May 9, 2008

Kerna senyumanmu begitu berharga..

Salam. Mari kita mulakan membaca entri ini dengan senyum. Ikut step ini. Duduk depan cermin. Senyummmm….ok2…senyum lg sikit….senyum lah dengan senyuman yg paling comel sekali…lagi comel..lagi comel..dan, bayangkan muka2 org yang tersayang…abang, kakak, adik2, emak, ayah, atok, nenek, sepupu sepapat, isteri, suami (kalau ade) dan terus senyum sampai ke telinga. Senyum ye kawan2. Bukan sengeh! Ok2. Stop. Pergi jumpe kawan-kawan serumah dan ajak dorg senyum sekali. Tgk. Senyuman sape yg paling comel. Senyuman sapa yang paling bahagia.Teruskan senyum.. dan teruskan membaca entri ini sambil tersenyum. Ingat! Senyum. Bukan sengeh ye.Stay cool. Stay comel2 selalu...

Ok. Saje je masukkan pasal senyum ni. Baru menyedari sesuatu sebenarnya. Senyuman kita amat2 bermakna kepada orang2 di sekitar kita. Wajah kita boleh menfsirkan seribu makna yang tersirat dalam hati kita. Kalau kite monyok je, org mesti anggap kita ade masalah dan depress. Bile buat muke serius sikit org mesti kate: Amboi! Garangnye budak ni. Bile buat muke tak bersalah org mesti kate: Haih! Budak ni memang takde perasaan ke ape? Dan kekadang bile tersenyum sorg2 org mesti kate: Ha! Dah angau la tu… Betol tak apa yg saye cakap? Wajah kite boleh memberikan pelbagai respon terhadap org yg melihat kita.. Cube kita senyum bila tgk org. Org mesti kate camni: Amboi! Bahagianye hidup ko ..mcm takde masalah pon…lagi nak exam lagi lebar ko senyum ye…

Bile senyum je org mesti kate kite tgh gembire. Bahagia. Hepi. Takde masalah. Tak depresi. Lapang pemikiran. Pendek kata, org yg tgk kite pon akan turut bahagia. Itulah kuasa senyum! Dan jangan lupa, sebenarnya senyum juga adalah sedekah ye kawan-kawan. Sedekah yang tak perlu keluarkan seposen pun dari poket2 anda. Dahlah takyah kelaurkan duit, dapat pahala lagi. Jadi tunggu apa lagi? Senyum cepat sebelum terlambat [?] Sekarang ni sy tgh berkempen. Senyum walaupun ada masalah. Senyum walaupun anda marah kat org tu. Senyum walaupun org tu buat lawak bodoh yg anda memang tak suke. Senyum walaupun hati terguris.. Senyum walaupun takleh jwab 100% soalan-soalan exam..Senyum walaupun anda stress.. senyum dalam apa juga keadaan negative yang menimpa diri kita.. Cuba untuk senyum..terus tersenyum dan terus senyum…Mudah-mudahan orang lain akan turut bahagia dengan senyumanmu itu..
Cube ye kwn2. . Saya pon tgh mencube2 jugak ni. Tambah2 lagi time2 exam ni. Sumer org asyik monyok2 je. Tension je. Sensitip je.. Relaks. Cool. Tenang. Lapangkan pikiran. Ingat org yg tersayang. Pandu dengan cermat…Senyum2 lah anda..Jangan monyok2. Jangan sedih2. jangan tensi2.. Ceria2 selalu…

Camne nak senyum kalu exam pon takleh jawab? Relaks. Cuba tgk contoh ni. Ade org tu kan die lansung tak boleh jawab soalan exam. Dari tadika, sekolah rendah, sek menengah sampai la ke universiti. Asal die tgk soalan je die terus pengsan. Asal tgk soalan je die terus pitam. Asal tgk soalan je die terus hilang ingatan. Anda kire ok lagila. Ade jugak soalan yg dijawab. Banyak pulak tu yang boleh dijawab. Lagi pulak tak pengsan time tgk soalan. Kire hebat la tu… Percaya pada diri sendiri. Yakin dengan jawapan yang kita dah jawab.. Yakin dengan Allah. Kite dah usaha. Allah yang akan tentukan segalanya. Rahmat dan bantuan Allah boleh datang bile2 je. Percayelah!

