati-hati, cukuplah program ala kadar tetapi memberi impak terhadap hati. Mungkin jemputan untuk rumah anda selepas ini..

Waiting-List untuk update diblog dah berlambak tapi masanya kurang (ke tak reti bahagi masa?). Start dari Jelajah Jordan-Syria-Lubnan, Rihab, Hatta Yughaiyyiru Ma Bianfusihim, kisah-kisah nabi, kutaib dan macam-macam lagi. Banyak ni nak kena buat. Harap-harap dapat buat. Tak dapat semua, sikit pun jadilah. Tak gitu? Sekarang dah dapat satu kelebihan blogging pasal fakta dan artikel-artikel ni. Saya kena baca dulu, kemudian keluarkan yang penting, buat draf dan taip. Memang banyak kerja. Tapi yang penting, puas!!!

Teringat kesah seorang kawan minggu ni. Masuk ke kelas dengan muka tak bersalah dan slumber time doc halau keluar semua budak2 lambat. Then sembang-sembang balik, he taught me something: Kalau jadi perkara-perkara sebegitu sila buat muka tak bersalah. Sila buat2 tak paham Arab. Dan tunggu sehingga doc cakap BI@sebut perkataan Malizi. Bila doc dah cakap BI tu silalah keluar katanya lagi…(nasib kamu memang baik time tu)

Telefon Malaysia dan YM India
Dah lama tak call Msia. Rindu-rinduan nak bergosip dengan kanak-kanak di rumah. Just msj2 je dengan mak n baba serta Sanah juga. Tiap-tiap hari juga saya chatting dengan kakak di India itu. She has a big planning for this coming summer holiday. Saya menjadi mangsanya. Kenalah berjimat cermat selepas ini.

Kesedaran Palestin
Sekarang ni in my head, saya sedang planning sesuatu untuk membuat sesuatu untuk menyedarkan kita tentang isu Palestin. Dah plan dengan beberapa orang kawan. InshaAllah lepas ni kalau diberi peluang akan ada program yang akan dibuat.. Orang yang nak bercerita tentang Palestin itu sudah ada, cuma masanya saja yang belum ditentukan.

Tiada di sini setiap hujung minggu lalu dan akan datang (kecuali minggu ini). Ada beberapa tugasan dan perkara yang perlu diselesaikan dan disertai. Harap dipermudah urusan.

Kempen berjimat cermat. Sebab ada projek summer nanti. Ada sapa-sapa nak sponsor ke? Akim?

Belajar bekam. 2 minggu lepas diberi kesempatan untuk belajar bekam dengan Ust Abd Latif. Saya, Pah dan Akim. Kami budak baru belajar, kalau salah sila betulkan. Balik je dari belajar, masing-masing mula buat eksperimen. Mangsanya adalah saya dan Pah. Yang seronok Akim jela. Sebab beliau tidak dieksperimentasikan. (gambar dalam entri lepas)

Planning nak buat rak buku sebab meja dah semak dan sesak. Serabut dan serabai. Masalah betul bila jadi camni. Bila dah amik buku tak reti nak kemas. Pastu kecoh-kecoh meja berselerak. (memarahi diri sendiri). Ada sesape nak tolong kemas ke? Apis? Boley?

Tak boleh main bola! Haih! Lutut still sakit lagi. Skru longgar. Tapi kadang2 bila dah gian main jugak. Tapi jadik goalkeeper dan lastback saja. Ok jugak kan? Lagi baik dari jadi pengadil dan penonton kan?

Ni tadi Akim ade bagi Borang kajian elaun JPA. Hehe. Macam biasalah. Maklumat-maklumat yang diberikan sudah tentunya tidak tepat 100%. Maaflah. (ade pegawai JPA ke bace blog ni?). Bukan niat kami. Tapi dah minta naik berkali-kali. Naiknya tidak juga. Harap pas PRU ni naik la hendaknya ye…

Di Malaysia sedang hangat tentang PRU. 8 Mac ni. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi. Undi anda adalah rahsia. Masa depan negara terletak di tangan anda. [iklan SPR]. Sempat juga semalam melayan ceramah politik. Sekadar untuk mengetahui isu-isu yang ‘dihangatkan’ ketika kempen. Tidak lebih dari itu. Pilihlah yang terbaik.

Sekarang dah nak masuk musim summer@ berada di penghujung winter. Lepas ni jam akan berubah. Waktu siang akan lebih panjang dari malam. Sila susun jadual anda supaya tidak pening di kemudian hari. Pastikan bioclock diset semula. Sebenarnya saya yang ada masalah. Masalah tidur. Pukul 12 atas katil. Pukul 2 pagi baru lelap. Masalah bukan?

Lagu best. Harap sesiapa rekemen lagu-lagu best kepada saya. Tak kira bahasa, rentak, irama. BI,BM,BA. Nasyid dll.

Beberapa hari lepas berusaha untuk mencari blogskin baru. Tapi semua macam tak best je. Jadi saya ambil keputusan untuk guna skin hitam ini sampailah ke Pilihanraya Umum yang akan datang. 4 tahun lagi baru tukar boleh?

Wajibat lebih banyak dari masa. Masa blogging dah abis ye. Ada kerja yang perlu dilaksanakan. Marilah bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Pembangunan jiwa bermula… Jaga hati. Jaga iman. Jaga diri. Sekian.

“ Adakalanya mereka yang berdiam diri itu lebih banyak kerjanya dari mereka yang banyak berkata-kata. Orang yang banyak cakapnya, belum tentu mampu melaksanakan perkara yang diperkatakannya”

Hijrahlah!!

Assalamualaikum.

Kali ini saya memilih untuk memasukkan kisah dari kitab Fi Rihab Islam. Tidak semua cerita yang akan saya masukkan ke dalam entri ini. Cuma memetik beberapa bahagian penting sahaja.

Persediaan Nabi untuk berhijrah

Penghijrahan kaum Muhajirin dari Mekah secara berkumpulan mahupun individu secara besar-besaran selepas diberi keizinan oleh Rasulullah menyebabkan Kota Mekah hamper kosong daripada orang Islam. Akibat dari kesan ini, orang-orang kafir Quraisy yang sememangnya dengki dan iri hati dengan penganut Islam merasakan bahawa orang-orang Islam telah mempunyai negeri untuk mereka menyebarkan agama yang suci ini. Sebelum hijrah nabi ke Madinah, baginda telah menyusun beberapa strategi untuk melancarkan dan mengurangkan risiko perjalanan ketika berhijrah nanti. Antara strategi yang tela dirancang baginda:

Memilih teman dan sahabat dalam perjalanan iaitu Abu Bakar r.a.
Pernah suatu hari Abu Bakar bertemu dengan baginda untuk berhijrah tetapi telah dihalang oleh nabi. Baginda bersabda:
“Jangan gopoh. Semoga Allah menjadikan untukmu seorang teman”

Berkat kesabaran dan ketabahan Abu Bakar beliau telah dipilih nabi untuk berhijrah bersama-sama baginda.

Menyediakan tunggangan ke Madinah

Menyediakan penunjuk jalan yang pakar.
Baginda telah memilih Abdullah Bin Uraiqat dari Bani ad-Dailam dan mengupahnya. Ketika itu beliau masih lagi menganut agama ajaran kaumnya dan nabi mendapat jaminan daripadanya. Mereka telah berjanji untuk bertemu di Gua Tsur.

Tempat bersembunyi adalah Gua Tsur.

Menggantikan Ali binAbi Talib di tempat tidur baginda untuk mengelirukan kaum Quraisy

Memilih pembawa berita dari Mekah, Abdullah bin Abu Bakar.

Menyediakan orang yang akan membawa makanan dan menghapuskan tapak kaki orang yang datang ke Gua Tsur.

Konspirasi ke atas nabi

Kaum kafir sememangnya sangat dengki dan iri hati dengan perkembangan dakwah nabi Muhammad SAW. Dakwah nabi telah mula diterima oleh golongan miskin dan atasan. Beberapa sahabat-sahabat besar telahpun mula memeluk Islam dengan hidayah dan rahmat yang di berikan oleh Allah Taala. Akibat kedengkian dan rasa tidak senang ini, beberapa pakatan dan konspirasi telah dilakukan demi untuk memastikan dakwah Islam serta nabi Muhammad lenyap dari muka bumi Allah. Tambahan pula, pada ketika itu, nabi masih lagi berada di Mekah. Justeru, mudahlah bagi pakatan ini untuk melaksanakan pakatan mereka.
Firman Allah Taala dalam Surah Saff ayat 8:

“ Mereka sentiasa berusaha untuk memadamkan cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut-mulut mereka, sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya sekalipun orang-orang kafir tidak suke (yang sedemikian)”

Dengan yang demikian, satu perbincangan telah diadakan di Dar an-Nadwah dan mereka berbincanguntuk menghapuskan ajaran ini. Mereka saling bertukar-tukar pandangan.

Pertama: Kurungkan baginda di dalam sangkar besi dan tunggu sehingga baginda mati. Ini adalah seperti cara-cara yang mereka lakukan terhadap penyair-penyair terdahulu.
Pandangan ini ditolak oleh mereka kerana sudah tentulah berita kematian nabi akan sampai ke pengetahuan sahabat-sahabat dan mereka akan bersatu dan menentang pembesar kafir Quraisy.