Memandangkan musim exam yang panjang selama 2 bulan ni, memang dah diketahui hari-hari yang bakal berlalu memang amat2 menensionkan. Kebanyakan org akan berubah perwatakan. Yang hepi akan jadi sedih. Yang optimis selalu pon boleh lemah semangat. Yang selalu bermotivasi pun boleh jadik down syndrome. Yang tak pernah bermotivasi pulak boleh jadik sebaliknya.. Atau mybe lagi teruk dari sebelumnya. Cuma Apa yang saya nak tekankan kat sini ialah, mari sama-sama kita support antara satu sama lain. 2 bulan ni sekejap aje kawan-kawan. Pejam celik, pejam celik, tgk2 dah nak cuti dah pun. Jadi macam adik-beradik. Kuatkan antara satu sama lain. Ada kawan-kawan kita yang jenis pendiam dan tak suke untuk berkongsi masalah dengan org lain. Org camni lagi mudah depresi. Balik je exam kang die terus diam tak bercakap-cakap. Makan pun tidak. Mandi lagilah… Kalu ade yg macam ni cube-cube la korek masalah dari die. Tunjukkan yg kita sayang dan prihatin ngan die. Orang macam ni die suke org berdamping ngan die, walaupun die tak bgtau hakikat itu sebenarnya pada kita.. Sesetengah orang tu pulak, bile die ade masalah, habis kat sumer org die pi bgtau masalah die. Kecohnye Allah aje yang tahu. Sampai effect kat kawan-kawan sekeliling. Kalau ade org yang camni nak buat camne?? Dengar masalah die dulu. Biar die cakap sampai abis semua masalah die. Pastu pi belanja die makan. Then, balik suruh die tidur. InshaAlah lepas tu kompem die tak ingat dah masalah die. Cumenye kalau ada yang jenis macam ni, ingat2lah ye, bukan anda seorang sahaja yang ada masalah, orang lain pun ada masalah jugak. Kalau anda yang jenis sentiasa bermotivasi pulak, teruskan bermotivasi dan sebarkan semangat anda pada kawan-kawan lain. Andalah yang mereka akan cari apabila hilang semangat nanti. Dan peringatan, mungkin satu hari anda juga akan kehilangan motivasi diri. Jadi pastikan anda membina suasana sekeliling yg bermotivasidan positif supaya satu hari apabila anda kekurangan motivasi, org di sekeliling pula dapat membantu anda. Ok. Teruskan senyumanmu..

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. dalam ketawa itu bersangatan sehingga terlihat anak tekaknya, hanyasanya ketawa beliau s.a.w. itu adalah tersenyum. (Muttafaq 'alaih)

Tentang exam Pathologi, tahun ni format baru. So, kami adalah pelajar eksperimen utk paper baru ni. Soalan2 pendek spt definisi, comparison, naked eye (N/E), Microscopic eye (M/E) dll. Lebih mudah kalau nak bandingkan dengan soalan2 past year yang kena jawab essay panjang berjela2 tu. Cume tahun ni, setiap bende adalah details. Kekadang soalannye kita pon tak sangka-sangka akan keluar. Simple n ringkas. Mudah kalau baca. Antara respon terhadap 1st paper aritu:

Arghh! Soalan senang tp lupe.
Ape punye soalan daa..
Dok tumpu soalan2 payah sekali yg kuar soklan2 senang..Hampeh betol!
Aku hentam je sumer
Bohong!

2nd paper utk special semalam agak susah jugak. Tapi ok la gak. Takdelah susah yg gile2. Boleh lagi la kalu nak hentam2. Hehe~ Cume sy terstuck kat soalan pertama semalam. Pasal Mac Burney point. Seriusly, macam ade org dok bisik2 kat telinga ni pasal Mac Burney Point tu. "Sebenarnye Mac Burney tu adalah nama baru bagi Mac Donald cwngan Mansurah." Seriusly tak tipu. Hampir terpedaya dgn bisikan tersebut. Last2 sekali terus tinggalkan soalan tu dan lompat ke soalan lain. Bila dah abis jawab & reka2 jawapan yg lain sy patah balik pi soalan tu dan baca sekali lg dengan detail. Alhamdulillah. die kate sakit Mac Burney point. Sebelah umbilical. Tenderness pain ke ape tah. So, sy pon turunkan tangan. Carik2 sikit point tu gune tgn. Naseb le org nak kate ape. Kemudian terkeluar la jwpn. Acute Appendicitis! Ngahaha~ Betol ke? Ilham Allah dimana-mana kan kwn2..? Yakin2!