Kedua: Usir dan buang negeri keluar dari Mekah
Seperti cadangan pertama, cadangan ini turut ditolak oleh ahli mesyuarat.
Mereka berkata: Ini bukan pendapat yang baik untuk kamu.Tidakkah kamu tengok percakapannya yang baik, pertuturan yang manis dan dia dapat menawan hati dengan ajaran yang dibawanya. Jika kamu melakukan sedemikian, kamu pasti tidak dapat menjamin orang ramai daripada mengikutinya. Kemudian dia membawa mereka kepada kamu sehinggalah dia dan mereka menginjak kamu dari negeri kamu ini. Lalu dia mengambil tampuk pimpinan kamu dan memperlakukan kamu sesuka hati.

Ketiga: Membunuh nabi
Lalu Abu Jahal bersuara: Demi Allah, saya mempunyai cadangan yang kamu belum pernah melakukannya. Mereka bertanya: Apakah dia wahai Abu al-Hakim.
Dia menjawab: Kita ambil daripada setiap kabilah seorang pemuda yang gagah, berketurunan mulia dan dihormati serta sasa. Berikan kepada mereka sebilah pedang yang tajam. Kemudian, mereka pergi kepada Muhammad, lalu memenggalnya dengan serentak, umpama pukulan seorang sahaja. Mereka membunuhnya dan kita memperoleh kerehatan. Tuntutan darah itu akan terpecah kepada semua kabilah. Oleh itu, Bani Abdul Manaf tidak dapat memerangi mereka semua. Mereka akan rela membayar diat kepada kita.

Mereka bersepakat untuk menerima dan melaksanakan cadangan ini. Kebatilan mahu menundukkan kebenaran dengan senjata tetapi ketetapan Allah itu lebih dari segala-galanya. Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 21:

“ Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”

Pekung konspirasi pecah

“Dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka),kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya” [Surah Al-Anfal: 30]

Ibnu Ishak berkata antara ayat yang disepakati tentang pembongkaran konspirasi itu ialah firman Allah dalam Surah Anfal:30 dan at-Thur:30.

“Mereka menuduh Muhammad dengan yang bukan-bukan, bahkan mereka mengatakan Muhammad itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya” [At-Thur:30]

Perubahan diri

Ini adalah antara sebahagian dari yang saya sempat petik dari buku Rihab ini. Beberapa perkara penting yang saya mahu kongsikan. Pertama tentang penghijrahan nabi Muhammad ke Madinah. Dalam kisah tersebut, jelas menunjukkan bahwa nabi berusaha dan kemudian bertawakkal kepada Allah. Baginda tidak menyerahkan bulat-bulat urusan hijrah kepada Allah, sebaliknya baginda merancang dengan teliti untuk melaksanakan rancangan itu. Mudah sahaja Allah untuk membantu nabi dengan kekuasaannya. Tetapi itu bukan pilihan nabi kerana beliau menunjukkan kepada kita tentang konsep usaha dan kemudian barulah bertawakkal.

Begitulah juga dengan kehidupan harian kita, perlunya kepada perancangan. Orang yang gagal merancang, sebenarnya sedang merancang untuk gagal. Perlunya kepada peracangan ini untuk mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan. Lihat sahaja orang-orang disekeliling anda yang berjaya di dalam pelajaran dan kehidupan, adakah mereka golongan yang membazirkan masa dengan sia-sia? Ataupun mereka mengisikan masa mereka untuk melakukan perkara berfaedah? Sudah tentunya jawapan kedua menjadi jawapan kepada pertanyaan ini. Mereka faham tentang nilai waktu. Nilai nikmat masa yan Allah anugerahkan. Justeru, jika hari ini kita masih lagi belum merancang perjalanan kehidupan harian mahupun jangka masa panjang, marilah berbuat demikian dengan segera. Takut-takut nanti kita tak sempat merancang waktu kita dan melemparkan kita ke lembah binasa. Dan lebih ditakuti lagi, kita dijemput Ilahi sebelum sempat melakukan apa-apa dalam kehidupan ini….

Allahua’lam.

Rujukan dan diringkaskan dari Fi Rihab Islam

Nota: Sekarang dalam Mode menyibukkan diri dengan perkara berfaedah. Kelas tusyen Patho pun dah start. Jadual hidup pun sudah teratur selepas cuti lalu. Masa untuk blogging terhad. Maaf atas kelewatan update. Moga Allah permudah urusan kita.