3rd paper MCQ, ramai depresi. Soalan hanya beberapa soalan je yg keluar dari koleksi soalan MCQ. Relaks2 kawan2 semua. Malas nak komen pasal ni. Jangan depresi2.

Wanted! [edisi aku]

Kali ni nak cerita sikit pasal satu kejadian yg menimpa aku malam tadi. Aku tido awal. Lepas isyak. Bajet nak bangun dalam pukul 12 gitu (pukul 1 waktu baru.aku tak tukar jam) Jadi aku pun tidurlah dengan jam henset yg telah dikunci tepat pukul 12. Tibe satu mase yg ditetapkan utk aku bangun, aku pun bangun lah. Tapi aku tgk jam dah pukul 230 (330pg). Aku konpius! Aku kunci pukul 12, tp bangun pukul 230. 2 jam setengah beza. Waktu bangun tadi pulak aku dengar suara org dok sebut2 pasal Panda Hijau. Sekali lg aku konpius. Bile cek2 balik aku punye nset, korg tau ape yg jadik? Bunyi alarm tone tu dah berubah tajuk jadik “Panda Kehijauan”. Aku bukak tone tu dan dengar suara rakaman yg sgt2 aku kenal empunya suara tu. Cis! Aku tgk pintu. Tong air yg aku guna utk selak pintu dah teralih, tanda ada org masuk dalam bilik waktu aku tidur! Seriusly, aku amat kenal dengan taktik dan kesan yg ditinggalkan oleh penceroboh itu. Aku pasti dialah yg telah menukar alarm tone tersebut. Entah bile die rakam suara dia aku pon tatau. Kesimpulannya, aku tak sedar bunyik alarm tone tu mase pukul 12 sbb bunyik die slow sgt dan aku sangka bunyi panda tu adalah sebahagian dari mimpi aku. Maka aku terlajak tidoq sampai 230pg. Cuma sedikit musykil. Apa kaitan aku dgn panda hijau?

Fyi, henset aku dah banyak kali diceroboh. Ini dah kali keempat rasanya.
1st time waktu aku di Joden. Ade org tukar akunye welcome note kat skrin tu dari ayat “Bersabarlah di atas jalan ini” kepada ayat “Berkahwinlah dgn akhowat idaman anda.”
2nd, ade org tukar nama die kepada Dr Kang Joon Sang dlm list name nset. Mule2 bace name ni puas aku dok piker Cine mane la punye name sesat dalam nsetku ini. Sbb setahu aku, aku mang takde kawan Cine. Rupe2nye budak itu. Budak itula.. die mase ni tgh layan citer WS
3rd, suatu hari waktu aku tidur, die pinjam enset dan miscall someone. Then, org yg dimiscall itu telah menelepon kembali aku sambil bertanya: “ Asal ko call aku tadi?”. Bayangkan aku dengan mata terkebil-kebil baru bangun tidur tetibe org tanye soalan camtu. Manelah aku tau nak jwb ape. Lastly, peristiwa yg berlaku malam tadi. Sabar..sabar… Senyummmm? Ye~ Teruskan senyum…Sayang kawan punye pasal…

No 22! You’re blacklisted from our team! Go back n practise!

Ok lah, itu je kot nak kongsi dalam entri ni. Semalam ktorg main bola. Semalam juga ade org kena blacklisted dari team kami. Player no 22.Cube bayangkan. Seorang keeper dengan sarung tangan bermain sebagai striker kat tengah padang. Golnye tak dapat pon. Sudah tu, bila team sendiri mintak bola die tak kasik pulak. Haha~ Takpe2. Layan ajelah..main pon dengan kanak-kanak. Kena lah beralah sikit kan? Owh ok. Jangan lupe..Senyum juge…

Sekian.

Nota: Tadi mesyuarat. Harap itu pertama dan terakhir saya bercakap. Masuk ke medan amal. Sudah banyak yg kita bincang dan cakapkan...

11 mesej:

Anonymous said...

senyum depan cermin ramai2 tu mmg slalu sgt dipraktikkan. hahaha masing2 tanak kalah. biasalah kan, lg2 bersama mereka2 yg dah ber'braces' itu. ;p

*update gak ko. igtkan sampai abih oral. hihi

Anonymous said...

bismillah. [tulis komen pon kne sambil senyum ke?]

patutnye meeting td ko kne lancarkn skali kempen 'sekumtum senyuman mengukir sejuta bahagia'.

btw, lame x dgr ko cakap.
chayouk la penasihat.

teruskn tabah berusaha dgn sabar n solat.

to dayah: anak sape lah tu ye?

[naseb la komen pnjg sbb entri ni pjg]

Anonymous said...

ader kang jun sang???saper tu? hihi.. macang ger aizudeng jer. (^____^)X

[sory ah teganung sket]

Farah Nazneen said...

aku musykil sebentar. camnekah bunyik panda okeh~? sile bg rakaman itu melalui YM [special request, boley ke? haha]

patut la ko alih kertas lg cepat drpd aku pd ari special tu. aku trus kekaguman mase tu sbnrnye. haha...MacBurney tu sbnrnye adalah McDonald yg hangus. harap maklum.

;)

Anonymous said...

lagi satu

"Ade org tu kan die lansung tak boleh jawab soalan exam. Dari tadika, sekolah rendah, sek menengah sampai la ke universiti. Asal die tgk soalan je die terus pengsan. Asal tgk soalan je die terus pitam. Asal tgk soalan je die terus hilang ingatan."

tipu tipu.

Anonymous said...

tanak komen mende..cuma nak kongsi sepotong kata2 hikmat.."waktu syapie paling garang adalah ketika mana beliau bangun dari tidur.."

Anonymous said...

to daya:
ha btl. org yg pkai braces mang akan sentiasa dok depan cermin sambil tersenyum..
aku ade pengalaman pakai braces selama 3 thun ok. seksa nak mati..
asal makan daging je mesti lekat kat celah besi tu..bukan nak senyum pon senanye depan cermi tu..nak cek ade sayor@daging lekat tak celah gigi tu..hehe~
Ye..itu cth aku reka sendiri la..jnji bermotivasi sudey...
* idea bnyk nak tulis tp tenet saket

to mufidah:
kempen di mana2..
nak pencen bercakap..
kurg berminat utk berada di hadapan sekarang..
berkerja di sebalik tabir itu lebih baik..

to star:
bukan bunyik panda ok..
bunyik org sebot perkataan panda hijau berulang2 kali..nnt la aku bg..

to yue:
mung silap org..
bukang deng..
orang laing..
[nama terpaksa dirahsiakan]

to hakeng:
itu bukan kate2 hikmah ok?
waktu aku baru bangun dari tido sile jgn buat lawak..akunye hormon tgh tak stabil..
lagi2 kalu ade raket skuash kat sebelah aku..bek ko lari cepat2...
haha~

sekian. Aku balas komen macam buat entri baru plak...

Anonymous said...

~erm...pkl brape balik smalam..?maaf la x dpt nk layan elok²..penat sgt..bile tgk tetamu asyik senyum jer..kitorang assume korang puas hati walaupun x makan ape2..haha (niat dtg ziarah kan..?bukan utk makan..~)

xboleh blah btoi P** tu..ade je idea nk kutuk org..x pasal2 kene skali panda hijau..haha..lawak jugak korang nih..gaduh nyakat. macam x de keje jer..

Anonymous said...

owh takpe...
sori kaco pi umah memalam bute kul 12..selamat la ang bujang lg eamz oi..
ye nak ziarah n wish besdayboy tu..
time2 exam ni kena la ceria2 sikit..
gadoh nyakat just nak release tension je..

Farah Nazneen said...

ape motif bgnkn org dgn ckp 'panda hijau' berulang2 kali? hahaha...klaka la korg nih!

Anonymous said...

ade kesah di sebalik panda itu....